Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, September 14, 2018

ADOIII..!!! TAUKE KEDAI BAK KUT TEH PUN KENA TANGKAP KE..???

Gambar hiasan jer...
Kes 1.

Ah Keong seorang yang suka main judi. Tak cukup judi tikam nombor di syarikat berlesen kepunyaan rakan karib pemimpin kesayangan penyokong PH, dia juga sanggup berjudi bola sepak dan tikam nombor haram yang takde lesen. 

Satu hari, Ah Keong menang besar. Nombor yang dibeli di kedai judi haram mengena. Dia menang jackpot dan dapat hadiah duit cash berjumlah RM1 juta. Garu kepala jugak la tauke judi haram tu. Ah Keong ambil duit judi haram tu dengan senyuman meleret...

RM500,000 tu dia simpan dalam bank. Dia pun mula joli sakan. Lepas simpan duit kat bank, dia haus dan minum teh tarik kat kedai mamak sebelah bank tu. Seronok punya pasal, dia belanja habis satu kedai. Lepas tu dia balik pejabat dia kat Kepong. Guna duit judi haram tu lah...


Tengahari tu dia belanja pulak staff dia lunch kat kedai Bak Kut Teh selang 3 pintu dari opisnya. Lepas habis kerja, dia lepak kejap kat kedai kopi Ah Seng dengan kawan-kawan. Dia belanja pulak kawan-kawannya. Pun guna duit judi haram tu lah...

Gambar hiasan judi haram tak berlesen. Tapi umat Islam takleh main judi tau.. haram dari sudut hukum!
Malam tu dia tak bagi bini dia masak. Dia ajak makan besar kat restoran eksklusif dengan anak-anak. Kenyang makan, balik rumah dan tidur. Esok paginya, bini dia kata nak bayar bil internet kat TM, bil TNB, bil air kat Syabas, nak beli barang rumah, beli barang mentah kat pasar dan bayar yuran sekolah anak. Ah Keong bagi je kat bini dia RM10,000. Dah tentu guna duit judi haram tu jugak...

On the way nak ke opis, dia isi minyak kat Shell. Tiba-tiba dekat nak sampai opis, tayar kereta dia pancit. Kebetulan pulak depan tu sikit je ada kedai tayar, hangin punya pasai, dia suruh tukar semua tayar baru. Lepas tu dia lalu tol, dia top up touch & go RM300...

Baru je nak sarapan di kedai dekat dengan opis dia pagi tu, tiba-tiba Ah Keong kena cekup polis sebab terlibat dengan judi haram. Maka Ah Keong pun kena lokap dan tunggu untuk dibawa ke muka pengadilan. Ah Keong call bini dia suruh cari lawyer dia, N Supermandren...


Tahu apa yang berlaku lepas tu? Bermula dari manager bank tempat dia simpan duit, tauke kedai mamak, semua orang yang dia belanja kat kedai mamak, tauke kedai Bak Kut Teh, semua staff yang dia belanja lunch semalam, tauke kedai kopi Ah Seng, kawan-kawan dia yang dia belanja, anak bini dia, tauke restoran eksklusif, manager TNB Kepong, manager Syabas, tauke kedai runcit Ah Tok, penjual sayur, ikan dan daging kat pasar Selayang, pengetua sekolah anak dia, tauke Shell, tauke kedai tayar dan termasuk la manager plaza tol kena angkut naik lori polis.

Semua kena tangkap dengan alasan terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram yang diorang dapat dari Ah Keong. Penuh lokap hari tu dengan diorang jer. Mengamuk habis la diorang dalam lokap tu. Akhirnya diorang pakat jerit ramai-ramai.. "MANA KAMI TAU ITU DUIT JUDI HARAM..!!!". Pejabat AG buat derkkkkk jer, terus dakwa diorang kat mahkamah beramai-ramai...

Kes 2.

Pak Abu ni Ketua Kampung. Dah 9 tahun dia take over jawatan Ketua Kampung dari Pak Leman. Pak Abu ni memang agak terkenal orangnya. Dia disegani kawan dan lawan. Tapi biasalah sehebat mana pun Pak Abu ni, dia tetap ada musuh jugak... 

Pak Seman, bekas Ketua Kampung sebelum Pak Leman dulu memang tak suka Pak Abu jadi Ketua Kampung lama-lama. Dia plan nak naikkan anak dia jadi Ketua Kampung ganti tempat Pak Abu. Baru la dia boleh sakau duit orang kampung macam dulu. Lagi pun, dah lama dia mengidam nak bina titi bengkok kat hujung kampung tu haaa...

Pak Abu ni baik sangat dengan Ketua Kampung sebelah, Pak Husin namanya. Pak Husin ni kaya raya orangnya. Pak Husin tengok, prestasi Pak Abu sebagai Ketua Kampung sangat cemerlang. Kebetulan pulak pendapatan kampung Pak Abu tu kurang sikit sampai nak bina surau pun asyik kena mintak derma je, maka Pak Husin pun bagi duit cash kat Pak Abu berjumlah RM1 juta.

