Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, January 2, 2018

Cerita Tentang PRU 14 Dan Seorang Pemimpin UMNO...


Assalamualaikum dan salam tahun baru Masihi semua. Hari ni, aku nak bercerita sikit tentang PRU dan seorang pemimpin UMNO yang aku kenali. Taklah terlalu rapat, tapi setiap kali berjumpa, kami akan berpeluk tanda ukhuwah dan persaudaraan yang insya Allah kekal sepanjang hayat...

Tak lama lagi, PRU bakal diadakan. Macam selalu, setiap Bahagian akan meeting, buat senarai calon. Senarai tu akan dibawa ke peringkat negeri dan selepas disenarai pendek, akan dibawa ke atas untuk diputuskan pucuk pimpinan...

Selalunya setiap calon itu akan dicounter habis-habisan. Analisi dan cross check akan dibuat dengan teliti dan triple teliti. Bukan mudah nak sangkut jadi calon. Kadang kala, nama dah lekat pun boleh ditarik balik last minit. Jangan salah faham, ada sebab penting kenapa nama ditarik balik tu...

Dalam bab PRU, maka keutamaan diberi kepada proses pemilihan calon tu. Bukan saja kredibiliti dan latar belakangnya, ia diteliti dari semua aspek. Calon yang dipilih perlu betul-betul winnable dan diletak pada kerusi yang paling sesuai. Kalau tak sesuai, maka jadilah macam PRU 2008 dulu...

Bab nak pilih calon ni, jangan terkejut kalau calon tu sendiri "masuk bakul, angkat sendiri". Aku dah biasa dengar ayat "saya layak jadi calon dan saya yakin boleh menang,". Itu memang biasa. Nak gelak pun ada, tapi terpaksa ditahan. Kalau ketawa nanti kecik hati pulakkk, kan?

Tapi, tak semua macam tu. Ada calon yang humble down to earth. Ada yang tolak dengan baik dan minta calon lain yang lebih layak dipilih. Siap bantu lagi bagi nama calon yang dia fikirkan sesuai. Itu antara yang berlaku bila nak pilih calon...

Nak pilih calon yang tepat bukan mudah. Pening kepala. Kadang tu satu kerusi perlukan kira-kira seminggu untuk diputuskan 3 nama calon yang paling sesuai. Bukan boleh fikir macam tu ja, macam-macam nak kena study dan buat. Macam-macam hal nak kena settle...

Ya. Aku tak terlibat pun dalam proses pilih calon ni. Tapi tak perlu question dari mana aku tahu. Lagipun, kata putus nak pilih calon ni bukan di peringkat negeri, tapi diperingkat pusat atau lebih tepat lagi adalah Presiden sendiri dengan advice dari pemimpin parti negeri.

Tak lama lagi nak PRU dah, kan? Aku yakin, UMNO Kedah dah ada senarai calon. Cuma ia mungkin masih "raw", belum diproses. Aku tak risau tentang pemilihan calon kat Kedah. Aku yakin, Tok Bashah yang dah lebih 6 penggal tu tahu sangat camana nak handle... So, tak perlu menyebok.. heh!

Sekarang aku nak cerita pasai "bro" aku ni. Kalau aku cerita latar belakang dia, aku rasa ada kengkawan yang akan tahu dan kenal sangat dengan dia. Tak.. dia bukan pemimpin UMNO Kedah. Dia pemimpin di sebuah negeri di luar Kedah...

Aku bagi "clue" sikit. Dia pernah jual aiskrim masa kecik. Nak sara hidup, nak sekolah tinggi, nak cerah masa depan, dia jual aiskrim. Ada sekali tu time hujan, dia tergelincir, dengan dia dan tong aiskrim tu masuk sungai... hadehhh... sabar je la..

Aku bagi sikit lagi "clue". Dia takdak "godfather". Dia pernah jadi "boss" UMNO di sebuah negeri, pernah bergelar "Dato' Seri", seorang yang sangat humble, berjiwa besar, pejuang parti dan sangat ikhlas berjuang sebagai ahli UMNO. Itu dari kaca mata aku la...

Aku judge dia bukan pasai aku nak bodek. Dia takdak kuasa apa pun sekarang ni. Jawatan besar dalam UMNO pun takdak. So, no point nak kata aku bodek dia. Tapi sepanjang bertahun aku kenal dia, itulah dia dirinya yang sebenar....

