Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, August 16, 2018

Liberalisasi Perlembagaan Ke Arah "Republik" Malaysia Baharu?


Dalam satu perbincangan saya bersama beberapa rakan baru-baru ini, kami ada berbincang panjang tentang perkembangan politik negara, khususnya membabitkan beberapa perkara yang menjadi tunggak kepada pembentukan Perlembagaan Pesekutuan itu sendiri.

Suhu perbincangan secara ilmiah itu semakin meningkat apabila menyentuh soal kedudukan agama Islam, Raja-Raja Melayu, bangsa Melayu dan kepentingan bahasa Melayu yang merupakan 4 unsur tradisi yang menjadi keutamaan dalam kontrak sosial, yang kemudiannya diwajibkan untuk dimasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam bahasa mudah, jika 4 unsur tradisi tu tak dipersetujui dalam kontrak sosial oleh ketiga pihak yang mewakili 3 kaum terbesar negara ketika itu, maka tidak akan terbentuk Perlembagaan Persekutuan yang menjadi salah satu syarat memerdekakan Malaya ketika itu.

Daripada 6 orang kami yang berbincang tu, 2 orang mengaku undi PH, 2 orang undi BN dan 1 undi PAS. Seorang daripada kami tak mengundi. Latar belakang kami semuanya pernah study Perlembagaan secara akademik. Ada yang bagi lecture subject Perlembagaan pun... 

Peliknya, 2 orang yang undi PH tu la yang paling marah sampai merah muka. Siap ngaku menyesal undi PH. Tu yang kami gelak sakan tu..!

Dalam merah-merah muka tu, salah seorangnya siap mentioned Perkara 150 (6a). Perkara tu menegaskan tentang 6 hak penting dan utama dalam Perlembagaan Persekutuan yang tak boleh digugat walaupun negara kita dalam keadaan darurat. 

Hak-hak tu adalah berkaitan undang-undang Islam, adat Melayu, kebebasan beragama, hak kewarganegaraan, undang-undang adat di Sabah dan Sarawak serta hak berkaitan bahasa. 

So saya tanya la apa masalahnya? Dah depa ada kuasa, jika cukup syarat, depa boleh ja pinda Perkara 150 (6a) tu. Asalkan menepati syarat dan prosedur, Kerajaan boleh pinda. Bukan tak pernah terjadi pun sebelum ni, kan? 


Cuma pada pandangan saya, Kerajaan PH takkan pinda Perlembagaan Persekutuan pun. Justifikasinya adalah disebabkan depa takdak majoriti 2/3 which means they are not a strong government. Lagipun, kalau depa pinda juga, rakyat khususnya majoiriti orang Melayu akan marah bangkit menentang depa. Boleh huru-hara jadinya...

Hasil perbincangan tu, kami yakin Perlembagaan Persekutuan mungkin takkan dipinda. Cuma, Kerajaan PH terutamanya DAP, PKR dan PAN berkemungkinan besar akan gunakan pendekatan lain yang lebih strategik memandangkan depa ada beberapa kelebihan tertentu sekarang.

Kami berpandangan bahawa DAP, PKR dan PAN ada kelebihan dari sudut meletakkan "bidak" di jawatan strategik di institusi kehakiman negara dan jabatan peguam negara. Dengan kedudukan Nga sebagai Timbalan Yg DiPertua Dewan, agenda tu makin mudah...


Kami berpendapat antara pendekatan yang berkemungkinan besar dilakukan secara halus ialah melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang sekaligus menyamatarafkan kedudukan bangsa lain, agama lain dan kepentingan-kepentingan tertentu menyamai kedudukan dan keistimewaan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaaan...

Proses liberalisasi perlembagaan tu makin mudah direalisasikan apabila depa memiliki pakar-pakar perundangan dan memposisikan "bidak-bidak" yang mampu membantu menjayakan matlamat tu. Proses tu mungkin takkan dibuat secara drastik, tapi mungkin perlahan-lahan.

Paling penting, apa pun yang dilakukan, ianya harus teliti, mengikut perundangan negara dan ketetapan Perlembagaan Persekutuan, tersirat tidak menonjol, tapi beri kesan secara perlahan untuk mudahkan adaptasi masyarakat tanpa sedar.

Fasa seterusnya hanya dijangka akan berlaku selepas Kerajaan PH semakin kukuh dalam Parlimen dan mungkin akan bermula jika depa menang 2/3 pada PRU ke-15 atau 16 nanti. So, walaupun proses tu memakan masa, tapi peluang makin cerah...

Bila rakyat Malaysia rata-ratanya mengadaptasi liberalisasi Perlembagaan tu, maka time tu la depa akan strike habis-habisan sampai penuhi agenda dan matlamat depa tu. Jika semuanya lancar mengikut perancangan, mungkin dalam 20 years, Malaysia akan jadi macam Republic of Singapore...


Tapi walau apa pun, itu hanya kesimpulan pandangan daripada perbincangan kami saja. Tak semestinya akan berlaku macam tu. Mungkin depa ada strategi lain yang lebih cepat dan efektif, siapa tahu, kan?

Cuma saranan saya, biar je la PH memerintah dan buat sesuka hati diorang. Kita takde hak untuk bantah pun melainkan minta wakil rakyat di kawasan kita senada dan bantah dalam Dewan Rakyat bila bersidang. Itu saja yang kita mampu buat sebab hak kita hanya mengundi saja.

Setakat berbincang macam kami dan melontarkan pandangan dalam blog itu tidak memberi kesan apa-apa kecuali perkongsian pandangan atau fikrah sesama kita. Ilmu pengetahuan perlu selari dengan pemikiran bagi membentuk minda masyarakat kelas pertama, kan? So be it...

1 comment:

Anonymous said...

biar je ph pinda perlembagaan, aku nak melayu ph yg berlagak tu rasakan natijahnya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!