Pak Abu terkejut! Ye la.. dia biasa pegang duit dalam RM50,000 jer. Banyak tu la nak maintain semua kebajikan kampung. Duit tu la nak repair jalan kampung, longkang, potong rumput, bil letrik dan air kat surau, bayar elaun tok siak dan sebagainya. 

Pak Husin ni pulak walaupun kaya raya, dia ni warak orangnya. Bila dia buat amal jariah sedekah kat orang, memang dia tak bagi sorang pun tau. Jadi masa nak bagi duit tu kat Pak Abu, dia terus je transfer masuk akaun peribadi Pak Abu. Siap dengan surat kebenaran dan akuan pengesahan lagi. Bank Negara pun dia bagi tau dan boss Bank Negara kata "okay, no problem". Ye laa... kang nanti tak pasal je Pak Abu pulak kena query macam-macam...

Tak pasti ini arab gila atau tidak.. tak baik tuduh jika tak tahu dia gila atau tidak, kan?
Pak Husin bisik kat Pak Abu.. "Kalau aku masukkan dalam akaun persatuan kampung, nanti Timbalan, Setiausaha, Bendahari dan semua AJK kecoh pulak kata kampung hang kaya. Bukan boleh harap sangat, depa tu macam biasa la suka dok sakau duit projek dari zaman Pak Seman lagi, bukan aku tak tau...

"Aku masukkan duit pi kat akaun hang tu supaya hang terus berbakti kat orang kampung hang. Aku percaya kat hang sebab hang memang amanah selama aku kenal. Selagi hang jadi Ketua Kampung tu, hang mintak ja berapa, aku akan bagi.. Aku tak cukup gila lagi nak bagi duit kat Pak Seman atau anak dia tuuu...". Pak Abu angguk je la bila terima semua dokumen pengesahan dan duit tu....

Pak Abu pun guna la duit tu dengan berhemah sebagaimana yang diamanahkan. Pantang tengok orang kampung susah, semua dia bantu. Mana jalan yang berlubang, semua dia turap baru. Longkang tersumbat semua dia bagi settle. Takdak lampu jalan, dia bagi lampu jalan. Mana yang nak start meniaga, semua dia bantu bagi duit pendahuluan... 

Gambar hiasan lagi.. jalan 4 lorong wooo...
Pak Seman nampak apa yang Pak Abu dok buat. Dia tak puas hati. Pak Abu tak bina pun titi bengkok kat hujung kampung macam yang dia mintak tu. Sebaliknya Pak Abu lebarkan jalan kat kampung tu, "tanpa tol" pulak tu! Lepas tu Pak Abu buat track "tram" kat kampung tu. Semua boleh naik. Semua orang kampung sayang kat Pak Abu. Cuma orang kaya ja la yang tak berapa berkenan sebab depa kurang dapat bantuan sebanyak orang miskin....

Pak Seman pun pelik, dari mana Pak Abu dapat duit banyak lagu tu bantu orang kampung. Surau dah jadi masjid besar dan lengkap dengan balai raya ada aircond bagai. Boleh buat kenduri kahwin kat balai raya tu. Tiang gol pun dah baru dah, tak pacak kayu macam biasa. Dari mana Pak Abu dapat duit....

Memandangkan Pak Seman lama jadi Ketua Kampung tu dulu, kira banyak jugak la jasa dia anak beranak. Tu projek litar go-kart kat tepi kampung tu dia la yang bina. Dari A sampai Z, semua anak Pak Seman la yang handle. Budak-budak kampung tengok je la "jasa pembangunan" yang Pak Seman bawak kat kampung tu. Nak tumpang main go-kart kat situ, depa tak mampu...

Pun gambar hiasan gak.. orang kampung tak mampu nak main go kart...
Maka Pak Seman dapat idea. Dia pun ada pengaruh lagi. Maka dia pun pakat la dengan 2-3 orang kroni dia yang ada dalam jawatankuasa kampung tu untuk jatuhkan Pak Abu. Fikir punya fikir, depa tuduh kata Pak Abu curi duit dana yayasan kampung tu.... jeng! jeng! jeng..!

Mula-mula depa sebar cerita dengan bisik-bisik ja. Lepas tu kat kedai kopi. Bila makin hangat, depa panggil wartawan. Punya nak jatuhkan Pak Abu, sanggup buat sidang media semata-mata nak bagi orang percaya pada cerita diorang. Kampung Pak Abu mula kecoh bila Sonar Hairan, tabloid dan " sosial media dah mula masukkan "jarum beracun" depa...

Tak puas hati, depa buat pula ceramah road tour keliling kampung. Pak Seman tu walau pun dah tua, sanggup panjat lori ikan sambil pegang pembesar suara dok jaja cerita konon Pak Abu curi duit daya yayasan. Konon semua duit yang dia bantu tu "dedak" untuk pastikan Pak Abu jadi Ketua Kampung... Macam biasa la.. benda sensasi negatif macam tu, ditambah pulak ramai yang jenis baca "tajuk" akhbar saja, maka mula la depa percaya....

