Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, January 1, 2017

TAHUN 2017, AZAM SAYA DAN PRU KE-14 DI KEDAH...


Dapat saya rasakan sorakan gamat detik jam 12 malam menandakan kita semua melangkah ke tahun baru 2017. Sebelum itu, saya saksikan ramai yang menyatakan azam masing-masing di laman sosial. Saya bersederhana saja tahun ini...

Saya tidak dapat menonton kemeriahan sambutan tahun baru 2017 di kaca tv seperti biasa kali ini. Sudah beberapa hari TV rosak dan saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin tv rosak disebabkan Allah mahu saya lebih banyak membaca Al-Quran sejak kebelakangan ini...

Jika ditanya azam 2017, saya secara peribadi mahu berhenti merokok. Sudah bertahun-tahun lamanya saya cuba, tapi masih gagal hingga ke hari ini. Ada sekali dua saya berjaya berhenti merokok selama seminggu, tapi lepas tu saya demam teruk sampai dimasukkan ke wad hospital.. adehhh...

Namun azam saya pada tahun 2017 ini adalah mengejar pahala sebanyak mungkin. Saya tidak tahu bila ajal saya akan tiba, tapi saya tidak mahu menunggu saat-saat akhir untuk mengumpul bekalan ke akhirat. Tapi menulis di blog saya niatkan sebagai ibadah kerana azam saya yang seterusnya...

Azam saya yang seterusnya adalah menegakkan kebenaran. Maka itulah saya katakan ia berkait rapat dengan mengumpul pahala, maksud saya menerusi penulisan yang menegakkan kebenaran. Bukan "black ops", bukan fitnah, bukan pembohongan, bukan separa benar dan separa palsu...

Kenapa saya berazam begitu? Kerana itulah saya seorang muslim. Islam agama saya. Melayu bangsa saya dan Malaysia tanahair saya.

Islam yang saya faham amat mementingkan kebenaran. Malah Rasulullah SAW sebelum diangkat menjadi Rasul digelar "Al-Amin" menandakan baginda itu benar dan sentiasa menunaikan amanah. Saya mahu mencontohi baginda. Jika tidak dapat 100%, dapat 10% pun cukuplah...

Bangsa Melayu merupakan bangsa yang terkenal dengan adab sopan dan sentiasa berpegang pada kebenaran serta akhlak yang tinggi. Mungkin kerana itu Melayu lebih tertarik pada Islam walau mubaligh Kristian lebih dahulu menyebar agama mereka di Tanah Melayu dulu...

Dan saya tidak mahu negara Malaysia menjadikan pembohongan dan kepalsuan sebagai budaya, terutama generasi yang akan datang. Maka demi negara kita, saya berniat mahu menerapkan budaya yang lebih murni untuk kita sama-sama amalkan... pahala pun dapat, kan?

Dari sudut azam politik saya tahun ini, ia juga tertakluk pada semua azam saya di atas. Maksud saya, berpolitik macam mana pun, saya tetap berpegang pada hukum hakam Islam, nilai bangsa Melayu, demi masa depan negara yang lebih baik...

Dikatakan PRU ke-14 akan berlangsung tahun ini? Itu mungkin berdasarkan beberapa "signal" dan "hint" yang saya terima. Dan insyaAllah, saya akan sedaya upaya berjuang mengekalkan BN menguasai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri...

Ada rakan yang mempertikai, mengapa saya bersusah payah berjuang untuk BN? Katanya, saya tidak pun dilantik ke jawatan tinggi, tidak pun dibayar, tidak pun dibawa melancong, tidak pun diberi projek, malah tidak pun dihargai... Itu kata rakan tersebut... 

Antara ibu isu yang meranapkan Pakatan Rakyat di Kedah dulu...
Namun bagi saya, dihargai atau tidak, itu tidak penting. Sama ada segala perjuangan saya siang malam ini dihargai atau tidak, itu hanya akan terjawab pada hari kiamat di depan Allah kelak. Jika berat timbangan pahala dan saya dimasukkan ke syurga Allah, itu tandanya perjuangan saya tidak sia-sia...

