Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, July 23, 2017

Surat Tunjuk Sebab Tak Hadir Open House... Heh!


Hari ni 29 Syawal 1438 Hijrah. Maksudnya, kita masih di bulan "raya". Saya yakin masih ramai yang menganjurkan rumah-rumah terbuka Aidilfitri di saat-saat akhir seperti ini...

Beberapa rakan yang terserempak dengan saya pada Syawal kali ni bertanya kenapa kelibat saya langsung tak nampak di majlis-majlis open house pemimpin-pemimpin UMNO kat Kedah ni. Depa tanya saya, saya pi ke open house kat KL ke? Tahun lepas depa dapat jumpa saya di banyak majlis open house...

Okaylah.. bagi menjawab soalan dan tidak menimbulkan salah faham, saya jelaskan kat sini.. 


1. Sebenarnya satu open house saja yang saya hadir tahun ni. Tu pun ke rumah sepupu di Sungai Petani dan terpaksa hadir atas permintaan serta menjaga hubungan kekeluargaan. Itu saja satu-satunya open house yang saya hadir.

2. Jangankan open house pemimpin UMNO lain, open house dan jemputan kenduri kahwin anak bongsu Tok Bashah pun saya tak dapat penuhi. Apatah lagi open house Presiden UMNO di KL.. lagi la saya tak dapat nak hadir...

3. Saya mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, bukan sengaja saya tak dapat hadirkan diri memeriahkan majlis. Saya tidak hadir bersebab...

4. Sebabnya, saya betul-betul tengah struggle sekarang. Tak menang tangan. Makan pun tak menentu, tidur pun hanya kurang 3 jam hampir setiap hari. Cuti hujung minggu pun sama keadaannya. Betul-betul tengah struggle to survive...

5. Apa yang saya struggle? Saya rasa tak perlu saya jelaskan kat sini. Ia terlalu peribadi. Namun cukuplah saya jelaskan bahawa ia adalah sebahagian dari perjuangan hidup saya sebagai seorang muslim, warganegara, "imam", "khalifah" dan ahli parti...

6. Jadi saya harap, tidak ada rakan yang kecik hati, tertanya-tanya atau tersalah sangka tentang ketidakhadiran saya ke majlis-majlis open house pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah mahupun di peringkat nasional...

7. InsyaAllah, jika umur panjang, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan dilapangkan masa, saya akan ke open house Aidilfitri pada Syawal yang akan datang...

Saya kira, memadailah penjelasan ringkas saya ini. Sekian dari saya, selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin... wallahu'alam...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!