Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, December 6, 2017

#PAU2017: Salam Perjuangan Dari DukeOfUMNO...


Beberapa rakan yang sedang berada di ibu negara menghubungi saya tadi. Depa tanya, hang ada tang mana? Depa ajak saya ngeteh kat gerai tepi sungai kat PWTC tu... Saya jawab, aku ada kat Kedah la, aku tak dapat hadir ke PAU 2017 kali ni...

Maka depa pun bebel, berleter kat saya macam-macam. Kata saya takmau kawan dengan depa? Majuk ke bro? Hmmmm... Saya jelaskan baik-baik. Saya bekerja, makan gaji dan perlu ada di pejabat. Banyak kerja yang perlu saya bereskan....

Betul jasad saya tak hadir ke PWTC tahun ni. Tapi jiwa saya ada di sana, bertemasya berjuang bersama kawan-kawan. Tapi di negeri saya di Kedah ni pun, saya perlu berjuang jugak, kan? InsyaAllah nanti bila saya ada kelapangan ke KL, kita jumpalah di mana-mana...

Bercakap mengenai PAU 2017, setahu saya, fokus kali ni adalah PRU14. Tiada yang lain. Maksudnya, DS Presiden dijangka akan menyampaikan amanat beliau untuk PRU14. Itulah yang perlu digenggam lepas ni. Kita laksana dan gerakkan, bukan cakap jer, walk the talk kata orang putih.


Tapi dari rakan-rakan saya yang berada di sana, depa kata PAU 2017 kali ni selain dari soal nak jadi calon, cakap-cakap politik juga tak boleh lari bercakap tentang pemilihan pemimpin UMNO lepas PRU14 nanti. Khabarnya, sakan jugak depa dok lobi yer...?

Soal nak jadi calon tu, saya setuju sangat dengan Presiden dan Timbalannya. Tak kira siapa calon, kita sokong, titik. Tiada dakwa dakwi lagi. Sapa sabotaj, kita cuba kenal pasti, lepas tu kita "langgar" ramai-ramai. Kot sapa nak kena "langgar", cubalah pertikai cakap Presiden tu...

Soal nak bertanding pemilihan agung UMNO lepas PRU14 ni, sepatutnya itu kena letak ke tepi dulu. Fokus PRU15 dulu. Tapi memandangkan ramai yang dah mula lobi sakan, maka saya berikan sedikit tips sebagai panduan. Nak pakai, pakailah tips ni. Kalau takmau pakai pun takpa...

1. Sikap/akhlak:  
Sikap atau akhlak ni faktor yang sangat penting. Rasulullah SAW dulu berdakwah menggunakan akhlak terpuji sebagai kaedah utama memikat hati umatnya. Walau dimaki, dibaling batu, cuba diracun, dihunus pedang ke leher, akhlaknya tetap terpuji.  
Jadi, untuk menjadi pemimpin yang genuine, bukan tiruan, maka perlulah individu yang nak bertanding tu jaga akhlaknya. Jika dulu buruk, berubahlah jadi baik. Jika sebelum ni baik, tambah baik lagi. Jika sebelum ni dah ditambah baik, jadilah yang terbaik! Kerap sikit muhasabah diri... 
2. Jatidiri:  
Pada saya, jatidiri adalah asas perjuangan. Ia datang dari dalam, tak boleh dibuat-buat atau pura-pura ada jatidiri. Selami maksud sebenar "alif, ba, ta" dan betul-betul ikut perjuangan tu. Bukan hanya sebut "alif, ba, ta" saja, yang tu anak saya pun boleh sebut. 
Zaman sekarang ni, ada yang sebut perjuangan. Tapi sekadar sebut ja la, tak disusuli dengan tindakan. Agama, Bangsa dan Tanah air, fahami betul-betul. Jika nak jadi pemimpin, kena lunaskan tanggungjawab yang lebih berat. UMNO hanya platform yang tepat, bagaimana nak realisasikan, itu terpulang... 
3. Ilmu:  
Nak jadi pemimpin zaman sekarang ni, perlu ada ilmu. Zaman dulu bolehlah ilmu tak tinggi pun dah boleh jadi Ketua Bahagian. Tapi zaman sekarang ni lain macam sikit. Ilmu ni tak semestinya ada degree, master atau triple PhD. Ilmu juga boleh diperoleh secara tak formal, dari pengalaman dan sebagainya. Kalau ada kedua-dua sumber ilmu ni lebih baik. 
Kenapa saya kata ilmu penting? Cuba cari apa kata Saidina Ali RA bercakap tentang kelebihan ilmu berbanding harta. Masalahnya sekarang ni ramai yang tumpu kat harta sedangkan ilmu tu lebih berharga dunia akhirat, kan?

Ketiga-tiga tips yang saya bagi tu hanya secara umum. Kena fikir lebih luas lagi tentang SIKAP, JATIDIRI dan ILMU dalam konteks diri sendiri secara meluas. Berfikir di luar kotak. Perlu konsisten sanggup akui kelemahan dan kelebihan. Kerap sikit buat SWOT report untuk diri sendiri...

InsyaAllah, ketiga-tiga perkara tu bukan saja berguna untuk PRU14 nanti, malah nak harung pemilihan nanti pun tetap relevan. Depan Allah pun insyaAllah akan dapat ganjarannya. Saya hanya berkongsi tips dari perbincangan dengan beberapa orang ustaz yang ada master dan Phd saja...

Akhir kata, selamat bertemasya di PAU 2017. Saya yakin, sahabat-sahabat perwakilan dan pejuang-pejuang yang hadir di sana akan bawa pulang strategi dan semangat yang betul-betul jitu untuk hadapi PRU14.

Maafkan saya tak dapat hadir ke sana dan bertemu kawan-kawan semua. Nantilah, insyaAllah jika panjang umur dan diberi kelapangan, kita akan bersua juga. Sampaikan salam ukhuwah dan perjuangan saya pada yang mengenali diri saya di sana. Allahu Akbar! Ayuh berjuang..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!