Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, May 11, 2018

11 MEI: SELAMAT HARI LAHIR UMNO...


Aku tahu, ada yang ketawa. Malah ada yang berdekah-dekah menghina. Aku tahu, ada yang menyindir dan tersenyum sinis. 

Aku tahu ada yang melenting, melatah, menuding jari di sana sini menyalahkan individu tertentu. Ada yang sugul, mengalirkan air mata. Ada yang kecewa dan ada pula yang terdiam seribu bahasa. Ada yang bersahaja, dan ada pula yang hilang kerja...

Aku tidak terkecuali. Hiba bercampur baur dengan pelbagai perasaan. Sayu. Tidak pernah parti yang aku perjuangkan diuji sebegini hebat. Bukan hanya hilang tampuk kuasa di negeri Kedah, malah turut hilang penguasaan di peringkat persekutuan. Tipulah jika aku tak rasa apa-apa...

Akur dengan hidupnya prinsip demokrasi yang sebelum ini dimomokkan konon dah "mati", aku terima dan hormati keputusan PRU 14. Seikhlas hati, aku ucapkan tahniah kepada Tun M, DAP, PKR dan PAN yang berjaya mengumpul majoriti mudah kali ini...

Ya. Aku sedar. Melayu telah hilang kuasa di Tanah Melayu. Aku sedar Melayu kini terpaksa berdepan ancaman yang tidak diduga. Aku juga dapat melihat sendiri bagaimana maruah Melayu itu bagai diinjak-injak oleh "Melayu" yang hanya pada nama....

Namun begitu, aku juga yakin bahawa terdapat hikmah di sebalik apa yang berlaku. UMNO dan BN "direhatkan" sepenggal oleh suara rakyat Malaysia pada PRU 14, sudah tentu ada puncanya. 

Hari ini, 11 Mei, genaplah 72 tahun penubuhan parti keramat bangsa ini. Takdir ini membawa kita untuk merenung sedalam-dalamnya tentang erti perjuangan sebenar parti yang kita perjuangkan. Jati diri yang subur tersemai lebih 72 tahun dulu perlu kita selami...

Mungkin inilah masanya untuk kita menarik nafas sedalam mungkin dan menghelanya sekuat hati. Mungkin inilah masa terbaik untuk kita lebih serius bermuhasabah diri dan memperbaiki kekurangan yang kita cuba nafikan atau tidak kita sedari selama ini...

Kita tidak maksum. Maka sudah tentu ada cacat cela yang membuat kita "direhatkan" majoriti rakyat Malaysia untuk penggal ini. Perit atau tidak, kita perlu adil pada diri sendiri dan mengakui kelemahan yang perlu kita perbaiki demi meneruskan perjuangan ini...

UMNO "rebirth" perlu bermula hari ini. Selepas tempoh "bertenang" ini, kita akan bangkit pertama kali sebagai pembangkang. Kita perlu perbetulkan imej yang tercalar dan bingkas mengembalikan maruah perjuangan anak bangsa yang kini "hilang" buat sementara waktu...

Rakyat sebenarnya tidak bodoh. Aku yakin, dalam kegembiraan lahiriah atas kemenangan gerombolan Tun M, jauh di sudut hati mereka terselindung perasaan sayu melihat Melayu yang kini hilang kuasa di tanahairnya sendiri...

Aku juga yakin, majoriti rakyat marhain juga seperti aku yang teruja menanti Pakatan menunaikan 10 perkara utama yang mereka janji untuk laksanakan dalam tempoh 100 hari. Antaranya mansuhkan GST, subsidi petrol untuk stabilkan harga sehingga RM1.50 seliter dan laksana gaji minimum RM1,500 sebulan.

Ada banyak lagi janji-janji Pakatan yang tidak sabar untuk direalisasikan termasuk mengurangkan kos sara hidup, menurunkan harga barang, skim peduli rakyat dan BR1M yang tidak dimansuhkan. Aku teruja juga nak tengok tol di seluruh negara dihapuskan.. heh!

Memandangkan BN sedang "direhatkan", kita juga mahu melihat sendiri "kehebatan" Pakatan menguruskan segala rungutan rakyat selama ini. Jika BN selama ini ditohmah sebagai "penyakit", maka Pakatan mendakwa menjadi "ubat" yang mampu sembuhkan "penyakit" itu? Kita nantikan sama ada benar mujarab atau hanya retorik politik semata-mata...

