Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, February 20, 2018

"KETAQ LUTUT" DENGAQ PARTI BUNGA SURUH TOK BASHAH PACKING BARANG...


Semalam, aku terbaca kenyataan Ketua Penerangan Parti Bunga, Dato' Kamaruddin Mohd Noor. Dia kata Tok Bashah dah boleh sedia pack barang-barang dah sebab parti Bunga nak amik alih Kedah pada PRU 14 ni... 

Perghhh..! "Kecut perut" aku brooo... gigil abih takut segala urat saraf aku baca ayat Dato' Kamaruddin Mohd Noor ni. Mujoq la sempat lari pi toilet, kalau tidak, terkucil aku dibuatnya. Ketaq abih baq annggg....

Rasanya tak ramai kawan-kawan yang tak berapa nak kenai siapa Dato' kita ni. Jangan kompius ya, yang cakap ni Kamaruddin Mohd Nor, bukan Kamaruddin Jaafar...

Dato' kita ni kalau nak ikut tu bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Putih kat Kelantan nuuuu. Orangnya hebat berbicara, kaya dengan pengalaman politik. Dia pernah jadi Adun kat sana. Masa muda dulu, dia pernah jadi SU Abim... Dengaq kata dia geng Anwar Berahim dulu.. "taktau" la betoi ka tidakkkk...


Kalau kita tengok latar belakang Dato' ni, memang dia hebat. Hebat sesangat la. Pendek kata apa yang dia kata semua betoi-betoi belaka. Hangpa toksah dok bangkang. Kalau dia suruh pack barang tu maka pack la cepat... 

Memandangkan latar belakang dia yang hebat tahap dewa tu, pada hemat aku la.. mungkin la ni hanya Tok Bashah dan Exco-Exco saja kot yang tinggai jadi ahli UMNO kat Kedah ni. Ketua Bahagian habih dah keluaq UMNO kot noooo...? 

Peliknya, dia orang Kelantan pun tau "baca" sokongan orang Kedah ni. Dia pakai fakta dari kajian warroom mana tu? Warroom bro Mukhriz ka lagu mana? 

Setahu aku, masa bro Mukhriz jadi Pengerusi UMNO Kedah dulu, khabarnya warroom lena sebab taktau nak buat gerak kerja apa. Data, system semuanya lengkap diwariskan warroom zaman Tok Bashah, tapi mungkin pasai tak reti pakai, depa letak dalam store???

Aku tak tuduh, tapi tu la cerita yang aku dengaq daripada "sumber-sumber yang boleh dipercayai" masa tu. Abih depa cemuih dok saja, nak buat apa pun taktau. Cuma, dekat-dekat bro Mukhriz nak jatuh dulu baru la kalut sikit "nak belajaq" gerak kerja warroom.. tapi dah terlambat.. hye hye bye bye la jawabnya...

Maka sebab tu la aku rasa heran sangat bila Dato' kita dari Kelantan tu confident sangat suruh Tok Bashah packing barang. But don't worry. Aku yakin Tok Bashah pun tahu apa nak buat untuk PRU 14 ni...

Kalau hangpa ingat apa yang berlaku sejak 2008 hingga 2013 dulu, siapa yang jenoh bersilat nak menangkan Kedah balik? Sapa yang satukan UMNO dan BN di Kedah? Siapa lead? Siapa buat keputusan? Siapa yang berkorban siang malam?

Kalau setakat 4-5 bulan sebelum PRU baru nak balik tunjuk muka, maka tak payah gebang la. Tu pun pasai dapat jaminan kata dapat jawatan besaq baru nak balik sini buat kerja all out? Heheee.. masa nak mintak tolong, muka maneh melecaihhh... kahkahkahhhh... tapi friend punya pasai, aku okay ja...

Ni chekkk.. aku nak habaq bagi. Dalam tempoh dok buat kerja dulu, bila tiba ja time PRU, aku memang ketaq abih. Bukan sebab takut kat puak Pakatan. Tapi aku dok buat ibarat macam nak tunggu keputusan exam laaa.. lulus cemerlang ka? On target ka? Ka tak lulus terus?

