Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, July 11, 2017

PENJELASAN KEPADA SEORANG SAHABAT...


Hari ni, walaupun sebok sangat, tapi saya rasa terpanggil untuk luangkan sedikit masa untuk menulis di blog yang dah lama sangat saya tak update.. sebab? Sebab semalam saya berdebat panjang.. lebih 3 jam, bergelas-gelas nescafe ais, sekotak Dunhill baru bukak tak cukup.... sakan jugak laaaa...

Saya berdebat dengan seorang sahabat saya semalam, atau lebih tepat lagi, partner saya sepanjang perjuangan selama 5 tahun dalam proses bantu UMNO masa kalah dulu di Kedah.. Saya rasa, mereka yang kenai kawan baik saya ni, depa akan tahu dia pegang peranan penting masa nak ambik balik Kedah dulu...

Punca saya berdebat? Mulanya soal kecik ja.. dia tanya, awat saya biarkan blog saya lama tak update. Saya explain la, memang saya setahun dua ni busy memanjang dengan kerja. Lepas tu dia tanya, habis tu macamana dengan perjuangan? Saya jawab, perjuangan saya on macam biasa jaa...

Kawan saya pertikai kenapa saya tak update blog macam dulu.. dia kata, saya patut guna medium ni untuk teruskan perjuangan Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu. Dia mula berleter kat saya.. pot pet..pot pet.. hehehee.. saya sengihhhhh...

Saya tahu sangat hati budi kawan saya ni. Hubungan kami bukan macam kawan lagi dah. Malah dah macam adik beradik. Susah sama susah, senang sama senang. Walau pun dia dah senang sekarang, dia tak pernah lupakan saya yang selalu susah ni.... Bukan macam "depa tuuuu..."... Heh!

Saya jelaskan satu persatu....


Pertamanya, saya tak rasa saya perlu update blog ni macam dulu. Tidak ada keperluan buat masa sekarang. Sebab? Sebab saya perlu update blog bila ada keperluan untuk buat begitu. Saya tidak dibayar untuk menulis blog. Saya menulis dari "dalam", tiada paksaan dan atas minat saya sendiri...

Kedua, saya lihat UMNO di Kedah makin mantap sekarang. Kawan saya ada yang kata, kalau PRU 14 dua minggu lagi, UMNO/BN akan sapu bersih semua 36 Dun, 15 Parlimen yang ada di Kedah ni. Walaupun macam tak realistik, tapi bunyinya UMNO kuat, kan? Jadi, apa perlunya saya update blog saya?

Ketiga, untuk attack pembangkang? Untuk apa saya attack pembangkang? Depa dari dulu memang lemah. Tak kuat mana pun. Sembang ja pompang pompang. Kalau tanya, depa dah tentu kata depa boleh menang. Tapi tak menang-menang pun... Jadi, tak payah attack pun takpa...

Keempat, when you talk about GE or any election, it is about numbers. Once you get the appropriate numbers, then you have nothing to worry about. As far as I concerned, UMNO Kedah seems already have the numbers. So, why should I worry?

Kelima, saya tengok UMNO di Kedah tengah bekerja keras dan cuba sedaya upaya kekalkan status quo tu. Tak perlu persoal apa yang dibuat oleh semua pemimpin UMNO di Kedah ni sebab depa memang dok buat kerja siang malam pagi petang... Saya tak fikir semua tu perlu ditulis di blog..

Keenam, kawan saya tanya kenapa saya tak ikut dan bantu pemimpin tertentu? Saya jelaskan sekali lagi kat dia, saya tak tak fikir pemimpin-pemimpin yang dia sebut tu perlukan bantuan saya. Orang yang dok ikut keliling dia pun dah ramai membantu. Lagipun, saya ni bukan jenis bodek pemimpin...

Ketujuh, kawan saya bangkitkan isu semasa. Isu ayaq, isu rumah, isu tanah dan beberapa isu lain. Saya rasa, semua isu tu boleh diatasi dengan baik oleh semua jentera UMNO di Kedah ni. Orang-orang kat keliling pemimpin tu semua boleh pakat bantu. Saya yakin depa boleh selesai. Jadi, saya nak kalut apa? Saya buat kerja saya macam biasa la...

Kelapan, jangan ingat saya diam di blog, maka saya tak buat apa-apa untuk UMNO dan BN di Kedah. Saya hanya mampu beri 2 undi saja di Kedah ni, 1 untuk Dun, 1 lagi untuk Parlimen. Saya cuba buat apa yang saya mampu la. Yang saya tak mampu, saya nak buat camana?


Saya dah bagitau dah sebelum ni, saya tak bantu apa sangat pun masa nak ambik balik Kedah ni dari pembangkang masa PRU 13 dulu. Ramai lagi diluar sana yang bantu kemenangan UMNO/BN menang di Kedah. Dari tukang pacak bendera, sampai la ke peringkat "kepala perang", semuanya berjasa. So what? Apa kena mengena dengan tak update blog?

Bro, pendekatan saya zaman kerajaan tak sama dengan zaman pembangkang bro. Bila bertukar status quo, maka game pun bertukar strategi. Dan tolonglah faham bahawa hanya yang bodoh saja yang akan ceritakan kat orang strategi depa, dan hanya yang tak ikhlas saja yang akan canang "jasa" depa kepada UMNO. Saya insyaAllah, tak begitu...

Saya bukan political player. Politik ni hanya perjuangan ideologi saja. UMNO tak maksum, tapi sekurang-kuranganya prestasi dan ideologinya lebih baik dari parti lain. Bukan nak perkecilkan parti lain, tapi memang itu hakikatnya dulu, kini dan mungkin selamanya...

Justeru itu, saya simpul dan tegaskan kat sini bahawa saya hanya akan update blog ni bila saya rasa perlu. Bila saya nak menulis di blog ni, maka saya akan tulis. Jangan suruh saya menulis jika saya tak mahu menulis. Saya banyak kerja, kerja makan gaji bro... cari rezeki yang halal untuk keluarga...

Jangan risau, saya tak masuk "bunga" walau ada yang "pancing". Saya tak join PAS, walaupun ramai kawan saya dok ajak. Saya takkan khianat perjuangan saya. UMNO di Kedah in good hands, so I have nothing to worry about. 

Saya harap bro baca penjelasan bertulis saya ni. Semalam, itu semalam punya cerita. Jiwa dan perjuangan saya tetap Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Sampai ketemu lagi pada penulisan saya yang akan datang. But for now, I rest my case... tengkiu...

1 comment:

Anonymous said...

Ini baru betul cara berpolitik. Bukannya berpolitik sepanjang tahun tanpa henti macam dah takde perkara lain yang perlu dibuat. Semua isu yang sepatutnya bukan isu pun nak dijadikan modal politik memburukkan kerajaan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!