Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, September 4, 2018

EKONOMI MELAYU: SUDAH-SUDAHLAH JUAL RETORIK POLITIK...


Saya ada terbaca keluhan seorang penulis blog veteran yang berdekad-dekad mendengar "rintihan" seorang pemimpin PH yang kononnya berjuang supaya bangsa Melayu Bumiputera di negara kita supaya tidak hanya berdoa, namun berusaha gigih untuk berjaya.

Saya yakin, blogger veteran itu mengulas mengenai Kongres Ekonomi Bumiputera dan Negara yang berlangsung baru-baru ini. "Bodekan" beliau itu amat lunak dibaca ekoran bahasa retorik dari seorang penulis politik berpengalaman, seolah pemimpin itulah "dewa penyelamat orang Melayu"...


Sebagai seorang yang dewasa, mengenal politik dan pernah duduk bersebelahan semeja dengan pemimpin idola berkenaan, saya juga sama dengannya. Berdekad-dekad mendengar kata-kata retorik pemimpin yang kononnya mengeluh kerana "gagal" mengubah sikap orang Melayu untuk berjaya meningkatkan tahap sosioekonomi mereka.

Pada pandangan saya, kegagalan pemimpin itu merubah bangsa Melayu mungkin disebabkan dia sendiri gagal mendidik keluarganya untuk menjadi Melayu sejati. Semua kita maklum bahawa Islam menegaskan bahawa pendidikan itu bermula dari rumah, bukan?

Seorang bayi yang baru lahir itu dicorakkan oleh kedua ibu bapanya. Bagaikan kain putih, anak itu dicorakkan ibu dan bapanya sama ada menjadi seorang Islam, Majusi mahupun Nasrani. Mereka juga bertanggungjawab untuk mendidik anak itu untuk menjadi Melayu sejati, Melayu liberal atau bukan Melayu.

Bagaimana pemimpin itu mahu berjaya mendidik jutaan anak bangsanya jika dia sendiri gagal mendidik anak-anaknya? Sebagai contoh, anak sulungnya begitu terkenal dengan ideologi liberal yang menyokong LGBT dan liberalisasi Islam. Malah isterinya sendiri pun dilarang bertudung menutup aurat?


Pada saya, mungkin kerana kegagalan itulah juga menjadikan dia gagal mendidik bangsa Melayu yang sejati. Mereka mungkin diberi didikan dan peluang pendidikan hingga ke luar negara, namun pulang ke tanah air dan memperjuangkan fahaman yang diterapkan orientalis barat? 

Contohnya memperjuangkan kesamarataan hak wanita supaya sama dengan lelaki. Ideologi yang diperjuangkan ini adalah salah kerana Islam meletakkan martabat wanita itu paling tinggi di atas, manakala lelaki pula sebagai pemimpin atau khalifah. Apakah mereka ini pengikut Amina Wadud versi Malaysia?

Sebenarnya saya sendiri sudah muak dengan kata-kata retorik pemimpin yang didewakan blogger tersebut. Dia suruh orang Melayu berusaha tanpa mengharapkan "tongkat" daripada Kerajaan, tapi anak-anaknya diberikan "tongkat sakti" hingga mampu hidup luar biasa mewah! 

Biar bersusah payah mencari rezeki, asalkan halal dan diberkati Allah...
Konon anaknya hebat berusaha dalam dunia perniagaan? Kita tidak cemburu dengan rezeki yang diberi kepada anak-anaknya. Tapi tidakkah kekayaan itu diperoleh daripada kedudukan politik, kuasa dan pengaruh yang dimiliki ayah mereka? Biarlah... jawablah nanti di depan Allah SWT.

Cukuplah. Jangan lagi momokkan rakyat dengan retorik politik sebegitu. Dalam kongres ekonomi itu terang-terang disebut beberapa kes "Ali Baba" yang dilakukan oleh kontraktor Bumiputera yang mengkayakan sub-kontraktor bukan bumiputera, sekali gus menggagalkan dasar kerajaan untuk memperkasa ekonomi Melayu. 

Jika mahu hentam kontraktor Melayu, cakap sajalah terus terang. Jangan dibabitkan ramai lagi bangsa Melayu yang bukan kontraktor. Kontraktor Bumiputera terbabit memang layak dimarah pun. Kerana merekalah maka ramai kontraktor Melayu kecil yang tidak diberi peluang menikmati kontrak-kontrak kerajaan selama ini...

Kebanyakan generasi sebaya saya hidup membesar di zaman pemimpin itu mula berkuasa. Siapa di kalangan kami yang belajar sejarah politik negara, perbandingan di antara zaman, corak politik dan dasar-dasar yang diperkenalkan, maka mereka akan mudah dapat membaca sejak bila rasuah, skandal dan penyelewengan bermula di negara ini.

Dia mungkin menyebut dalam banyak ucapannya tentang salah laku rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya. Tapi kenapa semua itu berlaku di depan matanya? Dan selaku pemimpin yang berkuasa ketika itu, kenapa dia tidak hentikan semua itu daripada berlaku?

