Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, January 8, 2017

RUU355: KEPADA PRESIDEN MCA DAN PENGANJUR HIMPUNAN MEGA...


Semalam, PAS umum nak anjurkan himpunan mega di Dataran Merdeka pada 18 Februari ni bagi meminta solidariti sokongan terhadap pindaan RUU 355... 

Lepas tu, hari ni pulak Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai kata depa bantah himpunan tu dengan alasan katanya himpunan tu pecah-belahkan masyarakat dan perpaduan di negara kita ni...

Jadi sekarang, aku pulak nak berkata-kata di blog pasai pindaan RUU 355, Himpunan Mega tu dan Presiden MCA ni.. aku tak tahu sama ada ada pemimpin MCA yang baca blog ni.. tapi kalau ada sesapa yang kenal depa, tolong sampaikan "pesanan penaja" aku ni kat Presiden depa...


1. Pembentangan usul pindaan RUU355 tu dicadang oleh Ahli Parlimen BN dan disokong oleh seorang lagi Ahli Parlimen BN. Kedua-duanya beragama Islam. 

2. RUU355 tu pulak dibentang oleh Presiden PAS, juga beragama Islam. Setahu aku, dah berkali-kali dah dicerita, dijelas, diterangkan dan diberitahu apa benda pindaan RUU 355 dan apa tujuan pindaan tu diusul.. dah berbuih dah mulut.. tak faham jugak?

3. RUU355 tu diusul untuk dipinda memartabatkan undang-undang Syariah di mahkamah Syariah. Takdak kena mengena dengan mahkamah sivil. Kalau sebelum ni limit denda maksimum RM3,000 orang Islam tak takut sebab depa semua kaya-kaya dan mudah ja nak bayaq denda banyak tu.. tu pun selalunya mahkamah dok denda takat RM1,000 ja.. 

4. Jadi untuk tujuan mencegah, maka kadar denda tu nak dinaikkan setinggi yang wajar supaya depa hat suka buat dosa tu pikiaq 12-13 kali dulu sebelum nak buat dosa.. kot kena denda sampai RM60,000 baru depa ada akai...

5. Paling jelas, belum ada lagi orang bukan Islam yang didakwa di mahkamah syariah mahupun dibawah undang-undang syariah. Aku ulang.. TAKDAK LAGI ORANG ISLAM YANG DIHUKUM DI MAHKAMAH SYARIAH ATAU DI BAWAH UNDANG-UNDANG SYARIAH.. FAHAM???


6. Jadi, mai tang celah mana yang kata konon "pecah belah perpaduan dan masyarakat" tu? Nak jadi "tegang" tang mana? Tang mana yang konon "takdak dalam semangat perlembagaan" tu?

7. Bercakap pasai "semangat perlembagaan", aku nak mintak Presiden MCA tu rujuk balik "4 UNSUR TRADISI" yang diserap masuk dalam Perlembagaan Persekutuan. Kalau tak tau 4 unsur tradisi tu, rujuk pada pakar akademik.. bukan pakar politik... perlu diingat, kalau takdak 4 unsur tradisi tu, maka fikir sendiri apa yang berlaku pada kaum bukan bumiputera masa nak bentuk perlembagaan negara dulu... 

8. Aku harap Presiden MCA jelas kot dengan mesej aku ni.. sorry la.. bukan tak reti nak hormat, tapi dia perlu hormat dulu segala keistimewaan hal ehwal agama Islam dan semangat sebenar dalam perlembagaan sebelum nak sentuh apa-apa yang sensitif tentang kepentingan agama orang lain...

9. Aku faham, mungkin dia nak tarik undi Cina dari DAP. Tapi jangan pakai isu ni la Datuk Seri. Ni bukan isu politik. Ni isu agama.. bila sentuh isu agama macam ni, maka secara tak langsung dah sentuh sensitiviti umat Islam termasuk kami orang Islam dalam UMNO.. sebenarnya tindakan Datuk Seri tu la yang jadi sebab pecah belah perpaduan dan masyarakat....

10. Pasai Himpunan Mega tu, lambat lagi nak dibuat. PAS dan penganjur lain kena apply permit dulu. Kalau tak lulus, maka tak boleh buat kat Dataran.. Aku tak rasa DBKL atau PDRM dan terima permohonan nak buat himpunan tu dari penganjur.. 


11. Pada aku, rasanya lebih baik penganjur tu buat himpunan kat stadium yang berkapasiti besar sebab sasarannya 300,000 orang dari petang sampai malam. Pastikan stadium tu ada carpark yang besar dan teratur.. Ikut peraturan.. yang penting, niat tu mesti mau ikhlas...

12. Aku nu bukannya apa sangat.. Islam tak anjur buat public nuisance, ganggu ketenteraman awam, buat jalan jem, campur sana sini lelaki perempuan (takleh nak kawal dah time tu).. jadi cuba la cari lokasi yang sesuai nak buat himpunan pun... mudahkan semua orang yang nak hadir.. baru la okay...

13. Jadi aku harap Presiden MCA dan penganjur himpunan tu faham mesej aku ni. Tak kisah la depa baca atau tahu ke tidak mesej aku ni, tapi sekurang-kurangnya aku dah menegur dan memberi cadangan yang membina.. bukan nak bagi pelingkup...

14. Harap kedua-dua pihak tu tak marah la kat aku.. tapi kalau nak marah, marah la. Aku sekadar bagi pandangan dan cadangan.. nak terima atau tidak, terserah.. tanggungjawab aku dah selesai.... Wallahu'alam....

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!