Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, October 11, 2017

PRA-PRU14: Ahmad Bashah Md Hanipah Dan Mukhriz Mahathir


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku faham, agak lama aku tak update blog. Bukan hilang semangat perjuangan, tapi kerja dan tanggungjawab seharian semakin membataskan aku... Tapi at least, aku tak lupa pada blog aku yang dah hampir berusia 10 tahun ni...Ya, sedar tak sedar, dah dekat 10 tahun dah umur blog ni. Kalau budak, dah darjah 4 dah...

Baru ni, aku merayap ke wall facebook Det Guaq, salah seorang rakan blogger terawal bukan saja di Kedah, tapi di nothern region. Dia masih aktif, walaupun di FB. Tahniah, brother...

Mata aku tertancap pada sebuah klip video di wall Det Guaq. Video tu memaparkan pandangan orang ramai terhadap kepimpinan Dato' Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, sebagai Menteri Besar Kedah. Tak silap aku, video tu dihasilkan oleh BN...

Aku faham, bila tinjauan rakyat tu memaparkan rasa senang hati rakyat pada kepimpinan Tok Bashah, maka akan ada yang maki hamun, mencarut dan menuduh mereka yang memberi komen dalam video tu sebagai "makan dedak" dan sebagainya. Itu biasa bagi perangai puak pembangkang, bukan suatu yang luar biasa pun.

Tambah pulak video tu dihasilkan oleh BN, maka sekali lagi depa akan kata semua tu hanyalah "propa" saja. Dalam ertikata lain, depa akan seboleh-bolehnya akan perlekeh video, content video dan semua yang terlibat dalam video tu... memang lagu tu perangai depa...


Mengenali Tok Bashah (maaf, aku lebih senang dengan panggilan "Tok Bashah"), walaupun aku tak serapat mereka yang sentiasa berada di sekelilingnya, aku tau la jugak sikit-sikit pasai Adun aku ni... Kalau tidak, aku tak undi la dia masa PRU ke-13 dulu...

Aku ni bukan jenis suka bodek. Sorry, kawan-kawan aku boleh sahkan sikap aku yang memang tak reti bodek ni. Mana yang betul, aku cakap betul dan mana yang tak berapa betul, aku betulkan. Tapi yang salah, maka salah la... kena fair and square. Aku pernah tegur Tok Bashah dulu.. dan aku juga pernah salute dia... dan aku pernah ikut dia bertahun sebelum PRU13 dulu walaupun dia tak kenal aku! Heh!

Betul, secara keseluruhan Tok Bashah ni pada pandangan aku memang seorang pemimpin yang baik. Tak payah nak kutuk aku makan dedak, sebab aku makan nasi hasil dari titik peluh aku sendiri, halal. Tok Bashah bukan majikan aku pun, kalau bodek, dia bukan nak bagi apa pun kat aku...

Aku tak tau sama ada orang Kedah di tempat lain benar-benar kenal keperibadian Tok Bashah atau hanya kenal pada namanya sahaja. Tapi bagi aku, sejak aku boleh mengundi, memang dia la yang aku undi tiap-tiap kali pilihan raya.. Heh!

Ikut pengalaman aku dengan Tok Bashah, dia memang seorang yang bertanggungjawab dan skill dia sebagai ahli politik tidak dinafikan memang bagus. Dia ada pakej dan bijak jaga kawasan. Dia jaga Dun Bakar Bata tu dah 5-6 penggal dah... Dia memang anak jati kawasan... nak nafi apa?

Dah lama dah... Camera yang rakam gambaq ni pun dah rosak dah... heh!
Tok Bashah asalnya dari kalangan rakyat biasa ja. Dia naik dari bawah. Orang kampung kat Bakar Bata ni memang kenal dia. Sejak dari muda lagi dia dah bercampur dengan masyarakat. Jadi nak heran apa? Biasa la tu... Tapi, mungkin ia suatu yang luar biasa bagi orang yang mungkin lahir di Kedah, tapi membesar dan banyak berada di luar Kedah...kan?

Dalam bahasa lain, dia tahu sangat apa yang diperlukan rakyat di bawah ni. Dia tahu, orang Kedah tak perlukan KLCC atau KLIA. Dia tahu, orang Kedah lebih mementingkan moral (akhlak). Ya laaa.. kalau pembangunan pesat sangat pun, tapi perangai tu masih low class, buat apa, kan?

