Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, April 18, 2017

BILA BERTEMU OTAI KEDAH LAMA...


Semalam, aku berkesempatan jumpa seorang sahabat lama dunia maya UMNO di Kedah. Kebetulan dia balik ke Kedah dan contact aku petang semalam, kami dinner pukul 10 malam kat sebuah kedai makan tepi jalan. Biasalah, tengah-tengah bulan...

Dah lama sebenarnya kami tak jumpa. Last sekali aku jumpa dia tahun 2009. Dia antara individu yang minta aku menulis di blog dulu. Walau pun dia takdak blog, tapi dia memang otai jugak la dalam dunia politik maya di Kedah ni. Zaman tu kami ada blog depakata, aloqstaq dan adalah 2-3 blog lain...

Masa aku kenal dengan brader ni, bebudak TMK pun takdak blog lagi.. dah lama dah... Bila lama tak jumpa, maka panjang la cerita....

Dia tanya aku ada jumpa dak dengan abang Jeanbara... Actually, dah lama dah aku tak jumpa Jeanbara. Kalau sesapa ada contact brader Jeanbara, tolong forward sat mai kat kami.. kami nak reunion.. He's really among the great bloggers in Kedah...

Sebelum ni, aku ada la jumpa dengan Flying Kick aka Cucu TokWan... tu pun sekali sekala... masa dia sakit hari tu pun tak sempat nak pi melawat.. last aku jumpa dia masa singgah kat Alor Setar.. tu pun dah lama dah... last year tak silap aku...

Bercakap tentang media sosial lama dan baru, rupanya brader aku ni kecik hati dengan sebilangan cytroo baru. Dia kata, baguslah bersemangat ja tengok depa berjuang. Tapi berlagak sangat.. baru 2-3 tahun ja pun dah "juah" (ikut istilah yang dia pakai malam tadi). 

Dia paling terasa bila ada cytroo baru yang tak reti hormat pada otai dalam dunia maya ni. Melawak lebih kurang. Padahal, umur tu tahap budak kecik ja. Ada yang beza sampai 10-20 tahun, tapi anggap kita ni macam adik-adik dia... dekat Facebook pulak tu... dia mengomel kat aku... heheheee...

Aku kata kat dia... Bro, tak semua macam tu. Cuba kira balik ada berapa orang budak yang berperangai macam tu.. dia kata dalam 50 orang, ada la kot dalam 2-3 orang. Jadi aku kata kat dia, percentage tu kecik.. dan tak wajarlah kita chop semuanya kurang ajar begitu....dia sengih...

Dia memang faham karekter aku.. aku banyak diam, tapi otak aku ligat macam CPU.. betoi la kot kata dia.. heh! Seterusnya, kami hanya bercerita tentang imbasan nostalgia lama perjuangan kami dulu.. bezanya memanglah ketara.. sejajar dengan perubahan masa dan pendekatan.. Tak perlulah aku cerita panjang hal tu... 

Brader aku ni tanya pasai Kedah... maklum la.. dia dah lama kat JB.. sekali sekala ja balik Kedah.. tak berapa nak tau sangat in detail.. aku bagitau je la.. pasai UMNO, okay ja.. tapi struggle la sikit sebab zaman Mukhriz dulu memang tak bergerak, tidoq ja memanjang.. honeymoon.. la ni UMNO tengah busy sesangat...

Pasai pembangkang, macam biasa la... Che Bunga tu nampak ja kuat.. tapi kuat cakap besaq ja la... sembang boleh rampas Kedah.. hek elleehh.. PAS pun kata yakin rampas Kedah... aku tengok Tok Bashah punya gerakan la ni, jangan harap la depa boleh amik Kedah... heh!

Atas alasan apa? Ishhhh... mana boleh bagitau kat blog.. cari sendiri lah kalau nak tau kenapa aku cakap macam tu...heh! Tapi aku memang yakin... brader otai kita pun convince enough dengan penjelasan aku malam tadi...

Tapi sampai sekarang, aku masih teruja jumpa dengan brader kita ni.. walaupun aku takleh dedah siapa, ia membuat aku tergerak untuk cari balik kawan-kawan lama yang masih berjuang bersama UMNO.. Jeanbara especially.. 

Kami memang tak ramai... semuanya low profile.. tapi kalau jumpa, hahahaaa.. macam nak pecah kedai dibuatnya... meriah!

Cuma aku nak pesan sekali lagi kat sahabat baik aku tu.. jangan amik hati sangat dengan segelintir bebudak baru tu.. Biasalah... nama pun budak baru.. lama-lama nanti matanglah depa dan aku yakin depa akan belajar hormat orang yang lebih otai nanti... rileks brader...cool...

Orang macam aku ni simple.. lama ke baru ke.. asalkan sokong dan perjuang UMNO, aku okay je. Nak hormat atau tidak, itu terserah pada depa. Kita tak boleh suruh orang hormat kita, rasa hormat tu datang naturally dan tak boleh dipaksa-paksa.. kalau sorang dua perangai dah biasa kurang ajar, itu aku no komenlah... sabar je lahhh.. kan? heh!

So far aku masih di sini. Masih bersama UMNO. Berjuang untuk parti. Kalau Tok Bashah kata target 2/3, maka aku cuba berjuang untuk penuhi matlamat tu. Dapat tak dapat belakang cerita. Dapat A9 Pro atau tidak, aku peduli apa? Yang penting UMNO terus mara dan kekal mentadbir Kedah dan Malaysia...

Aku harap, semua kawan-kawan buang yang keruh, ambillah yang jernih.. nak kecoh pasai UMNO dan pemimpinnya, ini bukan masanya lagi. Time pemilihan esok bergasaklah. Sokonglah sapa yang hangpa suka, tapi jangan burukkan pemimpin yang hangpa tak suka pulak.. tak baik wooo...

Lepas bergaduh.. lepas habis pemilihan... kembalilah bertaut. Rapatkan balik apa yang renggang. Bukan aku yang suruh, tapi Islam yang suruh begitu... UMNO dan perjuangan berpisah tiada.. Islam dan jiwa perjuangan UMNO akan aku bawa hingga ke liang lahad. Titik.

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!