Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, July 28, 2018

AWAS MUKHRIZ, JANGAN TERSUNGKUR KALI KE-2...


Beberapa rakan ada meminta saya mengulas tentang pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menang pada PRU ke-14 yang lalu. Ada yang risau, ramai pula yang bimbang. Tapi ada pulak kawan PH saya yang masam mencuka...? Saya hanya ketawa...

Masih terlalu awal untuk saya mengulas mengenai Kerajaan PH. Belum sampai 3 bulan mahupun 100 hari pun. Biarlah mereka memerintah dan menggubal dasar sesuka hati mereka. Sejak dari merdeka mereka tiada kuasa. Bila sudah berkuasa, maka sudah tentu "dunia ana yang punya". Khabarnya sampai pening kepala PM ke-7 dibuatnya. Nasiblah kan...

Namun untuk tidak mengecewakan, saya pilih untuk mengulas tentang sidang Dun Kedah yang bakal berlangsung kira-kira pertengahan Ogos nanti. Selesai sudah cerita pemilihan Speaker dan Timbalannya hasil kuasa budi bicara unilateral di antara Presiden UMNO dan MB Kedah, sidang Dun Kedah melangkah ke fasa seterusnya...

Saya melihat tepat pada Mukhriz yang sebelum ini pernah "bersahabat" dan "cukup baik" dengan saya sama ada ketika merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dan 4 bulan sebelum membantu UMNO merampas Kedah dari PAS. Saya makin kasihan padanya...


Kenapa saya kasihan? Cuba lihat di sekelilingnya. Siapa yang ada? Berapa orang Adun PPBM yang menang pada PRU ke-14 dan siapa mereka? Daripada 36 kerusi Dun, PPBM bertanding di 14 kerusi, jumlah terbanyak berbanding parti lain dalam PH. Daripada 14 kerusi, hanya 5 saja yang menang. PKR yang bertanding 10 kerusi pun sampai 8 kerusi mereka menang... nampak?

Mukhriz, Amiruddin, Aziz, Halimaton, Johari Bulat dan Firdaus. Itu saja Adun PPBM dalam sidang Dun. Mukhriz mungkin harapkan Amiruddin untuk jadi orang kuat dia dalam Kerajaan Negeri. Amiruddin sajalah yang boleh diharapkan pun...

Tapi nampaknya Amiruddin lebih suka jadi Timbalan Menteri dan meninggalkan Mukhriz terkontang-kanting. Betul Mukhriz tak mati tanpa Amiruddin. Tapi bolehkah Mukhriz harap pada Aziz, Halimaton, Johari Bulat dan Firdaus untuk perkuatkan pengaruh PPBM dalam Kerajaan Negeri?

Sekarang, Speaker Dun Kedah adalah orang PKR. Ahmad Kassim merupakan bekas ahli parlimen Kuala Kedah. Timbalannya Johari Bulat. Maksudnya, kurang seorang lagi Adun PPBM yang boleh dilantik Mukhriz sebagai Exco Kerajaan Negeri. Tinggal 4 orang...


Mukhriz terpaksa lantik Halimaton dan Firdaus sebagai Exco. Takkanlah Mukhriz nak lantik semua Adun PPBM jadi Exco. Nanti PKR "siku" pulak! Jadi, dengan lantikan itu, saya tidak melihat kedudukan Mukhriz sebagai kukuh dalam Dun Kedah, malah sangat goyah!

Dia terpaksa harap dua Exco yang mungkin langsung dia tak terfikir akan lantik jadi Exco. Semuanya gara-gara pemimpin PPBM lain yang pernah bantu Mukhriz dalam Kerajaan Negeri semuanya tumbang. Halimaton dan Firdaus bukan saja tiada pengalaman, malah diyakini kurang tahu dengan jelas tentang selok belok Kerajaan Negeri. Betul la boleh belajar, tapi ambil masa bertahun la, kan?

Jadi, kedudukan Mukhriz dalam majlis mesyuarat Kerajaan Negeri sangat lemah. Bila-bila saja dia boleh dipermainkan. Apatah lagi dalam sidang Dun, sudah tentu goyang! Speaker Dewan dari PKR. PKR pula ada 10 kerusi Dun. Bagaimanakah jika mereka buat usul undi tak percaya dan Speaker luluskan? Sekali lagi "coup de tat"?

Saya yakin, Johari Abdul (Adun Gurun) sedang tersengih-sengih menanti peluang. Khabarnya beliau dijanjikan "macam-macam" oleh PM ke-7 sebelum PRU ke-14. Tapi "habuk" pun tak dapat. Mungkinkah beliau dapat hidu peluang terbaik untuk dirinya naik jadi MB Kedah?


Saya berpandangan bahawa jangka hayat Mukhriz sebagai MB Kedah mungkin sekali lagi tidak akan bertahan lama. Khabarnya, terdapat ura-ura untuk membawa Mukhriz jadi Timbalan Menteri bagi "menyelamatkan dirinya" daripada menjadi mangsa undi tidak percaya sekali lagi. Tidak tahulah sama ada benar atau tidak.

Tapi jika setakat jawatan Timbalan Menteri sahaja, apa kellasss, kan? Takkanlah Timbalan Presiden PPBM merangkap anak negarawan terulung dunia lantik jadi Timbalan Menteri saja. Lekeh sangat kot kata orang Kedah... Patutnya bagi la jadi Menteri Kewangan ke, Pertahanan ke...

Saya harap khabar itu hanyalah khabar angin saja walaupun terlalu kencang tiupannya. Malulah jika Mukhriz jadi Timbalan Menteri saja. DS Najib dah lantik dia jadi Timbalan Menteri pun sebelum ni. Patutnya, bagilah dia naik pangkat setakah lagi, kan?

Pada hemat saya, memang benar Mukhriz dalam kedudukan yang sangat terancam. Bukan pembangkang yang harus dirisaukan. Tapi dalam kalangan parti PH sendiri. Harapnya tidaklah pisang berbuah dua kali. Tidaklah pula anak negarawan ulung dunia tersungkur sekali lagi, kan?

Bukanlah saya berhasrat nak pecah-belahkan PH di Kedah, namun khabar juga memberitahu tentang PKR yang makin bengang dengan "ketidakadilan" yang berlaku di Kedah dan di peringkat nasional sekarang... Jika tidak dibendung, apalah nasib parti 13 kerusi Parlimen dan 5 kerusi Dun Kedah, kan?


Jadi, saranan saya, janganlah tunduk pada kemahuan parti-parti dalam PH itu. PPBM harus buktikan bahawa mereka mampu menjadi parti tunjang dalam PH sebagaimana UMNO di dalam BN. 

Negara ini terbentuk daripada kontrak sosial yang disyaratkan UMNO kepada MCA dan MIC untuk menerima serta tidak mempersoalkannya. Jadi harapnya PPBM pertahankanlah prinsip-prinsip unsur tradisi yang menjadi intipati penting dalam Perlembagaan Persekutuan itu sebagaimana UMNO mempertahankannya sebelum ini...

Hati-hati bro Mukhriz.. jangan DeJaVu pulak... heh!


1 comment:

Anonymous said...

sudah semestinya orang kedah semua dah tahu setakat mana kemampuan si mukhriz ni mentadbir kedah dulu. pada PRU 14 pun dia menang kerana pujukan bapak dia supaya pengundi-pengundi muda menyokong diorang. Apakah setakat itu jer kemampuan dia berpolitik ?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!