Aku tak minta ditunaikan semua itu hari ini, esok atau minggu depan. Mana yang dijanji dalam tempoh 100 hari, maka tunaikanlah dalam tempoh 100 hari. Jika dijanji untuk tempoh 5 tahun ini, maka laksanakan mengikut tempoh itu... adil, bukan?

Cuma pesan aku, jangan sesekali kecewakan kami rakyat marhain. Jika Pakatan gagal tunaikan janji, maka rasanya aku tidak perlu jelaskan tentang sabda Rasulullah SAW terhadap golongan yang tidak melunaskan janji. Tidak akan kami maafkan seumur hidup..!

Aku mohon pada Allah SWT supaya lanjutkan lagi usia Tun M yang kini menjadi sanjungan marhainis. Tun M sebelum ini berjanji memperbaiki segala kerosakan yang beliau lakukan, maka perlulah beliau segera berbuat demikian sebelum kuasa beralih tangan kepada Anwar...

Sementara itu, kami di pihak UMNO akan mengumpul kembali kekuatan. Kami akan perteguhkan semula barisan. Kami akan tingkatkan balik jatidiri kami dan anak bangsa. Kami tidak akan menjadi pembangkang seperti kamu dulu yang bersenjatakan "black ops", cerita rekaan, pembohongan dan fitnah.

Bukan apa. Kami mahu terus memastikan perjuangan kami diredhai Allah SWT. Apa gunanya menang pilihan raya namun Allah tidak redha gara-gara menggunakan cara kotor dan berdosa, bukan? Dalam tempoh itu, bersiap siagalah menanti kebangkitan UMNO dan BN...!

Allahu Akbar...!

10 comments:

SUHARLI MASROP said...

Perjuangan Belum Selesai Tuan... tak melayu hilang didunia... kita akan bangkit dan sudah pun memulakan langkah... ayah dan bonda kami sedang bersugul namun kami yakin mereka sudahpun melerakkan harapan kepada kita untuk bangkit bak PHOENIX... Kita harus bangkit...

Anonymous said...

Tuan blogger,

Kita harus pasrah dgn kejayaan ph.. Mmg layak mereka memperolehinya dgn mandat yg diberikan oleh rakyat pd pru lalu..

Kita tidak harus taksub kepada mana2 parti politik atau individu..

Ini lah berlaku ke atas umno @ bn, mempertahankan pemimpin melebihi mempertahankan parti itu sendiri..! Mempertahankan pemimpin melebihi mempertahankan keresahan suara rakyat!!

Maka, dgn itu suara keramat rakyat telah memberi mesej jelas ke atas kita semua.. Keputusan pru ini satu tanda aras kpd semua parti pemimpin..!

Secara peribadi nya, sy turut amat bsedih dgn kekalahan umno @ bn, mmg sedih! Tp apakan daya perubahan dari luar harus dibuat apabila perubahan dari dlm umno @ bn itu sendiri gagal dilakukan..! Apabila umno @ bn tdk lg mahu mendengar keluhan hati rakyat, maka undi di peti undi adalh jln terakhir. !

Umno @ bn harus terima hakikat tersebut..! Umno @ bn harus sedar pd sebelum pru12 dan pru13 lalu, ramai pengundi tetap undi umno @ bn atas rasa parti pertama dan pemimpin kedua..! Kerana pemimpin boleh berubah! Tetapi parti harus dikekalkan..!

Namun, apabila umno @ bn tetap mempertahankan najib dan lgsung tdk nampak ingin menggantikan najib dgn yg lain, sedangkan dah terang2 yg najib itu tdk mendapat sokongan majoriti rakyat, apa lagi harus rakyat lakukan..? Undi di peti undi lah jwb nya..!

Maka, dgn itu jgn disalahkan atau dihukum rakyat seolah2 tdk berterima kasih dan bsyukur atas apa yg umno @ bn lakukan selama ini..! Kami amat bsyukur dan berterima kasih kpd umno @ bn, kerana itu umno kekal memerintah kerajaan pusat sehingga sebelum pru14 tempoh hari..!

Namun, umno @ bn jg harus sedar tanpa sokongan rakyat, anda juga pasti terkubur..! Pru14 buktinya..!

Pendek kata ada byk lg keluhan dan keresahan hati rakyat yg mana umno @ bn tdk atasi..!