Dia juga tahu kesusahan rakyat. Dia lalui pelbagai zaman. Dah banyak kali tukar MB dan PM, Tok Bashah tetap memimpin Bakar Bata. Dan kini, Allah takdirkan dia diangkat jadi MB menggantikan Bro Mukhriz... Dah Allah takdir lagu tu, yang lain tu hanya penyebab saja...itulah qadha qadar Allah..

Sebetulnya, aku agak kecewa bila Tok Bashah tak dilantik jadi MB masa BN menang pada PRU13 dulu. Aku agak terkilan. Pada pandangan aku, Tok Bashah lebih sesuai jadi MB dan Mukhriz pulak lebih sesuai dok di Parlimen dan bertugas di Federal... 

Sebab apa? Sebab aku kenal dengan kedua-dua pemimpin ni. Aku dan rakan-rakan banyak kali buat analisis dan perati ja kelebihan dan kelemahan kedua-duanya. Hati Tok Bashah di Kedah dan hati Mukhriz pula di Federal.


Tapi kehendak Allah, aku akur pada keputusan Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Tun M sendiri yang suruh aku taat pada keputusan pemimpin, bukan? Jadi, selagi tak langgar hukum syarak, maka aku patut taat dan akur la...

Pada aku, selepas Mukhriz jadi MB, dia agak ambitious. Mungkin faktor genetik, dia nak yang "mega-mega" saja di Kedah. Airport nak mega, itu nak mega, ini nak mega... sampai litar lumba pun dia nak mega macam SIC nunnnn... hehehehee... heh! Haru...

Tapi bro Mukhriz ni bijak la jugak tarik perhatian orang Kedah. Aku tak nafi, nampak gayanya dia memang suka selfie. Pemakaian pun agak retro-metro, biasa la style orang KL. Berjubah di majlis agama dan sekali sekala pakai kain pelikat. Masa kat rumah angkat dia di Kota Kuala Muda, dia pakai kain pelikat dan makan bersila dengan tuan rumah... 

Semua tu mungkin luar biasa bagi seorang anak PM yang membesar di Sri Perdana dan persekitaran Metropolitan selain belajar di luar negara. Sampai depan tangga rumah orang kampung pun dia nak selfie? Memang la nampak agak kekok nak jadi orang Kedah, tapi at least dia cuba la jugak...kan?

Berbanding Tok Bashah, tu semua perkara biasa. Setakat kedohoq jadi mentara kenduri tu, dah memang tempat dia. Tangga rumah orang kampung tu dah jadi biasa sangat dah dia melepak. Pelik sangat la tiba-tiba lepas jadi MB dia nak selfie pulak kat tangga rumah Pak Mat..! Heh!

Tapi terus terang aku kata, strategi pentadbiran politik Mukhriz untuk UMNO Kedah memang fail. Bukan sikit-sikit punya fail, memang fail habis. Aku bagi markah 15% peratus ja. 5% peratus tu sebab aku friend dengan dia. Sorry bro, accurate analysis based on non-bias observation...

Tak perlulah aku sebut in detail. Memadailah aku sebut dia memang lost command, kurang bijak baca atau tangani sikap dan budaya politik tempatan, under estimate, over confident, kurang semangat berjemaah dalam parti dan banyak lagi. Totally cara dia ialah "one man show"...

Sebagai kawan, aku ada tegur la jugak bro Mukhriz ni through wassap dulu. Tapi ye laaa.. sapa aku yang dia nak dengar, kan? Kalau dah berbuih mulut Tok Bashah, Tok Det dan beberapa pemimpin bahagian "otai" UMNO Kedah tegur dia pun "tak jalan", sapa la aku dia nak dengar... heh!

Dan kini, dia dah jadi Timbalan Presiden "bunga raya". Misinya nak jatuhkan UMNO/BN di seluruh negara. So be it! Macam aku dah cakap sebelum ni, berentap je la. Kalau dia nak jatuhkan UMNO, maka dah tentulah aku akan keronyok "bunga raya" sampai lunyai... apa ada hal?


