Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Saturday, October 6, 2018

MUKHRIZ BAWA PULANG KHABAR BURUK DARI NEW YORK - LONDON?


Benar, PM yang kita dah balik dari New York dan London. Juga benar, MB kita, DS Mukhriz pun dah balik dari New York dan London. Saya tak mahu sebut soal berapa belanja atau dari mana dia cari duit belanja anak isteri dan pegawainya di sana.

Kenapa saya tak sentuh hal tu? Sebab Mukhriz yang saya kenal memang dah biasa dengan hidup begitu. Setakat New York atau London tu lebih kurang macam kita nak pi KL atau Johor je. Tu semua kita boleh tengok pada life style anak-anaknya... tak perlulah saya ulas. Itu dia punya pasal...

Cuma yang saya terkilan sangat tu, saya ingatkan dia balik ke Kedah ni dengan cerita baik punya untuk kita. Tapi... entah la. Saya pun tak tahu kenapa dengan bro Mukhriz ni. Nampaknya cara pentadbirannya makin teruk berbanding masa dia dengan UMNO dulu...




Lepas tu Mukhriz kata Kerajaan Negeri dah buat penilaian semula dan buat rayuan kepada Kerajaan Pusat untuk pertimbangan laksanakan projek-projek untuk kepentingan rakyat tu. Itu jawapan yang sama yang dia bagi pada akhir Ogos.. bulan 8... sekarang ni dah Oktober dah... bulan 10 bro!

Pada Ogos dia kata nak buat rayuan untuk segerakan projek. Dah sebulan lebih dah. Kita kenal siapa Mukhriz. Dia anak PM ke-4 dan anak PM ke-7. Semua orang dapat baca betapa bapak dia sayang kat dia sampai sanggup keluar UMNO dan kerja lagi walaupun umur dah 93 tahun.. biasalah. Tu anak dengan bapak. Bapak mana tak sayang anak, kan?

So sekarang ni Mukhriz ni MB Kedah. Bapak dia PM ke-7. Dua-dua anak beranak ni baru balik dari New York dan London. Maksudnya, Mukhriz ikut teman bapak dia ke luar negara la. Dia rapat dengan bapak dia, kan? Anak isteri dia pun rapat dengan bapak dia...

Kenapa la Mukhriz tak slow talk dengan bapak dia tentang projek-projek untuk rakyat Kedah ni. Projek tu bukan untuk bermewah-mewah atau bermegah-megah di mata dunia. Bukan nak bina KLCC pun, bukan nak bina KLIA sebiji lagi kat Kulim tu pun... ni projek untuk kebajikan rakyat Kedah yang menangkan dia anak beranak pada PRU ke-14 yang lalu!

Saya tak tahu kenapa Mukhriz tak pujuk bapak dia. Bapak dia balik dari New York dan London, terus cakap nak bina sebiji lagi kilang kereta nasional. Terus pulak cakap Khazanah tu swasta, bukan kerajaan punya. Takde sikit pun sebut pasal hospital Pendang ke, LRA, jalan raya atau naik taraf masjid kat Kedah ni.. maahad tahfiz jauh sekali laaa... 


Saya tahu projek-projek tu mungkin tak glamour di mata bapa Mukhriz berbanding kereta nasional ke-3. Saya tahu, projek-projek tu semua untuk rakyat dan dah diluluskan sebelum ni oleh Kerajaan terdahulu. Kenapa perlu utamakan projek kereta nasional ke-3 berbanding projek untuk kebajikan rakyat Kedah? Tak cukup jem lagi ke jalan kat negara kita ni?

Bro Mukhriz, projek Hospital Pendang tu bapak bro yang janji dulu masa PRK Pendang. Tapi dia bina exit PLUS Highway Pendang tu je, tak buat pun projek Hospital Pendang tu. Gara-gara tu la orang Pendang dok hentam UMNO lebih 2 dekad. Masa bro jadi MB time BN dulu pun diorang hentam bro, kan?

Bro... Hospital tu semua dah lulus dah. Tender pun dah bagi. Cuma ada masalah teknikal yang bro cakap dalam sidang Dun tu kan? So kenapa tangguh lagi? Tak boleh ke pegi naik kapal terbang kejap jumpa Tun? Pujuk dia habis-habisan, rayu kat dia.. melutut la kalau perlu. Tak salah melutut depan bapak sendiri, apatah lagi untuk kebajikan rakyat dan tunaikan janji lebih 2 dekad dia tak lunaskan...

Bro Mukhriz.. Kita sekarang ni berlainan parti. Saya tetap anggap dan hormat bro sebagai kawan. Kalau kita jumpa pun tetap salam dan senyum. Perbezaan parti tak jejas friendship kita....

Kita dah lama dah kawan bro. Dulu blogger cabuk ni la yang bro sms. Blogger kampung ni la yang bro mintak tolong masa nak lawan KJ dan berjuang dalam UMNO sama ada nak jadi MP Jerlun mahupun air hitam. Nak buat himpunan kat Pedu dulu pun sama. Saya tak lupa, bro ada la jugak bantu gerak kerja kami walaupun dalam tempoh 4 bulan sebelum PRU ke-13 dulu... 

Kalau bro nak buat "tak kenal" macam Azrin tu pun saya tak boleh nak buat apa. Terserah la. Tapi itu yang saya minta. Kalau betul marahkan UMNO pun, bro perlu segerakan projek-projek untuk rakyat Kedah ni. Ini semua bukan untuk saya atau UMNO, tapi demi rakyat Kedah...

Bro Mukhriz.. rationally, saya susah hati tengok performance bro sebagai MB kali ni. Goyah sangat bro! Saya tahu bro takde kerajaan yang kuat. Berapa kali dah pancing Adun BN? Kuat atau tidak, bro kena pastikan a working government untuk Kedah. No excuse bro!


Sidang Dun pada November ni, saya nak bro tak bagi alasan tangguh lagi dah projek-projek tu semua. Dah tak boleh terima dah alasan tu. PM bapak bro tu Ahli Parlimen Langkawi. Langkawi tu bukan kat Johor, bro. Langkawi tu kat Kedah!

Bro, tolong la wake up. PKR tu dengar khabarnya kira nak "ngap" kerusi bro tu je. Be careful bro. As long as you dad is PM, then you're safe. We never know what might happen when he steps down. Time tu, macam-macam boleh berlaku... silap-silap kena tendang macam tu jer...

So please la Bro Mukhriz. Saya bagi saranan ni bukan la pasal politik pun. Tak guna berpolitik sekarang. Kalau saya hentam bro kat blog tiap-tiap 1 jam pun, bro tetap MB dan UMNO tetap ada 3 kerusi je kat dalam Dun tu. So permintaan saya ni adalah demi kebajikan rakyat, bukan politik...

Sampai kat sini je dulu bro. Ada kerja nak kena settle. Bro fikirkan la apa yang saya kata. Kalau tak fikir pun boleh. Tapi kalau kalah pada PRU ke-15 nanti, jangan nak bagi alasan macam kalah lawan KJ dan Dr Khir dulu. Akuilah kelemahan diri, memang setiap kita ada kelemahan pun.. Wallahu'alam...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!