Tapi siapalah saya untuk menghukum. Saya bukan Allah yang memiliki syurga dan neraka. Dan saya yakin, rakan-rakan pembaca juga bukan Tuhan untuk menentukan saya ke syurga atau neraka, kan? Saya cuma berjuang mengumpul pahala sebanyak mungkin di dunia sebelum ke akhirat kelak.. itu saja...

Sehingga kini saya masih beristiqamah bersama UMNO. Benar, ada beberapa pemimpin UMNO di Kedah yang hanya bermanis muka di depan, namun tidak suka pada saya di belakang. Biarlah. Itu tidak menjadi kudis pada saya kerana mereka bukan penentu saya ke syurga atau neraka, kan?

Benar dulu saya sering bekerjasama dengan UMNO Kedah dan kini ada yang menyindir saya seolah-olah tidak diperlukan lagi. Saya tidak peduli semua itu. Saya dulu berjuang pun sendirian tanpa diminta UMNO Kedah pun. Saya tidak merungut pun ketika itu...

Jadi, tidak perlulah menjadi batu api melaga-lagakan saya dengan UMNO Kedah. Siapa kata saya diketepikan UMNO Kedah? Ada bukti? Jika dikata saya kini bekerjasama dengan UMNO Kedah pun, ada bukti? Heh! Jangan main serkap jarang saja, bro...

Ingat lagi isu ni? heh!
Saya tetap seperti dulu. Jangan risau. Walau Dr Mahathir dan Bro Mukhriz keluar dari UMNO, dan mereka jadi pembangkang mahu hancurkan UMNO sekalipun, saya tetap bersama UMNO dan terus istiqamah dalam perjuangan saya....

Saya bukan jenis taksub pada pemimpin. Saya cuma setia dan yakin pada parti. Itu prinsip saya dan tidak pernah goyah hingga hari ini. Nak kata saya "poyo", katalah. Saya tahu siapa saya dan beberapa rakan karib saya kenal sangat dengan pendirian saya selama ni...

Marah betoi depa kat gambaq ni.. heh!
Hendak tawan Putrajaya? Silakan. Negara kita negara demokrasi. Tapi kalau gagal, jangan tuduh yang bukan-bukan. Nak tawan Kedah? Silakan. Kedah bukan tidak pernah jatuh pada pembangkang. Tapi kalau gagal tawan Kedah, maka malulahhhh... malu kenapa? Fikir sendiri... heh!

Saya masih ingat bagaimana seluruh jentera UMNO Kedah berjuang pada PRU ke-13 yang lalu. Dan saya yakin, depa akan mudah-mudah menyerah kalah dan berikan Kedah pada pembangkang. 

Terus terang saya kata puak pembangkang memang huru-hara, tapi depa dok kata yakin nak menang? Saya senyum. Jawatan yang kecik pun dok berebut sakan dengarnya.. kerusi pun tak tentu hala bergaduh sana sini.. ada hati jugak tu nak cakap besaq? Heh! Selamat tahun baru!

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...berjuang utk ummah/ummat...bukan utk peribadi..

Teruskan...aminnnnn

Anonymous said...

baca kat sini sedap sikit,natural saja,kalau baca hat kolompo tu mmg lantang sikit,
ni yg dikatakan setia,hat kolompo tu mcm bewak dulu ckp lain la ni cakap lain.

Anonymous said...

Walau pemimpin silih berganti saya juga tetap beristiqamah bersama UMNO seperti saudara. Bersama UMNOlah negara ini diDaulatkan. Saya dapat rasai dari generasi saya, anak-anak saya kini cucu-cucu saya dengan izin Allah swt jasa UMNO kepada kehidupan dan kejayaan Anak Bangsa tiada siapa dapat menyanggah.

Alahamdullilah Syukur Nikmat.

Inai Merah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!