Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, May 11, 2017

MAAFKAN AKU UMNO...


Maafkan Aku UMNO...
Malam ini aku tidak di sana,
Meraikan hari lahir mu bersama sahabat perjuangan...
Kerana perjuangan ku di sini masih belum selesai...

Maafkan Aku UMNO...
Malam ini aku tidak di sana...
Melaungkan ungkapan keramat bangsa...
Kerana aku masih di sini menunaikan tanggungjawab...

Kau cukup istimewa UMNO...
Hari lahir mu dirahmati bersama Nisfu Syaaban...
Hari lahir mu disambut meriah para pejuang...
Padanlah kau tidak pernah pudar walau seribu tahun lagi...

UMNO,
Kau tak pernah tua...
Usia mu makin segar walau tujuh dekad berlalu...
Diremajakan setiap tahun tetap gagah perkasa...
Kaya berpengalaman meniti waktu...

UMNO,
Kau tetap unggul di hati...
Kental perjuang Islam, Melayu dan Tanah Melayu ini...
Tidak goyah walau dihentam badai taufan...
Kau teguh berdiri tidak berganjak walau seinci...

UMNO,
Aku hanya insan kerdil...
Namun aku berjiwa besar berjuang membawa wadah mu...
Aku kibar Sang Saka Bangsa...
Aku bertahmid, bertakbir, berzikir kepadaNya...
Memohon agar kau tetap teguh menaungi bumi bertuah ini...

UMNO,
Aku bukan sesiapa..
Namun akan ku pastikan kau tetap subur...
Aku tak punya ringgit untuk ditabur...
Aku tak punya kekayaan untuk dihambur...
Aku hanya punya kudrat...
Aku hanya punya keringat...
Aku cuma berbekalkan semangat...
Aku akan terus berjuang menjulan nama mu...

UMNO,
Maafkan aku,
Aku tidak di sana malam ini...
Aku sedang mengejar ilmu...
Aku sedang mencari rezeki...
Aku sedang beribadah...
Aku sedang membesarkan anak-anak ku..
Aku sedang membimbing keluarga ku...
Aku sedang berjuang di utara tanah air ini...
Aku sedang menukil sesuatu dari hati untuk mu...

Allahu Rabbi...
Kepada Mu aku memohon, berserah...
Redhalah atas diriku dan perjuangan ini...
Berilah kekuatan kepada ku...
Mudahkanlah perjalanan ini...
Sebelum aku menutup mata,
Aku mahu menjadi hamba Mu yang berbakti...
....kepada agama, nusa dan bangsa...

Duke Of UMNO
11 Mei 2017

Wednesday, April 19, 2017

AKAUN BARU PESBUK KE-3 PUN KENA FREEZE?


Okay... akaun baru pesbuk yang baru dibuat tengahari tadi dah kena FREEZE lagi. Aku tak tau la kerja sapa. Tapi peduli apa aku.. bukannya aku pakar sangat hal ehwal pesbuk ni... huhuuu...

Anyway, nanti free lah baru aku buat akaun pesbuk baru... skang ni masa kurang mengizinkan. Busy dan esok pun amat busy... Apa-apa nanti aku inform...

Sekian... wassalam.

ATTENTION PLEASE.. AKAUN PESBUK AKU KENA PEDAJAL...


ATTENTION PLEASE...

Entah sapa pulak yang sengaja pedajal aku pagi ni, tiba-tiba ja pesbuk freeze akaun aku. Aku takmau la tuduh sesapa.. biar je. Maybe dah tak tahan sangat kot..or sengaja nak usik aku.. heh!

Camni lah... aku takdak hal.. nak buat apa pun, buatlah. Nak pedajal ke, nak aniaya ke, nak sabotaj ke... itu terpulang. Tapi aku akan terus hidup. Selagi aku hidup, perjuangan aku akan tetap hidup. Lain la kalau aku dah masuk ke liang lahad...