Yer rakyat mmg akui, pada waktu umno @ bn berada di tampuk pemerintahan, anda mmg layak buat apa saja yg difikirkan betul..! Rakyat mungkin tdk bersetuju dgn anda tp yakinkan rakyat! Bersama dgn rakyat, selami hati mereka dan perbetulkan keadaan! Tp malangnya, pd waktu pemerintahan anda sbagai kerajaan negeri dan kerajaan pusat, anda GAGAL lakukan perkara ini..!

Anyway, ada masa lagi utk perbaiki segala kekurangan dan kelemahan yg ada pada umno @ bn! Kekalkan momentum perjuangan! Jika anda berada di pihak benar, anda pasti berjaya!!

Disini, sy juga ingin berpesan, jika org yg kita syg dan respect di pihak PH juga ada melakukan kesilapan di kemudian hari, kita harus tegur!

Kita harus perjuangkan islam, melayu dan negara..! Pd masa sama hak kaum lain tdk dipinggirkan..!

Dlm keadaan semasa, yer besar kemungkinan suara umno @ bn akan tenggelam, namun kita perlu ingat.. Dulu pembangkang tdk kuat.. Namun, dari satu hari ke satu hari atas kesilapan umno @ bn dlm memerintah, mereka menjadi kuat kerana rakyat berada di pihak mereka..!

Maka, jgn gusar.. Tuan blogger harus konsisten teruskan perjuangan mempertahankan islam, melayu dan negara! Tp jgn pula dipinggirkan hak kaum lain..!

Percaya lah sesuatu itu terjadi atas kuasa allah swt.. Pasti ada hikmah di sebaliknya!

Teruskan perjuangan tuan blogger.. Jgn berputus asa!

Teguran yg konsisten dan membina atas setiap kesilapan PH dlm memerintah, pasti akan membuahkan kembali sokongan ke atas umno @ bn pd masa akan dtg..!

Yang mana betul kita puji..! Yg mana salah kita tegur..!!

SELAMAT BERJUANG..!!

Note: jika tuan blogger open comment to public lagi bgs.. Jika tdk pun tapis dan siarkan lah komen2 pembaca yg membina di ruangan komen di setiap artikel tuan blogger.. Itu akan buatkan pembaca lebih rasa dihargai atas setiap sumbangan komen yg diberikan.. Ini jg salah satu sumbangan ke atas perjuangan demi islam, melayu dan negara..! Walaupun kita berbeza pendapat.. Ada kalanya kita mmg betul..! Dan ada kalanya kita mmg salah! Yg betul kita terima dan yg salah kita perbetulkan! JANGAN BERPUTUS ASA..! SELAMAT BERJUANG!

Anonymous said...

Kecewa sudah pasti. Ambil masa untuk bertenang, redha dan muhasabah diri. Perjuangan perlu diteruskan. InsyaAllah

PHOENIX BANGKIT said...

Tuan... nampaknya seakan ada satu force yang benar2 mahu melanyak UMNO SELUMAT2NYA.... gerakan yang bertopengkan gerakan dan suara rakyat ini benar2 mahu menghapuskan obor melayu.... sehingga darah dafing sendiri sanggup mencerca ibunda sedemikian rupa dan juga komponan2... mahupun anggota UMNO sensiri yang hilang adap membuat tuntutan rerbuka... bukan cara bermesyuarah... seolah2 mahu menu juk keberanian.....

Anonymous said...

Semoga UMNO akan berjaya dan mantap....walau jatuh akan terus bangun...berdiri teguh
InSya Allah..

Anonymous said...

Allahu Akbar!
Tun M (Raja U-Turn) masih boleh dipercayai tapi DAP & PKR memang tak boleh dipercayai langsung.
Rasa bimbang yg amat sangat kalau Anwar jadi PM.

Anonymous said...

Allahu Akbar!
Tun M (Raja U-Turn) masih boleh dipercayai tapi DAP & PKR memang tak boleh dipercayai langsung.
Rasa bimbang yg amat sangat kalau Anwar jadi PM.

banggoi petai said...

Bila Bila lalu kot pendang habaq mai laa noooo....Kita cerita sikit sikit pasai dongeng ' Ajis ' ...

Anonymous said...

Terbaik duke

Azlizan Pelupak said...

Sokong umno

Bila Kak Su Bersuara... Heh!