No heart feeling la bro.. you asked for it, rite? Cuma aku tak tau la macamana dia nak tepis rasa tebal muka bila berganding bersekutu dengan DAP dan PAN yang dia kutuk rapat dulu. Berkandaq-kandaq dia balun, tiba-tiba dia peluk pulak? Itu kita serah kat dia la... hehehehee... dia punya pilihan...

Lebih kurang 3 tahun Mukhriz jadi MB. Penilaian aku, dia tak sehebat arwah Ustaz Azizan pun. Pada aku, tak terlalu signifikan jika hanya sekadar St Regis yang orang macam aku tak dapat manfaat. Orang Langkawi pun hanya jadi pekerja di bumi kelahiran sendiri... At least, susah-susah Ustaz Azizan pun, ada jugak la Aman Central , walau hutang kini ditanggung Kerajaan BN, Kuin kat Kola Ketil tu nampak la jugak.. kan?

Tok Bashah baru setahun lebih jadi MB. Mula tu aku tengok kalut la jugak dia. Sampai sakit masuk hospital dia punya pulun buat kerja. Aku rasa, otak Tok Bashah tu lagi ligat daripada CPU kat PC aku ni. Tapi tu la... banyak sangat yang dia kena repair, bina semula dan buat... 

Untuk judge kerja Tok Bashah dengan arwah Ustaz Azizan dan Mukhriz, tak adillah dibandingkan sebegitu mudah. Ia bukan "apple to apple" pun. Arwah dulu 5 tahun dan Mukhriz 3 tahun, tapi Tok Bashah baru setahun lebih... Apa sangat la MB negeri miskin boleh buat dalam tempoh tu?

Tapi, apa yang aku salute, memang macam-macam Tok Bashah dah buat untuk orang Kedah dalam tempoh setahun lebih ni. Takdak la dia buat KLCC, tapi dia banyak tumpu kebajikan rakyat kat bawah. Tak heran la kalau orang kampung suka dan hargai dia...


Walau macamana pun, aku sebenarnya kesian kat Tok Bashah bila dia terpaksa kerja keras bila masuk bab UMNO Kedah. Bukan takat double effort lagi dah, dah jadi triple-miple effort dahhh..! Macam-macam dia kena kampoi balik... banyak sangat kerja parti tak buat masa zaman Mukhriz...

Tak perlu la aku cerita apa yang tak buat, perlu buat dan tengah dok buat tu. Tu "rahsia" parti. Tapi betoi, aku kesian sangat kat dia. Siang malam pagi petang bebbb..! Jenoh kampoi! La ni baru la UMNO Kedah nampak bernafas balik.. kalau zaman Mukhriz hari tu, semput habihhh... Kalau ada pun, cuma "kosmetik" ja.. hangpa percaya pada "kosmetik"?

Tapi terus terang aku kata, nak mempertahan memang lebih susah dari nak menyerang. PRU14 dah dekat. Aku tak mampu nak tolong banyak. Tapi sekurang-kurangnya, mungkin aku boleh bagi 1 undi untuk Tok Bashah pada PRU14 ni. Tu pun kalau aku tak mati dan bergantunglah pada keadaan...

PRU kali ni aku rasa agak sengit berbanding PRU13. Cuma kali ni, aku tak dapat bantu all out macam PRU13 dulu. Aku minta maaf awal-awal. Boleh dikatakan aku tak terlibat langsung dalam sebarang gerak kerja kali ni. Tapi insyaAllah, 1 undi datangnya dari aku...


Mungkin aku hanya mampu jadi pemerhati saja di Kedah kali ni. Aku ada kerja lain yang perlu aku uruskan. Tak perlulah tahu apa kerja aku tu. Hanya orang yang kenal aku saja yang tahu apa yang aku usahakan...

Bukan apa.. aku agak serik bila ingat apa yang berlaku masa sebelum, ketika dan selepas PRU13 dulu. Ada kawan aku serik sampai malas dah balik Kedah. Ada yang dulu jadi "denyut nadi", tapi sekarang hanya "sambil lewa" saja sebab pernah "terkena" macam aku dulu lepas PRU...

Jadi, kami wait and see. Kalau bantu pun, mungkin last minit. Tapi kalau rasa macam tak perlu dibantu pun boleh menang, maka mungkin kami akan terus jadi "observers". Nak sembang lebih-lebih pun payah.. better wait and see je la kot... heh!

Selamat berjuang..!!!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!