Anyway, aku dah create akaun pesbuk baru... sapa nak friend, boleh je add aku balik. Tu pun kalau nak berkawan la.. kalau nak bergaduh, nak buat naya kat orang, nak tambah dosa, aku tak berminat... Islam kata, nak berkawan pun kena pilih jugak, kan?

Ini ialah link ke pesbuk baru aku yang ketiga... DUKE UMNO (click).

Akaun ni yang ketiga dah... yang memula dulu dah kena pedajal dah sekali.. lepas tu akaun kedua pun dah kena.. kalau kena pedajal lagi yang ketiga ni.. aku bukak je la yang ke-4.. heh! No hal.. takdak masa la aku nak tension-tension... heh! Akaun pesbuk je pun...

So guys.. add me up please.. tengkiu!

-Duke-


Tuesday, April 18, 2017

BILA BERTEMU OTAI KEDAH LAMA...


Semalam, aku berkesempatan jumpa seorang sahabat lama dunia maya UMNO di Kedah. Kebetulan dia balik ke Kedah dan contact aku petang semalam, kami dinner pukul 10 malam kat sebuah kedai makan tepi jalan. Biasalah, tengah-tengah bulan...

Dah lama sebenarnya kami tak jumpa. Last sekali aku jumpa dia tahun 2009. Dia antara individu yang minta aku menulis di blog dulu. Walau pun dia takdak blog, tapi dia memang otai jugak la dalam dunia politik maya di Kedah ni. Zaman tu kami ada blog depakata, aloqstaq dan adalah 2-3 blog lain...

Masa aku kenal dengan brader ni, bebudak TMK pun takdak blog lagi.. dah lama dah... Bila lama tak jumpa, maka panjang la cerita....

Sunday, February 5, 2017

BILA AHLI PARLIMEN ALOQ SETAQ MENGAMUK KAT TOK BASHAH.. HEH!


Baru-baru ni, Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung mengamuk sakan kat Tok Bashah. Dia hingaq pasai kenyataan Tok Bashah tentang peruntukan RM30 juta untuk setiap parlimen kat Kedah ni. Katanya, duit tu duit rakyat dan peruntukantu perlu diberi pada setiap parlimen tanpa mengira Ahli Parlimen mana yang jadi wakil rakyat kat kawasan tu....

Kalau kita lihat dari atas surface, mungkin ada logik yang Ahli Parlimen PKR tu kata. Ye la.. duit kerajaan tu memang untuk kebajikan rakyat tak kira la kawasan PKR ke, DAP ke, PAS ke, BN ke, PAN ke, atau "bunga raya" sekali pun... itu kalau dilihat dari satu sudut la...

Cuma, aku nak tanya sikit la kannnn.. Awat kat Alor Setar ni takdak ke pembangunan yang dibawa? Berlambakkkk...cuba pi check kat MBAS, lepas tu check pulak kat Kompleks Kerajaan Persekutuan kat Anak Bukit tu.. belambakkkk bro.... Pi check kat ICU...

Lepas tu, check pulak program-program kebajikan untuk rakyat kat Alor Setar ni.. bukan setakat bantuan keperluan harian dan wang tunai, malah turut diwujud dan ditambah baik prasarana-prasarana sedia ada.. Yang dulu hanya "catok, saja, dah jadi elok dan selesa.. cuba pusing pi tengok...

Aku tak tau kenapa Ahli Parlimen PKR ni buat statement macam dia taktau apa yang berlaku di kawasan parlimen dia sendiri. Taktau la dia ada amik berat dan pusing pi tengok atau tidak, tapi apa yang aku tengok depan mata, macam-macam dah dibuat setiap tahun, terutama sejak tahun 2016...

Atau, mungkin dia tak tahu apa yang berlaku sebab apa yang dibuat kat Alor Setar ni semuanya initiated by Kerajaan BN Negeri dan Pusat, bukan melalui Ahli Parlimen sebab dia tu PKR... dia mana ada "line" atau hubungan baik sangat dengan Kerajaan.. asyik nak kondem, buat musuh dan tanam kebencian kat rakyat saja kerjanya....

