Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, June 25, 2018

Kemelut Kerajaan PH Kedah: Sekali Lagi Undi Tidak Percaya Terhadap Mukhriz?


Ramai kawan-kawan yang bertanyakan tentang apa status terkini Speaker dan Timbalan Speaker Dun Kedah. Sehingga hari ini, belum dapat diputuskan siapa yang bakal dilantik untuk menduduki dua jawatan tersebut.

Seperti yang kita maklum, keputusan PRU ke-14 yang lalu, PH berjaya menang 18 kerusi Dun daripada 36 kerusi Dun yang terdapat di Kedah. PKR menang 7 kerusi, PPBM menang 5 kerusi, PAN menang 4 kerusi dan DAP menang 2 kerusi. 

Ekoran itu, Mukhriz telah mengangkat sumpah setelah mendapat perkenaan DYMM Sultan Kedah setelah semua parti PH tempohari bertanding atas tiket PKR, parti yang mencatat kemenangan terbanyak berbanding parti lain.

Bakinya, 15 kerusi dimenangi PAS dan BN hanya menang di 3 kerusi Dun sahaja. 

Walaupun berbeza parti, namun kedudukan parti kerajaan dan parti pembangkang yang sama banyak telah mencetus masalah untuk memilih siapa paling layak untuk duduk di kerusi Speaker dan Timbalan Speaker Dun.

PAS awal-awal lagi mencadangkan supaya jawatan Speaker dan Timbalannya ditentukan oleh PAS. Saya tidak terkejut kerana jika difikirkan sari sudut pecahan parti yang membentuk majoriti terbesar yang sebenar adalah PAS, bukan PH. Ini adalah disebabkan kesemua parti PH bertanding atas tiket PKR, bukan atas tiket parti masing-masing.


Setahu saya, Mukhriz telah memanggil 3 Adun BN "mengadap"nya. Hasilnya? Mukhriz gagal memujuk ketiga-tiga Adun BN tersebut untuk menyokong PH dalam penentuan kerusi Speaker dan Timbalan Speaker. 

Ada sebab ketiga-tiga Adun BN itu bertegas dan enggan bersetuju dengan kehendak Mukhriz. Bukanlah mereka mahu bergaduh dengan MB Kedah itu, tapi ada terma yang tidak wajar dan ketiga-tiga Adun UMNO tersebut nekad tidak akan sesekali mengkhianati UMNO mahupun BN. Itu muktamad, usah dirayu.

Pada hemat saya, keadaan itu akan menyebabkan Mukhriz dalam keadaan tertekan. PKR menang lebih banyak kerusi berbanding PPBM, namun MB dilantik daripada PPBM. Maka sudah tentu PKR akan menuntut kerusi Exco lebih banyak daripada PPBM.

Dalam masa yang sama, sudah tentu PAN dan DAP juga mahukan bahagian mereka. PPBM perlu beri kerusi Exco kepada PAN dan DAP. Jika tidak, adalah tidak mustahil sekiranya sekali lagi berlaku undi tidak percaya terhadap Mukhriz pada sidang Dun yang bermula 4 Julai ini.

Pada 22 Mei lalu, 10 Exco sudah mengangkat sumpah. Daripada 10 orang Exco itu, 4 daripada PKR, 3 daripada PAN, 2 daripada PPBM dan 1 daripada DAP. Dari sudut pecahan kaum pula, seramai 7 orang berbangsa Melayu, 2 Cina dan 1 India.


Namun demikian, terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa PKR mahu kerusi speaker diberikan kepada pemimpin mereka. Khabarnya, mereka mahu bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dato' Ahmad Kassim sebagai Speaker Dun, manakala Timbalan Speaker akan diberikan kepada mana-mana Adun PPBM.

Saya difahamkan bahawa Mukhriz nafi nama Ahmad Kassim dipilih. Tapi ada pula yang kata PAS yang tolak nama Ahmad Kassim, bukan Mukhriz. 

Namun pada pandangan saya, kemungkinan besar Mukhriz sendiri yang tolak nama Ahmad Kassim tu sebab PPBM dapat 3 kerusi Exco saja termasuk kerusi MB. Mungkin Mukhriz rasa PPBM tak cukup "strong" dalam mesyuarat Exco atau sidang Dun nanti.

