Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, August 13, 2018

Mujahid "Cair" Jumpa Nisha? Apa Yang Korang Kecoh Sangat..?


Riuh rendah diperkatakan tentang isu Menteri (Agama) di JPM, Dato' Mujahid Rawa dan geng LGBT yang diwakili En. Nisha. Maaflah, saya tak tahu nama sebenar En. Nisha dan tak pasti apa gender sebenar individu itu. 

Namun mengecewakan, Menteri Agama itu "cair" hanya dalam tempoh lebih kurang 40 minit bertemu En. Nisha...

Apabila Mujahid membuat kenyataan menerusi press conference, maka jelas apa yang terbit dari mulutnya itu disahkan sebagai kenyataan rasmi Kerajaan Malaysia kerana dia merupakan seorang Menteri yang dilantik bagi portfolio berkenaan.

Jika dirujuk pula pada pengertian "Dasar Awam" secara teori dan amalan, maka kenyataan Mujahid itu juga mengesahkan kandungannya dalam press conference itu adalah salah satu daripada dasar awam negara yang rasmi. Saya tidak pasti sama ada Mujahid sedar ataupun tidak tentang perkara ini.

Dalam kenyataan Mujahid, antara intipati pentingnya adalah mengenai penegasannya yang melarang sebarang diskriminasi terhadap golongan LGBT khususnya di tempat awam dan rumah ibadat. Apa pula definisi tempat awam dan rumah ibadat? 

Tempat awam ini contohnya macam taman permainan awam, pasar awam, tandas awam dan sebagainya, yang dibenarkan akses kepada semua masyarakat awam tanpa sekatan atau larangan perundangan. Rumah ibadat tu macam masjid, surau, kuil, gereja dan seumpamanyalah...

Ada di kalangan penyokong PH yang mendakwa kenyataan Mujahid dan Kerajaan Malaysia itu kononnya "menjelaskan perbezaan antara pendakwah dan penghukum". Kononnya nak beritahu pendekatan Mujahid tu "uslub dakwah" la...pada masa yang sama, nak sindir hentam pihak yang mengecam Mujahid dan Kerajaan PH laaa....


Soal pertama. Diskriminisi hak LGBT di lokasi awam. Betul ada diskrimisi? Saya tengok, boleh kata semua tempat puak LGBT ni boleh masuk. Masa kat UIAM, selang dua bilik saya dihuni student "nyah", namanya "N**il". Ketika saya UiTM dulu, bilik hujung sekali pun "nyah" juga, namanya "Er***an". Dalam kelas saya sendiri ada gay yang kekal gay hingga sekarang. 

Kami tak discriminate diorang pun. Elok je hormat menghormati. Diorang duduk kat kolej lelaki, kongsi toilet dengan kitorang elok je pun. Tapi macam berbeza dengan kami yang pakai towel di paras pinggang, diorang pakai towel besar di paras dada dan bawa baldi kecil berisi facial cleanser etc masuk toilet. Takde pulak kitorang kacau ke, rogol ke apa ke.. 

Cuma dakwah tu ada la sikit-sikit. Bukan apa, sayang kami tengok anak bangsa kami beragama Islam jadi macam tu. Diorang pun okay je dengan kami. Kalau lapar tengah malam masa study tu, diorang selalu belanja meggi & grape tea. Takde pulak diorang goda or kami goda diorang...

Itu baru di universiti. Jika di lingkungan lokasi awam yang lebih besar, mungkin diorang sendiri yang malu nak masuk toilet lelaki. Ye la.. dah pakai vogue giler, kan? Dengan skirt pendek, tube, singlet, perfume mahal, make up mengalahkan artis, tiba-tiba masuk toilet lelaki. Malu la kalau pakcik jaga tandas tu tau diorang tu "nyah".. kan? Kena pulak sekampung, malu la mak ayah diorang, kan?