Ada la kot dia buat program PKR kat Alor Setar ni, tapi ciput sangat la.. ia berbeza macam zaman Datuk Chor jadi Ahli Parlimen dulu. Macam-macam dapat disalurkan dengan lebih mudah, berkesan dan menepati keperluan rakyat setempat...

Bila Ahli Parlimen tu dari sama parti, maka lebih mudah berurusan... senang buat kira kata orang Kedah. Lebih kurang macam kat Penang la.. kalau wakil rakyat DAP mintak, mudah ja Guan Eng beri.. tapi kalau yang mintak tu PAS atau PKR sekali pun, memang susah sikit nak dapat.. sampai teriak keluaq ayaq mata dalam Dun pun DAP buat taktau jaaa... tanya "Penanti"...

Apa yang Tok Bashah kata tu memang betoi pun. Common sense.. jumlah RM30 juta tu hanya contoh yang jadi kebiasaan peruntukan saja.. kadang-kadang, lebih dari RM30 juta pun boleh dapat jika kena cara dan keperluan...

Contohnya, hospital Pendang akan keluar tender pada bulan 3 ni... harga hospital tu lebih dari RM200 juta tak silap aku.. Macam projek Rubber City yang bernilai lebih dari RM400 juta tu, memang dok berjalan dah.. dia ada pi tengok ka progress Rubber City? Ka dia dok dengaq saja?

Awat? Gooi ke yang buat Pekan Rabu baru? Gooi ke yang buat Dataran Medan Bandar? PPR kat Kampung Kilat tu Ahli Parlimen PKR ke yang buat? Sumbangan Barakah yang tengah rancak untuk bantu rakyat tu Gooi ke yang keluar duit? Awat? Ingat semua tu harga 2 ringgit 5 kupang 5 duit ka?

Pada pandangan aku, Gooi patut berterima kasih la sikit sebab walaupun bukan BN yang jadi wakil rakyat di parlimen Alor Setar, tapi nasib rakyat kat area tu dan pembangunan masih berjalan lancar tanpa diskriminasi... Ni dah la tak say tengkiu, dia kutuk lagi tambah.. apa punya wakil rakyat la deyyy...

Masa takdak ayaq hari tu kat parlimen Alor Setar, ada dia tolong pi cari ayaq? Ada dia usaha bekerjasama dengan SADA mintak tolong hantaq ayaq? Ada dia tolong selesaikan masalah? Dia tau komplen je kotttt... Tapi ada dia tolong selesaikan masalah? Dok hingaq lagu tu mana ada selesai apa-apa... setakat ayaq lioq saja, itu tidak membantu rakyat...

Pada aku la, dia ni nasib ja jadi wakil rakyat kat Alor Setar ni. Tu pun pasai PAS banyak tolong bagi undi kat dia masa PRU 13 dulu.. Hat yang jadi macai gantung bendera PKR, dok tolong kempen kat dia dulu pun geng PAS jugak.. nak harap PKR buat sendiri, tobat lahom la weiii.. heh!

Nak tengok betoi ke tidak Gooi ni buat kerja ke tidak untuk rakyat kat Parlimen Alor Setar ni, sila pi tanya rakyat kat parlimen tu sendiri... Tanya orang Melayu dan India... kalau kaum Cina pun ada yang dia tak peduli dan "peduli secara berpilih", maka hangpa pikiaq pi tengok la.. heh!

Dia dok hingaq pasai GST, padahal kita pun tahu peniaga manipulasi harga barang. Siapa golongan yang paling ramai meniaga kat Kedah ni? Siapa paling ramai pemborong? Cuba compare harga Nescafe tin kat Yapiem dengan kedai Cina.. Awat kedai Yapiem boleh jual harga RM1.90 setin masih untung, tapi kedai Cina jual RM2.20? Beza 3 kupang broooo.. ada dia pi tanya peniaga Cina?

Apa jasa Gooi sepenggal ni di Parlimen Alor Setar secara keseluruhan? Heh! Adiosssss...! Wassalam dan Wallahu'alam...