Lepas mengundi, jangan suka-suka hati korek hidung...
Akhirnya, tibalah masa semua penduduk kampung tu pilih Ketua Kampung baru. Penggal Pak Abu dah abis, maka Pak Abu pun kena buat majlis undi-mengundi la. Undi punya undi, Pak Abu kalah, Pak Seman menang. Pak Seman pun dengan hidung kembang-kempis, naik jadi Ketua Kampung kali kedua dan paling tua dalam sejarah dunia....

Walau pun menang, Pak Seman tetap nak "bunuh" karier Pak Abu. Bagi Pak Seman, alang-alang menyeluk pekasam, biar Pak Abu tak boleh bangun langsung. Dia pun tuduh Pak Abu dengan macam-macam pertuduhan. Apa nak takut, tok dalang balai raya yang nak jatuh hukum dengan tukang bawak kes tu semua orang dia... sapa yang bantu Pak Abu, dia akan tuduh makan "dedak" dan akan ditekan habis-habisan...

Pak Abu tak biar.. dia tahu dia tak bersalah. Dia pun ada tukang bela yang hebat jugak. Punyalah takut tembelang dia pecah, dia suruh pulak "sida-sida" kampung tangkap tukang bela Pak Abu tu. Kononnya tukang bela Pak Abu tu terima duit Pak Abu yang "dicuri" daripada dana yayasan.. 

Maka Pak Abu dah hilang seorang tukang bela yang hebat untuk bantu dia menang kes kat balai raya. Tak tahu la macamana nasib Pak Abu lepas ni. Kes Pak Abu masih berjalan, tapi nampaknya tukang bela Pak Abu pun macam dah tak boleh nak jadi wakil Pak Abu dah... 

____________________________________________________________________________

Faham tak apa yang saya cuba sampaikan? Pada saya, keadilan hakiki hanya di akhirat, di depan Allah SWT. Bukanlah nak hina keadilan di dunia. Tapi jika keadilan di dunia ni dikawal dan dimanipulasi dengan kuasa pihak tertentu, maka dah tentu tiada keadilan lagi di dunia, kan?

Saya hanya insan kerdil yang Allah beri sedikit kelebihan untuk menulis dan saya gunakan kelebihan itu dengan meluahkan pandangan di blog saya ni. Jika ada salah dan silap, maafkan saya. Tapi jika benar, maka terimalah kebenaran itu walaupun pahit.

Konsep keadilan dalam Islam ialah meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Songkok letak kat kepala, bukan kat kaki!
Benar kita kini berada di era Malaysia Baharu. Tapi apa gunanya "Baharu" jika belum sampai setengah tahun, kita dihidangkan dengan pelbagai insiden yang mengundang "tepukan menyindir"? Kepentingan Islam bangsa Melayu, malah bangsa bukan Melayu pun mula terancam. 

Bagaimana pula dengan sistem keadilan di negara kita? Rule of Law? Rule of Law jenis apa yang kita dapat bila jabatan peguam negara dan kehakiman seolah-olah berada di bawah telunjuk mereka? Bagaimana dengan kos sara hidup, harga barang, peluang kerja dan segala janji-janji yang ditabur? Ada mereka lunaskan?

Tepuk dada, tepuk tangan, tepuk dahi.. maka hadaplah 5 tahun ini dengan ketabahan hati... 

7 comments:

aku said...

terbaik!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Makan dalam posting ni. Tetapi itulah hakikatnya apabila persepsi memainkan peranan penting dalam menentukan siapa yang menang majlis undi-undi ini. Tanggung le kita untuk tempoh 5 tahun ini.

mohd azman mansor said...

Certot terbaik.....

Anonymous said...

Rule of law day jade rule of jaw!

Anonymous said...

hampir sempurna jalan ceritanya dgn apa yg berlaku antara najib(pak abu) vs mahathir(pak leman/seman)....
..spt mana berlaku kpd nabi yusuf yg dituduh mengkhianati zulaikha tanpa bukti yg jelas..
...spt kisah aisyah r.aha yg dituduh dgn seorang sahabat nabi saw berdua2an di pdg pasir...
..inikan pulak Ds najib..kpd Allah swt kita bertawakal....mohon jihad utk sebarkn & pertahankan maruah seorang muslim yg bernama DS Najib...semoga allah merahmati kita di atas kebaikan ini...

Anonymous said...

Posting yang menikam sampai ke tulang sum-sum. Terbaikkk. Teruskan demi menegakkan kebenaran

Anonymous said...

Terbaik tuan.
Tapi malang geng uneducated pro-kutty mana reti hadam
mereka hanyda hadam air liur madey dan diam sahaja
zaman menggertak mengugut mangsa politik ala 22 tahun. masih relevenkah di zaman ini untuk madey kekal kuasa?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!