Tapi, sapa suruh pakai macam tu, kan? Fitrah kejadian manusia tu hanya lelaki, wanita dan khunsa. Dari sudut hukum tentang khunsa, saya yakin lebih ramai ulama dan fuqaha dari mazhab Shafie dan ASWJ yang lebih arif. Namun yang jelas, khunsa perlu memilih untuk jadi lelaki atau perempuan bila tiba "masa"nya, kan? 

Saya petik dari sudut agama disebabkan Mujahid adalah Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam Kerajaan PH Malaysia. Dia tak jaga hal ehwal wanita atau undang-undang. Adalah jelas dia perlu mengeluarkan kenyataan rasmi negara dari sudut pandang agama Islam.

Hakikatnya, tidak ada pun diskriminisi kat Nyah, termasuk hal nak masuk toilet. Hanya diorang, sama ada Nyah mahupun Pengkid yang discriminate diri diorang sendiri. Diorang yang malu dan kurang selesa masuk public toilet disebabkan keterampilan diorang tu...So nasiblah, kan? Siapa suruh pakai or jadi macam tu? Bukan Allah or mak ayah diorang suruh pun... 


Pada saya, tiada sebarang isu mendesak yang memerlukan Mujahid buang masa jumpa En. Nisha tu. Kalau jumpa pun, sepatutnya Mujahid yang pengaruhi diorang supaya jadi jantina sebenar diorang, bukan diorang yang pengaruhi Mujahid untuk berikan apa yang diorang mahukan...

Diorang nak tandas? Pilih je nak tandas lelaki atau wanita. Lelaki masuk toilet lelaki, perempuan masuk toilet perempuan la. Nak ke masjid? Jika lelaki, masuk ruang lelaki, jika perempuan, pakai telekung masuk ruang wanita la. Susah sangat ke? Korang nak berdepan dengan Allah yang jadikan korang, lagi nak berlakon depan Dia ke? Nak kena lempang dengan Tok Imam?

Pada pandangan saya, rakyat dah diberi peluang untuk memilih. Ketika PRU, rakyat sebagai pengundi diberi kuasa penentu kerajaan mana yang mereka mahukan. Bila rakyat sudah memilih, maka kita semua perlu hormati pilihan itu dan tak perlu lagi berpolitik. Hak kita sebagai rakyat dah habis. Setakat kritik dan beri pandangan sikit, boleh laaa...

Yang berhak tegur dan bantah ialah Ahli Parlimen Pembangkang. Diorang ahli politik dan dipilih rakyat di kawasan masing-masing untuk bersuara mewakili parlimen mereka secara sah pada PRU yang lalu. Itupun jika Kerajaan PH nak dengar atau peduli dengan bantahan mereka. Jika tidak, nasiblah...

Jadi, kuasa sebenar ada di tangan PH. Siapa pun PH, sama ada PM adalah Tun M atau Anwar, kuasa ada pada tangan mereka, bukan kita. Majoriti rakyat pilih mereka, dan mereka berhak buat apa saja dasar negara mengikut kehendak mereka. Jika Kerajaan PH Malaysia kata bina toilet untuk LGBT, maka binalah... apa hak kita nak bantah? Majoriti kita jugak yang pilih mereka, kan?


So, tak payah bising, tak payah kecoh. Biarlah Kerajaan PH nak buat apa pun. Kalau tak suka, suarakan melalui wakil rakyat yang korang undi hari tu. Jika diorang tak dengar or tiada tindakan, next election pilih la orang lain atau parti lain. Itu saja hak kita dalam sistem demokrasi. Walaupun kecil dan tempoh sekejap saja masa mengundi tu, tapi besar impaknya dalam amalan demokrasi...

So, tak payah la tambah dosa maki hamun Mujahid, Kerajaan PH, En Nisha atau sesiapa. Selagi belum tiba PRU 15, terimalah apa saja yang Kerajaan PH nak. Kalau tiba-tiba diorang taknak Tun M atau Anwar jadi PM, dan tiba-tiba pulak nak Guan Eng jadi PM, terima saja la. Bukan salah dari sudut perlembagaan negara pun.. rileks laaa...

So faham kot? Selamat ber"LGBT" semua... Wallahu'alam.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!