Sunday, January 8, 2017

RUU355: KEPADA PRESIDEN MCA DAN PENGANJUR HIMPUNAN MEGA...


Semalam, PAS umum nak anjurkan himpunan mega di Dataran Merdeka pada 18 Februari ni bagi meminta solidariti sokongan terhadap pindaan RUU 355... 

Lepas tu, hari ni pulak Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai kata depa bantah himpunan tu dengan alasan katanya himpunan tu pecah-belahkan masyarakat dan perpaduan di negara kita ni...

Jadi sekarang, aku pulak nak berkata-kata di blog pasai pindaan RUU 355, Himpunan Mega tu dan Presiden MCA ni.. aku tak tahu sama ada ada pemimpin MCA yang baca blog ni.. tapi kalau ada sesapa yang kenal depa, tolong sampaikan "pesanan penaja" aku ni kat Presiden depa...

Sunday, January 1, 2017

TAHUN 2017, AZAM SAYA DAN PRU KE-14 DI KEDAH...


Dapat saya rasakan sorakan gamat detik jam 12 malam menandakan kita semua melangkah ke tahun baru 2017. Sebelum itu, saya saksikan ramai yang menyatakan azam masing-masing di laman sosial. Saya bersederhana saja tahun ini...

Saya tidak dapat menonton kemeriahan sambutan tahun baru 2017 di kaca tv seperti biasa kali ini. Sudah beberapa hari TV rosak dan saya yakin ada hikmah di sebaliknya. Mungkin tv rosak disebabkan Allah mahu saya lebih banyak membaca Al-Quran sejak kebelakangan ini...

Jika ditanya azam 2017, saya secara peribadi mahu berhenti merokok. Sudah bertahun-tahun lamanya saya cuba, tapi masih gagal hingga ke hari ini. Ada sekali dua saya berjaya berhenti merokok selama seminggu, tapi lepas tu saya demam teruk sampai dimasukkan ke wad hospital.. adehhh...

Namun azam saya pada tahun 2017 ini adalah mengejar pahala sebanyak mungkin. Saya tidak tahu bila ajal saya akan tiba, tapi saya tidak mahu menunggu saat-saat akhir untuk mengumpul bekalan ke akhirat. Tapi menulis di blog saya niatkan sebagai ibadah kerana azam saya yang seterusnya...

Azam saya yang seterusnya adalah menegakkan kebenaran. Maka itulah saya katakan ia berkait rapat dengan mengumpul pahala, maksud saya menerusi penulisan yang menegakkan kebenaran. Bukan "black ops", bukan fitnah, bukan pembohongan, bukan separa benar dan separa palsu...

Kenapa saya berazam begitu? Kerana itulah saya seorang muslim. Islam agama saya. Melayu bangsa saya dan Malaysia tanahair saya.

Islam yang saya faham amat mementingkan kebenaran. Malah Rasulullah SAW sebelum diangkat menjadi Rasul digelar "Al-Amin" menandakan baginda itu benar dan sentiasa menunaikan amanah. Saya mahu mencontohi baginda. Jika tidak dapat 100%, dapat 10% pun cukuplah...

Bangsa Melayu merupakan bangsa yang terkenal dengan adab sopan dan sentiasa berpegang pada kebenaran serta akhlak yang tinggi. Mungkin kerana itu Melayu lebih tertarik pada Islam walau mubaligh Kristian lebih dahulu menyebar agama mereka di Tanah Melayu dulu...

Dan saya tidak mahu negara Malaysia menjadikan pembohongan dan kepalsuan sebagai budaya, terutama generasi yang akan datang. Maka demi negara kita, saya berniat mahu menerapkan budaya yang lebih murni untuk kita sama-sama amalkan... pahala pun dapat, kan?

Dari sudut azam politik saya tahun ini, ia juga tertakluk pada semua azam saya di atas. Maksud saya, berpolitik macam mana pun, saya tetap berpegang pada hukum hakam Islam, nilai bangsa Melayu, demi masa depan negara yang lebih baik...

