Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, May 30, 2018

UMNO Pasca PRU14: Siapa Akan Pikul Tugas Berat?


Saya faham, ramai yang masih terkesan dengan takdir Allah pada PRU ke-14 baru-baru ini. Tewasnya BN membuatkan ramai di kalangan kita yang pilu dan sayu. 

Ada yang dibibir kononnya puas melihat UMNO merana, namun jauh di sudut hati mereka sedih sangat melihat parti keramat bangsa ini tewas di tangan DAP dan sekutu-sekutunya...

Dalam pada itu, ramai pula yang cepat melatah, menunding jari ke sana ke mari menyalahkan pihak tertentu. Ada yang kata itu, ada yang kata ini. Saya faham. Stress, kan? Saya pun hadapi perasaan yg sama. Down and feeling worst...

Tapi saya mohon. Dalam keadaan sekarang, tak perlulah tunding jari sana sini. Tak perlulah perlekeh, pertikai atau maki hamun sesiapa. Dalam keadaan UMNO sebegini, mahu ditambah lagi luka yang berdarah? Wajarkah tindakan itu?

Bukanlah tidak boleh mengkritik. Tapi berpada-padalah. Islam menggariskan teguran itu dilakukan secara berhikmah dan bijaksana. Kalau nak tegur ibu kita, tak sama cara untuk menegur kawan kita, kan? Silap tegur, boleh berdosa besar pula kita pada ibu...

Jadi, saya mohon sangat supaya jangan terlalu emosi. Memang sukar untuk tidak emosi dalam suasana sekarang. Tapi itulah yang perlu kita lakukan. Tabah dan menahan diri. Kita di bulan Ramadhan, kan? Banyakkanlah bersabar...


Tak lama lagi pemilihan agung UMNO akan berlangsung serentak seluruh negara. Ia merupakan satu lagi detik kritikal yang perlu kita hadapi dan fikirkan. Apatah lagi kita akan gunakan sistem pemilihan baru, dah tentu mungkin wujud kekurangan dan kelebihannya.

Ada yang dah declare tak mahu pertahankan jawatan. Ada yang dah declare enggan bertanding. Suatu yang agak pelik berbanding pemilihan-pemilihan yang lalu. Tapi itulah yang berlaku. Mungkin rasa bertanggungjawab atas apa yang berlaku, mungkin mahu bermuhasabah, mungkin kurang semangat dan sebagainya. 

Secara peribadi, saya hormati pilihan itu dan mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas segala jasa baik dan pengorbanan selama ini. Cuma saya minta, usah disuramkan perjuangan ini dan teruslah berjuang bersama kami ahli biasa parti yang sudah berpuluh tahun memperjuangkan UMNO...

Namun ada juga pemimpin yang begitu komited mengambil tanggungjawab untuk terus berperanan memimpin UMNO walaupun sebagai parti pembangkang. Di waktu suka mereka bersama memperkasa UMNO, di waktu sukar pun mereka memilih untuk terus berjuang bangkitkan semangat juang parti keramat bangsa ini...


Memang agak sukar memilih pemimpin kali ni, kan? Kita perlukan pemimpin yang matang, berkaliber, berkharisma, tidak terlalu berusia, sihat, kreatif, dan sebagainya. Biasalah, memang tu sifat-sifat kepimpinan yang perlu ada, kan?

Cuma, kali ni saya lebih mementingkan "Wow Factor" yang perlu ada dalam pemimpin tu. Maksud saya, Wow Factor tu mestilah yang bersifat positif. Kalau still dok ulang-ulang perkara yang stereo-type tu, hmmmmm alahaiiii... susah la cam tu...

So sebelum hari pemilihan UMNO kali ni, saya dan semua pejuang-pejuang UMNO akan memerhati, meneliti, menganalisis dan mengenal pasti, siapakah yang benar-benar layak duduk kerusi Presiden yang tidak dipertahankan Dato' Seri Najib.

Bukan itu saja, kerusi Timbalan Presiden, 3 kerusi Naib Presiden dan Majlis Tertinggi pun crucial jugak kali ni. Malah, ketua-ketua sayap UMNO macam Wanita, Pemuda dan Puteri pun perlukan yang betul-betul capable, tahan lasak dan benar-benar komited dengan perjuangan.

Saya? Tak payahlah. Orang nak lantik jadi Ajk Cawangan pun saya tolak, inikan pulak nak suruh saya bertanding? Tak sanggup la saya, bro. Kalau bertanding free pun saya tak sanggup nak pikul amanah dan tanggungjawab berat sebagai pemimpin.


Saya jadi ahli cawangan biasa dah la, kan? Siapa kata ahli tak boleh berjuang untuk parti? So siapa pilihan kita kali ni? Tepuk dada, tanya selera.. nak hints dari saya? Contact saya personal laaaa.. Heh!

3 comments:

Anonymous said...

Carilah yg terbaik dari yg terbaik, tolonglah jangan pilih mereka yang berfahaman liberal sehingga ingin membuka parti utk semua kaum, buka utk bumiputera tidak mengapa, inilah uniknya UMNO yg telah membina negara utk sekian lama hingga diiktiraf dunia menjadi yg terbaik dikalangan negara Islam, membina org Melayu dari tiada kepada apa yg ada, banyak lagi agenda utk B40. Carilah pemimpin yg tidak takut2 untuk bercakap tentang Islam dan Melayu/Bumiputera, anda masih punyai berjuta peminat tersendiri, yakin lah dgn diri sendiri...

Anonymous said...

Saya sokong.. umno perlukan ketua pemimpin yang ada WOW FACTOR..!!

Pendapat sy, yg ada skrg masih belum ada ciri2 tersebut..!

So gunakan PAU nanti dgn sebaik mungkin..!

Jika umno masih di takuk lama.. TIADA APA YG KITA BOLEH HARAPKAN..!!

Anonymous said...

Sedikit tips la dr rakyat bkn ahli kpd ahli umno.. Pilihla pemimpin yg bermulut puaka jgn pilih pemimpin yg asyik kontrol hensem.. Zaman kontrol hensem mcm hisyam n KJ dah tak laku dah skrg.. Cuba tgk pemimpin PH.. Majoriti mrk bermulut puaka cth khalid samad, azmin, zuraida, madey lg puaka, ramailah semua kaki carut dlm tu semua menang.. Najib sgt baik utk hidup dizaman yg mencabar ini pemikiran anak muda yg rebel.. Cuba tgk nazri aziz walaupun PH tak suka mulut dia tp dia still steady..
Jd pemimpin umno yg kaki kepit jgnlah dipilih berubahlah.. Rakyat perlukan pemimpin yg jahat mcm madey..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!