Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, September 13, 2018

PEMILIHAN PKR & PD MOVE: CUBA TEKA SIAPA YANG TAK MAHU ANWAR JADI PM?


Semalam, Setiausaha Agung PKR, Dato' Saifuddin Nasution buat pengumuman Anwar akan bertanding di Parlimen Port Dickson setelah penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah letak jawatan kat situ...

Pengumuman Saifuddin tu buat beberapa pemimpin PKR "sentap". Yang mula-mula "sentap" ialah Naib Presidennya, Tian Chua. Dia marah sebab semua tu dirancang secara rahsia oleh Rafizi, sedangkan dia Naib Presiden parti pun tak tahu...

Orang kedua "sentap" ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Dia marah dengan alasan  pengosongan kerusi Port Dickson tak guna saluran yang betul. Dia kata, patutnya PKR perlu mesyuarat dulu sebelum buat keputusan tu...



Kita pun tahu, tengah hangat berlangsung pemilihan PKR. Untuk rekod, Tian Chua (penyandang) dan Zuraida tawar diri bertanding kerusi Naib Presiden....

Apa yang kita nampak, 2 kem tengah bergaduh teruk ialah kem Azmin vs kem Rafizi. Kita pun dapat teka kem Azmin cenderung pro-PM ke-7 dan kem Rafizi memang terang-terang pro-Anwar.

Nak kenal siapa lagi pemimpin PKR yang pro-Anwar? Cuma tengok gambar masa sidang media umum Anwar akan bertanding kat Port Dickson tu. Siapa? Kat situ ada Saifuddin, Rafizi, Johari Abdul, Xavier Jayakumar.


Khabarnya, inilah antara "inner circle" yang initiate Port Dickson Move tu. Bila dah ada Setiausaha Agung, itu dah memadai jika Presiden dah bagi greenlight. Anwar dan Kak Wan tak perlu adir pun dalam mesyuarat PD Move tu sebab dah ada wakil kepercayaan mereka...

Xavier dan Rafizi tu berjawatan Naib Presiden. Saifuddin pulak Setiausaha Agung. Tambah pulak Presiden dah bagi restu, nak buat apa ramai-ramai masuk sekali dengan Zuraida, Tian Chua bagai? Buat semak je jika rahsia tu pecah kat kem Azmin.. dah tentu la "menyampai" kat PM ke-7, kan?

Ramai jugak yang tafsir kata tak lama lagi kita akan dapat PM baru. Bakal PM tu kata "Malaysia" hutang jawatan PM padanya? Siapa yang kenal bakal PM tu dah tentu faham apa maksudnya. "Malaysia" yang hutang jawatan PM pada Anwar atau "PM ke-7" yang hutang jawatan PM tu kat dia?

Jika nak jadi PM, Anwar perlu pastikan dia menang PRK Port Dickson. Dah tentu team Anwar dan Kak Wan akan buat apa saja untuk pastikan Anwar menang. Saya jangka, team Rafizi dan mereka yang pro-Anwar yang akan all out pada PRK tu nanti. 

Manakala pemimpin PKR lain mungkin jadi spy, acuh tak acuh or maybe sanggup sabotaj PRK tu. Kenapa? Saya yakin dah tentu ada "pihak tertentu" yang tak mahu Anwar jadi PM. Anasir luar tu khabarnya dari parti komponen PH. Tak perlulah disebut nama, ramai yang dapat baca, kan?


Apa yang saya yakin, jika Anwar menang dan naik jadi PM, akan berlaku rombakan kabinet besar-besaran. Antara Kementerian yang dijangka terlibat ialah KPM, KKLW, KPWKM, KBS dan beberapa portfolio lain. Jadi, dah tentu la ada pihak yang tak senang duduk, kan?

Kenapa Johari Abdul ada dalam "inner circle" juga ada signifikannya. Cuba pandang ke Kedah. Apa akan berlaku di Kedah? Dah kecoh dah sekejap hari tu, kan? Nak berlakon, silalah berlakon. Tapi ramai yang tahu apa sebenarnya yang berlaku di sebalik tabir...

Saya tak pasti sama ada Azmin akan menang atau kalah. Tapi dia berpotensi kalah kepada Rafizi. Saya jangka, calon-calon Naib Presiden yang pro-Anwar dan sekapal dengan team Rafizi pun akan menang. Betul diorang tengah bergaduh, tapi dah tentu la ada "cai" yang akan menang, kan?

Tapi walau macamana pun, saya paling respect kat Kak Wan. Dia cool and happy jer. Tak kisah pun "cai" siapa yang menang, asalkan suaminya jadi PM. Tapi khabarnya Kak Wan lebih prefer team Rafizi sebab dia dikatakan dari dulu tak berapa suka kat Azmin dan takkan lupa apa yang PM ke-4 buat kat suaminya dulu...


So far, dah dua orang Menteri Kabinet PKR yang seolah-olah cenderung pro PM ke-7. Tak tahulah apa "deal" di belakang. Tapi itulah pandangan saya. Tak pasti betul atau tidak, hanya sekadar pendapat daripada lenggok bahasa dan tindakan politik semasa.

Apa pun, saya tak fikir Anwar akan jadi PM semudah yang disangka. Anwar have to move step by step carefully. Silap step, dia mungkin takkan sempat jadi PM. Bukan apa.. Presiden PPBM nampaknya uzur. Dah tentu someone "eyeing" the top post and expecting red carpet to lift him up easily like always. Biasalah.. aristokrat yang tak pernah susah, kan?

Anyway, good luck for the pemilihan PKR for both side. How's UMNO? Jangan risau, UMNO okay jer. Sama ada PM ke-7 atau bakal PM ke-8, kedua-duanya dari UMNO jugak, kan? Mana la ada calon yang layak jadi PM daripada DAP or PAN.. Kah! Kah! Kahhh..!

P/s: Nampaknya ada orang akan menyesal dalam bilik sebab khianati UMNO.. Opsss!

1 comment:

Anonymous said...

Ayat yg last sekali tu..makan dalam

Bila Kak Su Bersuara... Heh!