Tapi alhamdulillah. Pengorbanan kami siang malam dulu berbaloi. Tumpah ayaq mata aku time tu. Tapi dalam hati aku tetap kurang puas hati sebab target aku BN menang majoriti 2/3 Dun, tapi kami dapat simple majoriti jaa... 

Sebab apa? Sebabnya adalah ADA CAMPUR TANGAN LAIN KAT LIST CALON DUN time tu. Tak payah tanya la sapa yang campur tangan. Tapi kalau takdak campur tangan "orang luaq", base on "reading" time tu inshaAllah BN dapat majoriti 2/3 time tu...

PRU 14 ni? Jangan tanya aku. Aku tak terlibat secara langsung. Aku "takdak" reading yang reliable. Tapi aku tau la sikit-sikit perkembangan semasa. Pasai pa? Busy kerja broooo.. Apa yang berlaku selepas PRU 13 dulu sedikit sebanyak buat aku "serik" sikit broooo... heh!

Tapi jangan risau. Kalau sempat nanti, aku turun ngundi. Macam biasa, Dun Bakar Bata, Parlimen Alor Setar. Tu pun kala sempat ngundi laaa... busy tak busy kerja aku ni sampai makan pun selalu miss. Tu yang kawan-kawan dok tegoq kata kurus tuuu... dah kurang makan, pikiaq banyak, camana badan nak naik?

Anyway, aku rindu jugak la kawan-kawan seperjuangan aku terutama di KL nuunnn.. Agak lama tak jumpa depa. Selalu kalau bulan posa atau ada kerja kat KL ja baru aku berkesempatan jumpa depa. Tu pun sat saja.. InshaAllah kalau ada jodoh, kita jumpa lagi...

Berbalik pada "arahan" Dato' kita yang suruh Tok Bashah pack barang tu, aku harap dia ada basis yang kuat untuk keluarkan arahan macam tu. Kalau gamak lawan PAS Kedah pun tak lepas, jangan dok berangan sangat nak lawan BN di Kedah ni...

Aku takdak la kata BN kat Kedah ni kuat sangat dan tak boleh kalah. PRU 2008 dulu dah pernah kalah dah. Tapi kalau nak gempaq orang ka propa politik sekali pun, biaq la bagi logik sikit. Kot satgi orang gelak kat kita...

Ni masa BN Kedah umum calon untuk PRU 13 kira-kira 5 tahun dulu. Buka mata sapa yang lead... sendiri buat "reading"
Macamana kalau parti bunga, PKR, PAN dan DAP kalah teruk kat Kedah? Mana Dato' nak letak muka? Malu la Dato' kalau Pakatan bungkuih nanti, kan? Lain la kalau Allah angkat perasaan malu dalam diri Dato'...

Dato'.. pesanan ikhlas saya, budaya kami kat Kedah ni, kami tak berapa reti cakap besaq Dato'. Kalau betoi pun kami berpotensi menang, kami bukan jenih hat cakap besaq. Cuma kadang-kadang tu ada la sekali sekala kami luahkan keyakinan untuk menang, tapi takdak la berlagak giler sampai suruh orang packing barang.. masa PAS kalah dulu pun kami tak kejan depa packing barang. Kami layan elok.. siap ucap terima kasih lagi.. 

Maafkan saya kalau ada salah silap dalam teguran saya kat Dato'. Sebagai seorang yang lebih tua dan hebat daripada saya, saya hormat Dato'. Cuma saya kurang setuju la dengan cara Dato' keluar statement yang saya yakin tak accurate langsung... Dato' ingat parti Dato' tu kuat sangat ka kat Kedah ni? Heh!

So dah panjang sangat kot saya tulih ni. Ada kerja lagi dok menanti atas meja ni. Nanti kalau ada masa, saya tulis lagi, inshaAllah. Wassalamu'alaikum WBT... salam perjuangan dari saya....

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!