Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, August 14, 2018

Benarkah BN Jadikan Orang Malaysia Pemalas, Harap Duit Percuma?


Masih lagi nak bertengkar dan berpolitik walaupun dah jadi Kerajaan. Bukan politik sikit-sikit, tapi penuh dengan kenyataan-kenyataan retorik yang cuba terus memperbodohkan lagi #Uneducated Malaysians. Tapi "dia" khususnya bagaikan lupa bahawa masih ramai lagi yang #educated yang masih waras dan tak termakan lagi dengan dakyah politiknya...

Baru-baru ini dia mengatakan bahawa "Najib jadikan orang Malaysia suka harap duit percuma". Dengan kenyataan tu, dia cuba frame dalam pemikiran rakyat kononnya Najib suka tabur duit secara percuma kepada rakyat dan menjadikan rakyat di negara kita ni pemalas, tak produktif. Kononlahhh..

Betul ke apa yang dia kata tu? Atau ia hanya satu lagi siri pembentukan pemikiran masyarakat Malaysia ke arah satu kebodohan yang nyata?

Kenapa? Saya yakin bahawa ramai di kalangan rakyat Malaysia yang pernah ke luar negara. Sama ada melancong, atas urusan kerja atau perniagaan, malah ramai yang pernah study kat oversea, kan? Saya juga yakin antara negara yang korang pernah pergi adalah negara yang amalkan sistem GST...

Kalau korang teliti baik-baik, korang akan sedar bahawa setiap warganegara di negara yang mengamalkan sistem GST diberi elaun bulanan, terutama yang tidak mempunyai pendapatan. Bermula dari bayi yang dah didaftarkan kelahiran, hinggalah ke peringkat gelandangan, semua yang tiada pekerjaan akan terima elaun tu mengikut terma yang syarat di negara masing-masing.

Jadi, adalah jelas bahawa boleh dikatakan setiap negara yang amalkan GST akan beri duit kepada golongan rakyat tertentu yang menjadi golongan sasaran, kan? Selalunya yang tiada income, berpendapatan rendah dan seumpamanya. Orang kaya macam Bill Gates malu nak terima elaun tuuu..

Cubalah ke Australia atau mana-mana negara yang amalkan GST. Hampir semua bagi balik duit "cash" kepada golongan sasaran. Tanya Timbalan Menteri Ekonomi. Dia lama duduk di Australia. Memang begitu amalannya bagi negara yang amalkan GST...


Macam di Malaysia sebelum ni, Kerajaan bagi BR1M sebab kita amalkan GST. Kerajaan kutip 6% dari semua pihak termasuk gelandangan, anak yatim dan orang susah, tapi Kerajaan bagi dalam bentuk cash dan utamakan kepada golongan-golongan ni, kan?

So pelaksanaannya sama la dengan negara-negara maju yang amalkan GST, kan? Ia bukan soal "ajar orang Malaysia harap duit percuma". Tapi lebih kepada kewajipan kerajaan yang amalkan GST untuk beri balik kutipan cukai tu untuk bantu ringankan beban kos sara hidup dan kesejahteraan ekonomi rakyat. Memang begitu sistemnya...

Jadi, tak timbul la soal "Najib jadikan orang Malaysia suka harap duit percuma", melainkan dia sengaja keluarkan kenyataan macam tu untuk perbodoh-bodohkan rakyat Malaysia terutama yang dah mereka bodohkan pada PRU ke-14 tu...

Sebaliknya pada pandangan saya, adalah lebih baik agihkan kutipan tu pada mereka yang mereka yang berhak berbanding bagi projek mega-mega kayakan lagi anak-anak, saudara mara, kroni-kroni dan pihak tertentu yang memang dah sedia kaya raya.

Mungkin ada la sedikit kelemahan dalam pelaksanaan GST kat Malaysia sebelum ni. Tapi pada saya, Kerajaan PH boleh je buat penambahbaikan terhadap sistem sedia ada KECUALI la jika memang Kerajaan PH nak bantu tauke-tauke yang dipercayai jadi "funder" diorang lari bayar cukai macam dulu-dulu, kan?


So lepas pencen nanti diorang boleh sponsor naik jet keliling dunia, sponsor makan minum kuda, sponsor kehidupan mewah, hadiahkan itu dan ini di atas nama "penghargaan ke atas segala jasa semasa berkuasa"? Macam tu ke?

Saya agak hairan dengan pendekatan dia. Dah dapat kuasa pun, sengaja lagi nak suruh rakyat benci Najib? Najib dah tak ada kuasa. Awat yang takut sangat kat Najib? Sepatutnya dia lebih takut pada Anwar and the gang... Anytime ja boleh strike...kan?

So saya minta, tak perlulah nak bodoh-bodohkan orang Malaysia lagi. Tak perlulah nak buat orang Malaysia benci kat Najib lagi. Sudah-sudah la nak gunakan style lama macam tu. Ramai dah educated Malaysians kat negara kita ni... 

1 comment:

Anonymous said...

Salam...Syabas tuan..Ayat ayat sinis..menikam.. sarcastic tapi penuh bersopan..maklumlah dia kan warga super 'emas', cepat terasa tau...hehe.
Boboi anaknda kesayngan dia macam manaa? Ada jadi 'songsang' macam sister marina?? Kedah amat suram dan kelam masa depan bila si boboi jadi mb lagi...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!