Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, August 27, 2016

KALAU SUARA ANAK MUDA, BERANI, LANTANG, MAKA SEMUA BETUL?


Hari ni khabarnya ada adik-adik yang buat demo kat KL.. konon tunjuk perasaan suruh polis tangkap MO1... Depa saja tak mau sebut nama Najib walau sebenarnya depa memang MO1 tu sebagai Najib Tun Razak... 

Ada pulak tulisan kat portal kaki spin tu yang kata demo tu adalah luahan "suara anak muda".. Kononnya anak-anak muda tu "berani" dan "lantang bersuara".. Amacam hari ni demo, dik? Best? Dapat apa? heheheheeee... baru 1st time ke? heh!

Rupanya, "anak muda" bertudung tu bukan saja belajar kat UM.. malah sekolah kat Sekolah Demokrasi kendalian DAP, Institut Kajian Dasar (IKD)... "hebat" jugak la diaaa... heh!

Maka bila anak muda bersuara, maka apa yang dia kata semuanya betul? Suara anak muda tu semuanya betul ke? 

Kalau anak muda tu bersuara kata makan taik tu sedap, maka betul? Kalau depa kata LGBT tu bagus, maka betul kat depa? Kalau depa kata seks sebelum nikah tu hak asasi manusia, maka kata depa benar dan perlu diikut?

Bila "berani" dan "lantang" bersuara, maka apa yang diberanikan tu dan dilantangkan tu semuanya betul? Pakai law mana ni? 

Asalkan berani saja, maka betul? Kalau anak muda tu berani pijak kepala, ludah muka kita, maka betul tindakan tu? Cakap lantang pun betul? Kalau dia lantang maki hamun, maka dia semua betul? Sapa ajar macam tu?

Saya nak tanya, lulusan Azhar, lulusan Oxford, Yale, Cambridge, Havard yang hebat-hebat semua tu betul-betul belaka ke? 

Ada lulusan Azhar yang masuk Syiah dan sertai militan. Ada geng Oxford yang teruk kena "belasah" time Pak Lah dulu. Ada yang graduate dari Yale yang aties, ada lulusan Cambridge yang sokong LGBT, ada yang pegang PhD Harvard tapi murtad... maka depa semua betul dan kita patut ikut?

Come on la bro.. heh!

P/s: Dik... "ilmun bi laa amalin, laa tastafiidu bihi, wa laa tufiidu fa tamdhi khaa'ibal amali".. cari maksud syair Arab tu... 

"SEMUA NAJIB BUAT, SALAH", "SEMUA TUN M BUAT SALAH"


Semalam, saya ada membaca status seorang sahabat baik yang menulis pendek di Facebook. Apa yang dia tulis? Dia tulis; 

Orang Mahathir: "Semua Najib buat salah"
Orang Najib: "Semua Mahathir buat salah" 
Bosan!

Saya amat bersetuju dengan kenyataan sahabat ini. Dan sebenarnya, saya dah agak lama mempunyai masalah yang sama macam yang dia kata tu... BOSAN!

Ya, Saya bosan dengan keadaan begitu. Apa yang Najib buat semua salah. Apa yang Tun M buat semua salah. Bosan gilaa.. Taksub sangat ke sampai ke tahap pemikiran begitu? 

Najib atau Tun M tak sempurna bro. Yang sempurna ni hanya Rasulullah SAW saja. Malah para sahabat pun tak sempurna, inikan pula kita golongan aakhir mutaakhirinnn...

Rasulullah SAW dulu pesan jangan taksub, jangan pecah belah.. tapi kita pulak terlebih bijak taksub pada pemimpin dan sanggup pecah belah ummah kerana POLITIK..?

Pada saya, tidak semestinya Najib atau Tun M betul semuanya dan salah semuanya. Paling penting, kita pun dok tuding jari kat orang, kita sendiri pun tak betul semuanya. Obses sangat sampai ada yang bertekak siang malam, melarat sampai nak bertumbuk bagai... apahal?

Perkara yang kita rasa betul, kadang kala tidak betul di pandangan orang. Begitu juga dengan pendirian, kalau kita rasa pendirian kita benar, mungkin salah di pandangan orang. Itu terpulang pada andaian dan pandangan masing-masing la.. agree to disagree, tapi bukan macam DAP dan PAS..heh!

Tun M ada buat perkara-perkara yang betul. Najib pun ada buat perkara-perkara yang betul. Tapi, tak semestinya semua yang depa buat tu betul, ada juga yang salah...

Ustaz saya ajar dulu, kalau nak tegur orang, kenalah tegur cara berhikmah dan bijaksana. Nak tegur kawan, tak sama dengan cara nak tegur mak kita. Nak tegur isteri, tak sama cara nak tegur anak kita. Nak tegur pemimpin, tak sama macam cara kita nak tegur budak-budak hingusan...

Maka sebab tu ada teguran yang diterima baik dan yang ditegur tu berubah selepas ditegur. Dan disebabkan cara menegur tu jugak, maka ada yang lebam biji mata, patah riuk dan dihadiahkan maki hamun... 

Saya pun mengaku diri saya tak perfect. Malah jika ada hujah atau bukti yang berjaya convince mengatakan saya silap, saya sedia mohon maaf dan ubah pendirian. Apa nak malu? Malu untuk minta maaf dan berubah kepada yang lebih baik? Kita manusia biasa bro... 

Jadi, saya harap, berhenti la dari dok kata "Najib semua betul" atau "Tun M semua betul". Tu dah tahap Rasulullah SAW dah tu... Dah tak betul dah tu...tu jer... heh!

