Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, March 4, 2018

MENJELANG PRU14, TEGURAN BUAT "ATAN" DI SANA...

Kampung kita..
Tak lama lagi, PRU 14 akan berlangsung. Kata Ab Jalil Backer, keadaan politik di Selangor dikatakan agak "gila" sama ada di pihak BN mahupun pembangkang. Jika benar bagai dikata, sebenarnya ia juga berlaku di negeri Kedah...
Begini cerita ringkasnya....

Abu tanam pokok durian. Disiram, diletak baja dan dijaga dengan rapi supaya membuahkan hasil. Bukan singkat tempohnya, tapi bertahun Abu suburkan pokok duriannya hinggalah mula berbunga dengan lebat....

Tak lama lagi, tibalah musim durian berbuah. Tapi satu hari, tiba-tiba Atan mai buat dangau kat bawah pokok durian Abu tu. Atan buat pokok durian tu macam dia yang punya. Walaupun Abu dan Atan sekampung, tapi pokok durian tu memang dok dalam kawasan Abu...


Macamana nak selesaikan masalah ni?

Itu cuma kisah kiasan yang berlaku. Tak perlulah saya cerita secara detail tentang kisah sebenar. Tak molek pulak rasanya...

Tapi memandangkan dah dekat PRU ni, saya harap sangatlah supaya Atan berhenti buat perangai. Bukan apa, malu kat orang kampung. Orang kampung dah masak dengan perangai Atan. Tiap kali musim pilihan raya dan pemilihan parti, Atan buat kelaku. Time lain, dia tak pulak buat perangai... 

Saya terfikir, alangkah baiknya kalau Atan bantu Abu dan "Ketua Kampung" buat kerja sama-sama?

Atau sebagai "Timbalan ketua kampung", dah tentu ada keistimewaan tersendiri. Dengan kedudukan yang ada, pakat-pakat bantulah. Jangan la dok tulis kat pesbuk kata "takdak sapa bantu". Padahal orang kampung pun tau macamana Atan dapat banyak bantuan. Atan pun kaya raya, bukan miskin pun. Atan nak BR1M jugak ka?

Jalan di kampung kita elok noooo...
Abu pulak memang jenih tak kacau orang. Memang tak pernah dengar dia bergaduh dengan sesiapa. Jauh lagi kontroversi atau skandal, langsung tak pernah dengar. Yang orang kampung dok kata, Abu ni memang jaga kawasan dia dan rajin buat kerja. Dia tak berapa suka berpolitik. Tu la kata orang kampung. Atan jangan la tiba-tiba mai ketuk kepala Abu pulak... apa salah dia?

Setahu saya, ketua kampung dah panggil Atan dah. Dah nasihat dah. Tapi Atan tetap juga buat perangai. Macamana ni Atan? Kalau Atan nak tanam pokok bunga raya, tanam sajalah sekarang depan rumah Atan tu. Senang sikit kita "nak buat kira"...

Atan.. kalau "geli" nak jadi calon kat tempat Abu pun sekali, berpada-padalah. Patutnya Atan tak turun secara bermusim. Tak payah tunggu pilihan raya atau pemilihan, buat kerja untuk rakyat tanpa kira musim. Tiap-tiap hari gunakan "yayasan" tu untuk bantu rakyat tiap-tiap hari, bulan dan bertahun-tahun...

Atan... bukan senang nak jadi pemimpin ni Atan. Banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu digalas. Kadang-kadang tu nak makan pun tak sempat, terpaksa "tahan" padahal nak "terkucil" dah. Nak bantu rakyat ni, kena konsisten dan ikhlas. Bukan "ada udang di sebalik batu"...

Atan... Ustaz Kazim kata, kalau buat baik bantu dan beri sumbangan kat orang tu, tak payah la nak ungkit-ungkit. Nanti bukan saja hilang pahala, mungkin akan timbul riak. Daripada posting Atan di pesbuk, nampak sangat "agenda" hulur bantuan kat orang ramai tu... 

Atan... Apa yang Atan buat tu "style" zaman Tun M. Itu "style" lama, orang tak pakai dah Atan. La ni orang guna pendekatan yang lebih ikhlas. Biaq orang kampung yang dok cerita tentang macamana kita bantu depa, jaga kawasan dan kebajikan depa. Cara "masuk bakul angkat sendiri" tu zaman Tun M boleh la buat lagu tu....

Kampung kita cantik noooo... 
Saya ikhlas tegur Atan ni. Saya takdak kepentingan melainkan kepentingan kampung kita. Kalau nak naikkan diri sendiri pun, jangan la sampai "pijak" kepala kawan-kawan. Kot nanti kawan-kawan "pijak" ramai-ramai, kesian pulak Atan nanti...

Janganlah marah konon saya menegur tak ikut saluran. Dah banyak saluran dah diguna. Ketua kampung pun dah tegur Atan cara baik. Tapi Atan ketegaq jugak. Kalau tegur Atan secara berdepan, Atan bukan nak dengar pun... cakap ketua kampung pun Atan tak peduli, kan?

Saya faham Atan banyak duit...Tapi gunakanlah duit tu untuk kepentingan kampung kita, bukan untuk kepentingan politik diri sendiri. Orang kampung zaman Najib ni bukan mudah diperbodohkan macam Tun M dok buat dulu... koi celik-celik belaka dah...

Saya harap, Atan masa buat kerja tu, bawalah nama "kampung" kita, bukan nama "Atan" sendiri. Selama ni nama Atan naik pun kerana "kampung" kita, kan? Jadi, sama-sama la kita naikkan nama "kampung" kita ni Atan... boleh kot?

Sampai di sini saja teguran saya buat Atan. Harap Atan bermuhasabah. Kalau tak mau dengar teguran pun, saya tak kisah. Tapi jangan menyesal di kemudian hari yaaa.. Wallahu'alam....

3 comments:

Anonymous said...

Apabila Atan menjual ikan di musim PRU. Sahih ada something Fishy... Sebab Atan bukan peniaga ikan, kepakarannya adalah diatas pelan projek..

Anonymous said...

Ramai orang yang ada perangai macam Atan ni terutamanya menjelang nak musim pilihanraya ni. Yang macam Abu ni pun ada ramai tetapi semuanya buat kerja senyap-senyap aje. Semoga Atan di sana tu dapat mendengar teguran yang dibuat.

Anonymous said...

gila kuasa berakhir dengan penyesalan

Bila Kak Su Bersuara... Heh!