Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, May 4, 2018

Cerita Ajis Nak Jadi Ketua Kampung...


Baru-baru ni saya ada kelapangan. Kebetulan pulak tu ada member habaq Anina mai ceramah. Dia ajak pulak pi dengaq apa yang Anina nak habaq... Saya pun apa lagi, celapak pi la. Sauk selipar buruk, tumpang kawan pi tengok....

Mula tu macam biasa la. Dah la hujan malam tu. Ingat ka pakat dok selimut kat rumah la. Rupa-rupanya baq angggg... FULL HOUSE! Hahahahaa... Yang bestnya, bukan takat Malaysiakini, geng bunga ngan PAN yang berapa kerat tu pun gagah mai jugak. Taktau la apa dia nak spin... hahahaaaa...


Majlis mula dengan Pak Ku Rahman, calon kita kat Guaq Chempedak berucap. Perghhh! Tak sangka jugak saya. Tengok Pak Ku memang bersahaja, tapi as a very well educated person, dalam bahasanya memang pekat Kedah tu, dia balun cukup-cukup. Tapi berFAKTA SAHIH!

Lepas tu turn Tok Men (DS Jamil Khir) pulak, berapi baq anggg...! Selang seli tu dia buat lawak pulak, budak Malaysiakini pun bantai gelak.. Bhahahahahaa.. Ya laaa... IC pun lupa bawak? Tu belum umoq 93 lagi tu.. kalau umoq 93, agak-agak lagu mana? Muahahahaaa....


Lepas tu baru la turn Anina. Makin hujan lebat, makin ramai yang mai. Hangpa nak tau apa yang Anina kata, hangpa boleh cari live streaming. Tak silap saya, ada yang buat live masa Anina bagi ceramah tu.. line clear 4G hokayyy....

Tapi sebenarnya, saya tertarik pada cerita Pak Ku Rahman. Dari pengamatan saya, berdasarkan apa yang diceritakan, saya rasa Pak Ku kita ni memang teliti dalam banyak aspek, terutama adab susila bangsa Melayu dan sifat-sifat kepimpinan. Lebih kurang begini ceritanya...
Ada seorang budak, nama dia Ajis. Budak ni takdak la cerdik sangat. Tapi mungkin dia rasa dia cerdik, maka dia pun umum diri nak bertanding jadi Ketua Kampung. Gebang tu takdak dah laaa.. Kira dia la paling best, orang lain semua dia kondem... 
Kalau nak ikut lenggok bahasa dia tu, dia seolah-olah kata geng dia la paling "suci", paling berintegriti, paling best, paling world! Orang lain semua korup, huduh, tipu dan sebagainya. Hokayyyy... biasa la... budak baru nak belajaq subjek politik la kot niiii.... 
Sekali Allah nak tunjuk, ada berlaku bencana kat kampung dia tu. Maka dia pun dengan muka confident ajak la dua tiga kerat geng dia konon nak pi "ziarah" mangsa. Sampai ja dia kat rumah mangsa, rupa-rupanya "rival" dia, Abu dah ada kat situ... Lagi awai dari dia? Cissss.... 
Dari A sampai Z, rupanya dia mai tengok jaaaa.. Mai letak tangan kat belakang, dok buat muka toya sengih-sengih macam kerang busuk. Yang geng Abu tu macam biasa, depa teliti habih tang mana nak kena repair.. nak kena pebaik balik rumah orang kampung tu... 
Kena pulak time tu ada wartawan mai amik gambaq, dia pun eksyen la macam dia yang bantu.. Heh! Saya dengaq, terpedaya jugak wartawan tu.. Muahahahaaa... siap buat story lagi... 
Abu tengok ja gelagat Ajis. Abu tak marah, cuma menyampah pulak dengan gelagat Ajis tu. Tapi Abu sabaq ja laaa.. Biasa la.. budak-budak baru nak up, kan? Orang tengah sebok buat kerja nak bantu orang kampung, dia pulak mai tunjuk hero... Cuihhh..! 
Abu tak kisah sebenarnya. Tapi kalau ya pun nak mai tengok mangsa, orang kampung sendiri pulak tu, hang bawak la buah ka... kuih karaih ka... ni ayaq mineral pun tak bawak mai bagi... dah la kering tekak layan Ajis mai rumah dia... buleh pulak sengih-sengih boh tangan kat belakang macam Hj Bakhil tu... isshhhh.,,, budak nihhh..! 
Tapi alhamdulillah, semua Abu dah selesai. Orang kampung yang terlibat bencana tu pun muka dah maneh, bersyukur pada Allah yang hantaq bantuan melalui pemimpin prihatin macam Abu. Abu takdak la nak menunjuk-nunjuk, dah banyak orang dah dia bantu sebelum ni. Setiap kali dapat bantu orang kampung, Abu rasa puas.. amanahnya terlaksana....
Lebih kurang lagu tu la cerita yang Pak Ku cerita kat saya...

Moral dari ceritanya tu, sebenaqnya bukan mudah nak jadi pemimpin. Adab sopan mai rumah orang tu mesti mau ada. Nak serbu pun, kena pakai helmet. Orang dok tengah susah hati, hang redakan hatinya yang gundah-gulana. Bukan dengan tangan letak kat belakang sambil sengih-sengih...


Next time, mai umah orang tu, bawak la sikit buah tangan. Kalau tak silap saya, kat pekan depan nuuu ada jual buah. Kot buah durian tu mahal, beli pisang emas pun boleh. Asalkan manis... tu budaya nenek moyang orang Melayu kita... penting adab sopan tu...

Next time, kalau Ajis nak serbu rumah orang yang ditimpa musibah, jangan mai kosong. Bantu la dia apa yang patut. Lebih kurang macam orang eksiden tengah jalan laaa.. Jangan dok tercegat amik gambaq atau buat live kat pesbuk. Hang bantu la dia bawak ke tepi jalan ka.. bawak pi klinik ka hospital ka.. apa raaaaaa...! Takkan tu pun nak ajaq?

Next time, belajaq hormat orang lain walaupun "rival" sendiri. Tau la nak jadi Ketua Kampung pun, tapi hormat tu mesti mau ada. Hat tu Islam kita pun ada ajaq, kan?

Jadi saya harap, Ajis buang la jauh-jauh dia punya cita-cita nak jadi "pemimpin segera" tu. Dak pun, pi la menuntut apa yang patut untuk jadi pemimpin. Lepaih dah tera nanti, mai lain masuk gelanggang. Tapi jangan la lama sangat sampai umoq 93.. jenoh kena bahan pulak nanti.. heh!

4 comments:

banggoi petai said...

Umno anjing ....

banggoi petai said...

Amenooo anjinnn

burn bp said...

Semua blog yang ditaja oleh BN akan disekat dan para blogger sila cari makan dengan cara lain!! Blog2 yang nak sokong najib, ada lagi ke? Najib akan terbang dan tinggal dihotel Sg Buluh bersama2 pahlawannya, anak bininya, kroni2nya dan KP jabatn awam lantikkan najib!! Arious bro

Kamal Ariffin Saaim said...

Dah kalah.....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!