Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, April 19, 2017

AKAUN BARU PESBUK KE-3 PUN KENA FREEZE?


Okay... akaun baru pesbuk yang baru dibuat tengahari tadi dah kena FREEZE lagi. Aku tak tau la kerja sapa. Tapi peduli apa aku.. bukannya aku pakar sangat hal ehwal pesbuk ni... huhuuu...

Anyway, nanti free lah baru aku buat akaun pesbuk baru... skang ni masa kurang mengizinkan. Busy dan esok pun amat busy... Apa-apa nanti aku inform...

Sekian... wassalam.

ATTENTION PLEASE.. AKAUN PESBUK AKU KENA PEDAJAL...


ATTENTION PLEASE...

Entah sapa pulak yang sengaja pedajal aku pagi ni, tiba-tiba ja pesbuk freeze akaun aku. Aku takmau la tuduh sesapa.. biar je. Maybe dah tak tahan sangat kot..or sengaja nak usik aku.. heh!

Camni lah... aku takdak hal.. nak buat apa pun, buatlah. Nak pedajal ke, nak aniaya ke, nak sabotaj ke... itu terpulang. Tapi aku akan terus hidup. Selagi aku hidup, perjuangan aku akan tetap hidup. Lain la kalau aku dah masuk ke liang lahad...

Anyway, aku dah create akaun pesbuk baru... sapa nak friend, boleh je add aku balik. Tu pun kalau nak berkawan la.. kalau nak bergaduh, nak buat naya kat orang, nak tambah dosa, aku tak berminat... Islam kata, nak berkawan pun kena pilih jugak, kan?

Ini ialah link ke pesbuk baru aku yang ketiga... DUKE UMNO (click).

Akaun ni yang ketiga dah... yang memula dulu dah kena pedajal dah sekali.. lepas tu akaun kedua pun dah kena.. kalau kena pedajal lagi yang ketiga ni.. aku bukak je la yang ke-4.. heh! No hal.. takdak masa la aku nak tension-tension... heh! Akaun pesbuk je pun...

So guys.. add me up please.. tengkiu!

-Duke-


Tuesday, April 18, 2017

BILA BERTEMU OTAI KEDAH LAMA...


Semalam, aku berkesempatan jumpa seorang sahabat lama dunia maya UMNO di Kedah. Kebetulan dia balik ke Kedah dan contact aku petang semalam, kami dinner pukul 10 malam kat sebuah kedai makan tepi jalan. Biasalah, tengah-tengah bulan...

Dah lama sebenarnya kami tak jumpa. Last sekali aku jumpa dia tahun 2009. Dia antara individu yang minta aku menulis di blog dulu. Walau pun dia takdak blog, tapi dia memang otai jugak la dalam dunia politik maya di Kedah ni. Zaman tu kami ada blog depakata, aloqstaq dan adalah 2-3 blog lain...

Masa aku kenal dengan brader ni, bebudak TMK pun takdak blog lagi.. dah lama dah... Bila lama tak jumpa, maka panjang la cerita....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!