Contohnya, ramai yang tahu tentang bagaimana bekas Timbalannya mendapatkan kerusi Timbalan tersebut. Malah ada yang mengaku menerima "pink form" ketika itu. Kenapa hanya selepas Timbalannya mahu mencabar kerusi yang dia duduk maka baru dia bertindak memecat? Selama lelaki berkenaan berada di sampingnya dulu, kenapa dia tidak endahkan laporan yang dikemukakan?

Sepanjang saya meneliti dan menganalisis pentas politik negara di bangku universiti dulu, saya banyak bercampur dengan ramai ahli politik, sama ada BN, PAS mahupun PH. Malah ramai juga yang PH sekarang pernah menjadi rakan saya. Saya tidaklah rapat, tapi saya cukup kenal bila mereka menjual "retorik politik".


Sebagai contoh, jika Pak Abu seorang ahli politik dan dia menggesa rakyat supaya jangan menipu, maka Pak Abu mungkin sedang atau sudah menipu sesuatu. Untuk menyembunyikan penipuannya, maka dia jual "retorik" supaya rakyat tolak pemimpin yang menipu. 

Harapan Pak Abu, jika ada yang menuduhnya menipu, maka rakyat tidak akan percaya. Takkanlah orang yang suruh orang tolak penipu akan menipu rakyat pula, bukan? Itu contoh sahaja. Siapa yang makan cabai, maka dia la yang rasa pedas, kan "Simpang Renggam", kan?

Saranan saya, di zaman politik serba tak menentu ini, saya mohon semua berhati-hati, khususnya bangsa Melayu Bumiputera. Kita perlu perteguhkan jatidiri kita sendiri dan kaji apakah yang dimaksudkan dengan kontrak sosial. 

Kita perlu selami kenapa lagenda 4 unsur tradisi itu dijadikan syarat utama dalam pembentukan Perlembagaan Malaysia. Kenapa? Kerana saya yakin bahawa itulah yang sedang dan akan diliberalisasikan secara halus perlahan-lahan oleh pihak-pihak tertentu kini berkuasa.

Ingatlah bahawa bumi bertuah ini suatu masa dahulu bernama Persekutuan Tanah Melayu dan perlembagaan yang terbentuk itu mengandungi jaminan hak kita. Ianya bukan "tongkat" yang boleh dibuang, sebaliknya hak, kedudukan dan keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan selamanya. Titik!

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,

saya dapat rasai apa yang tuan luahkan.
Saya juga adalah generasi yang membesar semasa bapak kleptokrat sebenar ini menjadi PM-4.
Saya juga belajar mengenali politiknya yang begitu koyot dan busuk semasa menuntut di IPT
Bagaiman Melayu dan UMNO dirosakkan dengan rasuah dan projek-projek dizamannya mengekalkan kuasa.
Bagaimana UMNO dijadikan lubuk 'kontraktor penyangak'. Mereka join UMNO bukan sebab UMNO wadah jemaah Agama dan bangsa sebaliknya untuk mencari habuan. Maka rosak habis maruah UMNO hingga dijadikan modal pembangkang masa itu menanam benci dna label UMNo sebagai parti rasuah.

Saya mula membezakan UMNO zaman Mahfiraun dan UMNO sebenar apabila Pak Lah mula ambil alih dan akhirnya merasakan UMNO semakin 'tulen' apabila DS Najib Razak menjadi PM.

Ketika itu dirasakan serangan Mahafiraun amat dahsyat. Sedih tak terkata tapi apa kan daya tangan dan kudrat sebagai rakyat biasa tak mampu melawan gelombang dahsyat Mahafiraun.

Dia bukan manusia biasa. Bencinya luar biasa, dendamnya luar biasa, lawannya luar biasa. Putar belit lidahnya amat mencandukan mereka yang tiada kefahaman. Panduan Agama dan belas kasihan tiada dalam teras dirinya.

Hari ini Malaysia sedang mengalami krisis pelbagai, termasuk krisis indentiti dan rakyat yang puas' melihat Kerajaan UMNO-Najib tumbang, boleh fikirkan apa hasil dituai sekarang ini

Hanya saya mampu berdoa pada Allah SWT, selamatkan Malaysia, selamatkan DS Najib Razak yang sebenarnya berjasa dari kezaliman fitnah mereka. tamatkanlah segera legasi dan cengkaman Mahafiraun ini. Setelah 40 tahun saya masih belum rasai negara ini betul betul 'terbebas' dengan manusia dahsyat ini. Zaman rakyat dibelenggu kebodohan, kroni dan keluarga ditongkat dikayakan, rakyat dibiar kelaparan. Hidup sekadar apa yang cukup.

Wallahualam

Abah Turon said...

ISI tulisan yg macam good 👍

Bila Kak Su Bersuara... Heh!