Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, September 3, 2018

TANGGUH HOSPITAL PENDANG: FAKTA DI SEBALIK CERITA..?


Sebenarnya saya agak "cemuih" nak berbicara tentang soal "Hospital Pendang". Saya tak pasti kenapa dan di mana silapnya sampai susah sangat orang Pendang nak dapat hospital di daerah sendiri.... Tapi memandangkan nampak macam ada yang tak betul tentang projek ni, maka saya rasa terpanggil untuk menulis....

Jika dikaji tentang kronologi isu Hospital Pendang ni, isu ni timbul selepas mantan Presiden PAS, Allahyarham Ust Fadzil Noor, meninggal dunia pada 2002. Masa tu, berlaku 2 PRK di Kedah membabitkan Parlimen Pendang dan Dun Anak Bukit yang keduanya disandang arwah...

Masa PRK Pendang tu, Datuk Othman Abdul lawan Dr Hayati. Masa kempen tu la PM ke-4 janji nak bina Hospital Pendang dan Exit PLUS Highway Pendang jika BN menang. Sebenarnya, perancangan nak buat hospital tu dah lama dah. Pengambilan tanah pun dah buat sebelum PM ke-4 umum...

Tapi lepas BN menang di Pendang (tapi kalah di Dun Anak Bukit), hanya Exit PLUS Highway yang turun ikut Kobah tu saja yang dibina. Projek tu hanya dimasukkan dalam RMK ke-10. Tapi Hospital Pendang tu tak dibina pun sampai la PM ke-4 tak jadi PM dah... Ditangguh katanya....

Bila PM ke-5 naik, masih juga tak dibina dan ditangguh. Taktau la kenapa. Mungkin sebab masa PRU 2004 tu BN kalah kepada PAS di Parlimen Pendang. Maka makin "senyap" la projek tu walaupun pengambilan tanah dah dibuat.

Untuk rekod, bila pengambilan tanah dah dibuat tapi projek tak jalan-jalan, maka terpaksa la dinaikkan papan tanda menunjukkan tanah tu dah digazetkan sebagai tapak projek hospital milik KKM. Jadi, takdak la orang nak pi teroka dan mohon geran TOL pulak kat tanah tu...


Bila bertukar PM ke-6 pada 2009, maka pemimpin UMNO/BN kat Kedah, terutama dari Pendang, pun terus mintak dan mintak dan mintak supaya projek Hospital Pendang tu diteruskan. 

Bukan apa, janji tu dah satu hal, tapi nak mengadap orang kampung yang dok bertanya mana dia hospital yang dijanjikan sejak 2002 tu yang haru biru tu. PAS pun dok tanya janji 2002 tu. Jangan kata depa, kalau saya jadi pemimpin politik UMNO di Pendang pun saya pening nak jawab...

Tapi hasilnya, PM ke-6 umum semula projek Hospital Pendang tu dalam RMK ke-11 (2015-2020)  pada hujung tahun 2014 masa bentang Bajet 2015. Masa tu yang diumum hanyalah bina hospital daerah biasa macam di Yan, Kulim dan daerah luar bandar lain.

Jika dirujuk pada posting Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dato' Dr Norhizan Ismail, beliau merupakan antara yang bertanggungjawab meminta supaya Hospital Pendang ni dinaiktaraf kepada Hospital Daerah Pakar Minor sejak projek tu diumum semula. Tak silap saya, Dr Norhizan mula bertugas sebagai Pengarah JKN pada 2014 merujuk pada perutusan rasminya bertarikh 29 April 2014.

Tak tahulah camana depa pujuk, akhirnya PM ke-6 setuju naik taraf projek Hospital Pendang tu kepada Hospital Pendang Berpakar Minor. Bila dah dinaiktaraf, maka dah tentu la kena buat kira-kira semula bajet peruntukan nak buat hospital berpakar tu.


Specification dah upgrade, maka dah tentu la bajet kena naik, pelan struktur, pelan architecture, pelan teknikal dan segala mak nenek tu kena tukar. So kena tangguh sat pasai jabatan-jabatan dan agensi-agensi terlibat ni nak kena kaji semula semua pelan...

Lepas semua selesai, maka projek tu pun telah ditender pada 22 Disember 2017 dan projek tu dijangka bermula pada 7 Mei 2018, memakan masa 2 tahun 6 bulan. Maksudnya, jika berjalan sebagaimana yang dirancang, maka tahun 2021 ni maka siap la hospital tu sepenuhnya...

Tapi bila MB Kedah baru ni kata projek Hospital Pendang Berpakar Minor tu ditangguh atas arahan Kerajaan Pusat, maka saya rasa pelik pulak. 

Bukan apa... Hari tu masa kat dalam sidang Dun, Kak Su ada tanya pasai Hospital Pendang tu sama ada akan diteruskan atau tidak. Sebabnya, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkifli Ahmad kata ada projek-projek "sakit" yang akan dibatalkan.

Exco Kesihatan, Dr Ismail Salleh jawab, projek hospital tu akan diteruskan seperti biasa. Cuma ada sikit problem teknikal dan tangguh sat saja. So, legalah bila Kerajaan Negeri kata lagu tu. Tapi tiba-tiba pulak Mukhriz kata MPFN suruh tangguh dengan alasan progres "kurang daripada 15 peratus dihentikan sementara waktu."