Ingat Dato' Haron yang pernah jadi MB Selangor dan dipenjara dulu? Bro aku ni lebih kurang gitulah juga. Dia pernah dipenjara, tapi dah selesai dah semua tu.

Kenapa dia dipenjara? Entahlah, mungkin dia tak tahu apa yang dia buat tu dianggap salah dari segi legal walaupun dari sudut moralnya langsung tak salah. Ada kawan-kawan kata, ada "somebody" yang framed dia. Panas gak la hati aku kat "somebody" tu...

Tapi semua tu dah berlalu. Masa last aku jumpa bro aku ni, dia dah "put a side" dan "move on" dengan life dia. Paling menarik, dia pandang positif dengan apa yang berlaku. Malah, ia lebih mendekatkan dirinya dengan Allah SWT dan selalu bermuhasabah dengan apa yang terjadi...

Aku respect dengan bro aku ni. Dia ada maruah dan maruah dia cukup tinggi nilainya. Masa dia didakwa, dia mohon serah balik "datukship" yang ada padanya. Masa tu belum diputuskan bersalah pun. Tapi atas dasar maruah dan prinsip tak mahu calarkan kemuliaan bintang kebesaran Istana, dia mohon serah balik...

Sebab tu aku kata dia ada value yang jarang kita jumpa hari ni. Kalau kita tengok hari ni, dah kantoi macam-macam pun, dah masuk penjara bertahun pun, tapi dok tak malu carry tittle "datukship" tu. Taktau la maruahnya letak di mana. Tu pun ada hati nak jadi PM baq anggg...! Heh!

Masa bro aku ni lead satu negeri dulu, UMNO kat negeri dia memang hebat. Tanyalah otai-otai lama, dia memang the best leader kat negeri tu. Masalah tetap ada, tapi hanya minimum. Dia jaga semua pihak sama ada pemimpin, akar umbi dan rakyat di negeri tu la jadi keutamaa dia...

Tapi tu semua dah berlalu. Pernah aku tanya dia, bila dia nak buat comeback. Tapi dengan rendah diri, dia jawab insya Allah suatu hari nanti bila diizinkan Allah SWT. Katanya, yang penting adalah terus bantu UMNO untuk beri khidmat terbaik kepada rakyat...

Masa last jumpa bro aku ni, Mukhriz tengah jadi MB kat Kedah. Bro aku ni sempat sampaikan salam, pesanan dan tips kat Mukhriz untuk bangunkan Kedah. Aku dah sampaikan. Tapi tu la.. setakat tu je la. Takkan la Mukhriz nak dengar pandangan tu kot? Dia kan paling bijak paling best paling betoi semua... heh!

Apa kaitannya PRU dengan bro aku ni? Aku just cerita saja sebenarnya. Hasrat hati aku, aku nak sangat tengok bro aku ni buat comeback pada PRU kali ni. Aku nak sangat tengok dia bertanding macam dulu. Kalau tak Parlimen, Dun pun boleh...

Tapi aku sedar, aku hanya boleh mengharap dan berdoa. Aku tahu, nama calon akan ditentukan UMNO kat Bahagian dia. Aku tahu nama calon akan dipilih oleh pucuk pimpinan. Dan nama yang dipilih takkan dipilih kecuali Allah putuskan nama seseorang itu, kan?

Jadi motif aku, aku just nak bro aku tu tahu bahawa aku sentiasa doakan supaya dia kembali memimpin rakyat. Aku nak dia tahu bahawa dia adalah antara best leader yang pernah aku jumpa dalam UMNO. Rugilah anak bangsa jika tak dapat khidmat dari genius macam dia...

Sehingga kini, setahu aku, bro aku ni keep himself low profile. Walau takdak jawatan, dia kekal berjuang untuk UMNO. Dia bukan macam Mukhriz yang tubuh parti baru lepas jatuhkan diri sendiri. So, aku harap sangat bro aku ni faham maksud isi hati aku ni...

Okay? Sampai bertemu lagi, wassalamu'alaikum, adios....

Nota kaki: Siapa yang faham, maka akan faham. Siapa yang kenal dengan bro aku, maka depa tau la siapa yang aku maksudkan. Ini hanya pandangan aku saja. Terpulang nak setuju atau tidak...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!