Dikatakan PRU ke-14 akan berlangsung tahun ini? Itu mungkin berdasarkan beberapa "signal" dan "hint" yang saya terima. Dan insyaAllah, saya akan sedaya upaya berjuang mengekalkan BN menguasai Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri...

Ada rakan yang mempertikai, mengapa saya bersusah payah berjuang untuk BN? Katanya, saya tidak pun dilantik ke jawatan tinggi, tidak pun dibayar, tidak pun dibawa melancong, tidak pun diberi projek, malah tidak pun dihargai... Itu kata rakan tersebut... 

Antara ibu isu yang meranapkan Pakatan Rakyat di Kedah dulu...
Namun bagi saya, dihargai atau tidak, itu tidak penting. Sama ada segala perjuangan saya siang malam ini dihargai atau tidak, itu hanya akan terjawab pada hari kiamat di depan Allah kelak. Jika berat timbangan pahala dan saya dimasukkan ke syurga Allah, itu tandanya perjuangan saya tidak sia-sia...

Tapi siapalah saya untuk menghukum. Saya bukan Allah yang memiliki syurga dan neraka. Dan saya yakin, rakan-rakan pembaca juga bukan Tuhan untuk menentukan saya ke syurga atau neraka, kan? Saya cuma berjuang mengumpul pahala sebanyak mungkin di dunia sebelum ke akhirat kelak.. itu saja...

Sehingga kini saya masih beristiqamah bersama UMNO. Benar, ada beberapa pemimpin UMNO di Kedah yang hanya bermanis muka di depan, namun tidak suka pada saya di belakang. Biarlah. Itu tidak menjadi kudis pada saya kerana mereka bukan penentu saya ke syurga atau neraka, kan?

Benar dulu saya sering bekerjasama dengan UMNO Kedah dan kini ada yang menyindir saya seolah-olah tidak diperlukan lagi. Saya tidak peduli semua itu. Saya dulu berjuang pun sendirian tanpa diminta UMNO Kedah pun. Saya tidak merungut pun ketika itu...

Jadi, tidak perlulah menjadi batu api melaga-lagakan saya dengan UMNO Kedah. Siapa kata saya diketepikan UMNO Kedah? Ada bukti? Jika dikata saya kini bekerjasama dengan UMNO Kedah pun, ada bukti? Heh! Jangan main serkap jarang saja, bro...

Ingat lagi isu ni? heh!
Saya tetap seperti dulu. Jangan risau. Walau Dr Mahathir dan Bro Mukhriz keluar dari UMNO, dan mereka jadi pembangkang mahu hancurkan UMNO sekalipun, saya tetap bersama UMNO dan terus istiqamah dalam perjuangan saya....

Saya bukan jenis taksub pada pemimpin. Saya cuma setia dan yakin pada parti. Itu prinsip saya dan tidak pernah goyah hingga hari ini. Nak kata saya "poyo", katalah. Saya tahu siapa saya dan beberapa rakan karib saya kenal sangat dengan pendirian saya selama ni...

Marah betoi depa kat gambaq ni.. heh!
Hendak tawan Putrajaya? Silakan. Negara kita negara demokrasi. Tapi kalau gagal, jangan tuduh yang bukan-bukan. Nak tawan Kedah? Silakan. Kedah bukan tidak pernah jatuh pada pembangkang. Tapi kalau gagal tawan Kedah, maka malulahhhh... malu kenapa? Fikir sendiri... heh!

Saya masih ingat bagaimana seluruh jentera UMNO Kedah berjuang pada PRU ke-13 yang lalu. Dan saya yakin, depa akan mudah-mudah menyerah kalah dan berikan Kedah pada pembangkang. 

Terus terang saya kata puak pembangkang memang huru-hara, tapi depa dok kata yakin nak menang? Saya senyum. Jawatan yang kecik pun dok berebut sakan dengarnya.. kerusi pun tak tentu hala bergaduh sana sini.. ada hati jugak tu nak cakap besaq? Heh! Selamat tahun baru!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!