Dalam kenyataan Mukhriz tu, dia ada sebut tentang "Pekeliling Kerajaan". Saya tak pasti, adakah Mukhriz merujuk Pekeliling Kerajaan tu kepada pekeliling bertarikh 29 Jun 2018, S/K.Kew/PK/MOF/D/00 JLD.10 SK.6 (14)..? Siapa keluarkan Pekeliling tu? Kementerian Kewangan?


Jika Mukhriz rujuk pada Pekeliling Kerajaan yang dikeluarkan pada 29 Jun 2018 tu, kenapa Kerajaan Negeri jawab dalam sidang Dun pada 15 Ogos tu "akan diteruskan"? Kenapa tak beritahu saja dalam Dewan tu projek tu ditangguh buat sementara waktu atas arahan Pekeliling Kerajaan tu?

Saya tak pasti di mana silapnya. Adakah Exco Kerajaan Negeri tak buat homework sebelum masuk sidang Dun? Soalan diberi kira-kira 2 minggu sebelum Sidang Dewan bermula, tak cukup masa lagikah untuk cari jawapan rasmi yang tepat? Atau sengaja nak "sedapkan hati" orang Kedah dan Pendang? Atau sengaja bagi jawapan tak betul dalam Dun?

Saya menghargai komitmen MB yang akan minta projek Hospital Pendang tu disegerakan. Tapi jika MoF yang keluarkan pekeliling tu, maka dia kena deal dengan Menteri MoF dulu, bukan PM. Dia perlu mengadap Guan Eng dulu, bukan ayahandanya. Mukhriz mampu "makan" Guan Eng?

Kenapa Pekeliling dari MoF keluar pada 29 Jun 2018, tapi hujung Ogos 2018 baru nak keluar kennyataan menjelaskan kedudukan sebenar? Sebab nak bagi cantik rekod jawapan dalam Dewan Undangan Negeri? Salah ke tak salah tindakan macam tu. Saya tanya sebab saya bukan ahli dewan dan tak berapa tahu sangat la tentang peraturan dewan...

Setahu saya, pekeliling tu turut diberikan "Salinan Kepada" (S.K) kepada KSU-KSU Kementerian, termasuk KSU Kementerian Kerja Raya, Dato' Sri Zohari Haji Akob. Dr Norhizan kata, projek Hospital Pendang ni di bawah agensi pelaksana: Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) JKR KL.


Jadi, takde ke inisiatif daripada Exco Kerajaan Negeri Kedah tu nak cari dan dapatkan maklumat dari Kementerian Kerja Raya? Tak pun, mungkin boleh minta maklumat daripada KSU Kementerian Kesihatan, Dato' Seri Chen Chow Min. Dia pun dapat pekeliling kerajaan tu...

Sepatutnya Kerajaan Negeri dapat "alert" lebih awal tentang penangguhan projek Hospital Pendang ni. Akhir Jun 2018 dikeluarkan, maka awal Julai tu dah boleh dah negotiate dengan MoF untuk teruskan projek Hospital Pendang tu. Jika kena dengan caranya, boleh je diteruskan macam biasa, tak payah dah ditangguh-tangguh lagi.. kesian kat orang Pendang bro...

Seperkara lagi, sebelum Mukhriz nak pi nego, konon nak "perjuang Hospital Pendang" tu, rasanya teliti dulu "Kategori Projek Mengikut Keutamaan". Ada 3 kategori iaitu "A: Kritikal", "B: Sederhana Kritikal" dan "C: Tidak Kritikal".

Bukan apa. Saya risau jika MoF masukkan projek Hospital Pendang tu dalam kategori C. Jika masuk kategori C, maka jenuh orang Pendang tunggu pulak Hospital Pendang tu. Cuba explain kat depa justifikasi sebenar projek tu tak dapat ikut progres 15%. Bukan sengaja pun, tangguh sat saja macam Dr Ismail Salleh kata tu... 

Akhir kata, satu soalan daripada saya, "awat teruk sangat Exco Kerajaan Negeri, bro?" Bukan apa, Exco-Exco PAS dulu memang la tak berapa nak reti sebab depa takdak pengalaman. Tapi masa Sidang Dun pertama dulu kira okay la walau depa dok kena gelak dengan geng KCS time tu...

Tapi Exco-Exco kali ni lagi teruk bro! Serius. Bukan la nak downgrade semua current Exco tu. Tapi sampai easy and direct questions pun tak dapat dijawab dalam Dewan, susah la bro nanti. Boleh pulak buat muka sekupang kata "nanti saya bagi jawapan secara bertulis". Tanya total amount last year je kottt... heh!

So tentang Hospital Pendang ni saya ucap "good luck", ye bro. Malu la bila Ketua Bahagian "Bunga" kat Pendang tu dok hentam pasai isu Hospital Pendang, tiba-tiba pulak jadi spoil macam ni bila bro dapat kuasa. Bagi pulak jawapan tak betoi.. hadoiii.. Malu wooo..!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!