Maksud saya, sekiranya berlaku undian atau pembentukan dasar dalam mesyuarat Exco, senang sangat PPBM kalah. Mukhriz nak buat dasar PPBM pun perlu "kelulusan" PKR, PAN & DAP. Mungkin dia tak rasa "secure" dengan kedudukan tersebut.

Jika Speaker Dewan dilantik daripada kalangan pemimpin PKR dan sekiranya apa-apa tindakan Mukhriz yang mencetus ketidakpuasan hati PKR, PAN mahupun DAP, maka bila-bila masa saja kerusi MB akan terancam dalam sidang Dun. 

Selaku anak Perdana Menteri, maka sudah tentu Mukhriz akan malu sekiranya dia jadi "boneka" di Kedah. Sebagai anak Tun M yang terkenal dengan gaya autokrasinya, maka sudah tentu Mukhriz mahu semua yang berlaku berada di dalam kawalan dirinya sendiri, bukan orang atau parti lain.


Saya agak simpati dengan tekanan yang Mukhriz hadapi. Tapi rasa simpati saya itu bagaikan hilang apabila teringat tentang apa yang beliau dan bapanya lakukan terhadap UMNO dan BN. Jadi, biar dia rasa akibat daripada tindakannya itu. 

Saya tidak pasti apa yang akan berlaku pada sidang Dun yang akan bermula pada 4 Julai nanti. Apa yang jelas, Kerajaan PH Kedah tak strong langsung. Nak buat apa pun payah sebab kedudukan Kerajaan dan Pembangkang seimbang. 

Worst come to worst, mungkin PRN berlaku di Kedah? Buat masa ini, pandai-pandailah Mukhriz selesaikan masalah Speaker Dun ni. Takkanlah Mukhriz tak mampu nak selesai masalah ni kot? Kalau susah sangat, pegi beli saja speaker, berlambak jual kat kedai! Heh!

10 comments:

Anonymous said...

Saya dari dulu memang mangharapkan Mukhriz jadi PM suatu hari nanti sebab beliau tegas dan pro melayu . Tapi harapan itu musnah apabila Mukhriz khianat pada BN dan UMNO .

Anonymous said...

Semoga bungkus cepat PH Kedah.. dikuburkan tanpa nesan.

Madey perosak negara dan bangsa.. boboi takkan dapa apa2. budak lembap lagi lemau!

Omar Omr said...

Susah-susah sangat bubar je DUN & adakan pilihan raya semula

Unknown said...

dahulu saya bangga dengan beliau dan bapanya kerana mereka dan peyokong ph agar angoh kerana dapat megalahkan bn sedangkan dahulu mereka semua hidup senang daripada duit pati umno dan mereka lupa jasa umno yg memberi makan kluaga mereka dan sekarang mereka ankuh memerehtah cara kominis hanya untuk membalas dendam bukan untuk menolong rakyak yg susah dikedah. kebanyakan rakyat kedah hanya berharap padi dan menoreh getah sahaja .sekarang getah berharga 1.90 perkilo macam mana mereka sibuk pasal lain kerana sidang media diadakan dikaca tv hanya mencari kesalahan orang bukan untuk menaikkan ekonomi malaysia hanya kepentingan diri dan kroni

ekonomi malaysia untuk memusnahkan malaysia .

Sophia Ghani said...

Yes! Kita undi sekali lagi.. Nak tenguk ape tindakan dedikasi Kali ini.

Unknown said...

Hhaahahhahaaa ambik kau boboi

Anonymous said...

Alhamdulillah...

Fitnah yg mereka lakukan ke BN UMNO akhirnya membuat anaknya tersepit.. tu baru sikit.. tak mustahil Allah akan bagi dugaan lebih besar..

Aminnnnnnnnn.... bermula kedah, tempat anak beranak madey akan runtuh satu persatu..

Mohd Hussain said...

No komen

KB Capsule said...

Jika kita memandang sesuatu perkara itu dengan penuh perasaan kasih sayang ,maka kebaikanlah yang akan kita nampak, Tetapi sekiranya kita memandang sesuatu perkara itu dengan penuh perasaan kebencian, maka keburukanlh yang akan kita nampak.

Oleh itu sama2lah kita renung2kan,kita fikir2kan

Anonymous said...

Boboboi...telungkup ckit lagi..bila undian..speaker tk boleh mengundi..pembangkang 18..ph 17..leborr

Bila Kak Su Bersuara... Heh!