Thursday, August 25, 2016

DUIT "HILANG", DUIT "RUGI" DAN TAK BOLEH TERIMA HAKIKAT

Ada seorang bekas Pengerusi Lembaga Penasihat sebuah syarikat. Sekarang ni dah bersara dah.. Dah lama gak la dia bersara. Tapi dia masih lagi dok ikut perkembangan syarikat tu...

Baru-baru ni, dia tuduh kata duit syarikat tu "hilang"... Lepas tu dia sengaja timbulkan persepsi mengatakan duit yang "hilang" tu kononnya masuk dalam poket Pengerusi Lembaga Penasihat yang baru... kecoh jugak la dibuatnya...

Lepas kecoh, maka tuduhan tu pun disiasat badan-badan bebas... Lama jugak la siasat.. maklum la yang siasat tu pun bukan kecik-kecik anak punya siasat.. korek sampai ke oversea bagai.. kira deep la investigation tu...

Lepas habis siasat, hasilnya negatif. Pengerusi Lembaga Penasihat tu tak lakukan apa-apa kesalahan pun. Maka bertambah kecoh la jadinya... tuduh pulak kata pihak yang siasat tu makan dedak.. konon hasil siasatan tak betoi.. 

Itu senario yang berlaku. Secara adil, saya berpendapat bahawa memang betoi pun Pengerusi Lembaga Penasihat tu tak bersalah apa-apa. Dah tak bersalah, takkan la nak tetap tuduh dia bersalah pulak? Tak adil la macam tu...

Kat negara kita, kita pakai konsep "innocent until proven guilty". Walau pun yang tuduh tu bekas Pengerusi Lembaga Penasihat yang popular dan hebat, tak semestinya tuduhan dia tu betoi-betoi belaka. Dia mungkin hebat di zamannya, tapi bila dok kat luar, tak semestinya dia tau semua dan betoi semuanya...

Sekarang ni, bekas Pengerusi Lembaga Penasihat tu akui zaman dia pun duit hilang jugak, tapi tahu ke mana duit tu hilang. 

Pada saya, duit di zaman dia tak hilang pun. Itu dipanggil "rugi" dan ia menyebabkan duit tu hilang. Rugi tu mungkin disebabkan penyelewengan, rasuah, salah pilih niaga dan faktor-faktor lain yang tak dapat dielak dari mengalami kerugian. Standard la bila berniaga...

Duit syarikat tu sebenarnya tak hilang jugak pun zaman sekarang ni. CEO syarikat tu sampai berbuih mulut bersoal jawab dalam siasatan-siasatan. Lepas tu berbuih mulut pulak pi jelaskan kat orang ramai menegaskan fakta-fakta sebenar yang berlaku...

Tapi tak tahu la pasai apa, sama jugak dengan hasil-hasil siasatan yang dijalankan, penjelasan CEO tu pun depa takmau terima. Kononnya bekas Pengerusi Lembaga Penasihat tu betul dan tuduhan duit hilang tu betul.... 

Saya suka rujuk pada hukum Islam terlebih dahulu. Jika nak tuduh orang berzina, maka kena ada bukti sebab tuduhan tu berat dan melibatkan maruah. Jika tuduh orang mencuri pun libatkan maruah jugak walaupun tak seberat tuduhan zina...

Dalam tuduhan zina, jika tuduhan tu merupakan tuduhan palsu, maka yang menuduh tu layak dikenakan hukuman. Tuduh orang mencuri pulak, mungkin la tak sampai ke tahap tu, tapi memfitnah si polan dan si polan itu mencuri, hukumnya tetap berdosa besar, - dosa fitnah.

Jadi pendirian saya, lebih baik berlapang dada. Bila didapati tak bersalah dan takdak pun duit yang hilang, (mungkin kalau ada pun hanyalah "rugi"), maka terimalah hakikat tu. Jika sesiapa tak puas hati, nanti boleh cabar keputusan tu di akhirat, sebab depan Allah nanti sebesar zarah pun takkan terlepas.. itu confirm betul!

Jadi saya harap, sebagai orang Islam , kita gunakan fikiran yang waras sebelum buat apa-apa keputusan. Janganlah sebab kita pernah termakan budi dengan dia maka kita akan kata dia betul walau pun sebenarnya apa yang dia kata tu tak betul pun sebenarnya... Wallahu'alam...

Tuesday, August 23, 2016

SEMALAM YANG 'HILANG", SEMOGA KEMBALI JERNIH..


Baru-baru ni saya ada bertanya beberapa sahabat tentang sesuatu yang sebenarnya saya tak kisah sangat pun, tapi berlegar di belakang saya. Bukan seorang dua yang beritahu dan ingatkan saya tentang hal ni.. dah ramai dah...

Saya alami perkara ni dah lama dah.. cuma saya tak suka kecoh-kecoh dan malas nak amik port. Yang buat hal pun kawan-kawan jugak.. depan kita bukan main lagi. Tapi belakang kita.. hahahaaa... Allah saja la yang tahu...

Let me tell you a little story about what happened to me in the past...

Monday, August 22, 2016

MARAH KE SAYA SOKONG UMNO DAN PRESIDEN UMNO?


Seperti yang dijangka, maka sudah tentu ada yang tak setuju dengan pendirian saya di sini. Malah ada yang memandang rendah pada rakan-rakan saya di sini. Tak mengapalah, saya tak marah kalau tak setuju dengan saya.

Ada juga rakan yang memaki hamun dan menista saya dengan tuduhan yang bukan-bukan kerana dua tulisan saya tersebut. Tak mengapalah. Dosa atau pahala, tohmahan atau fitnah, adalah jatuh dibawah tanggungjawab peribadi masing-masing. 

Namun begitu, tidak ada satu pun hujah yang diajukan kepada saya yang bernas, berbukti kukuh mahupun boleh diterima akal secara sah. Juga sekali lagi, hanya berpandukan pada hearsay dan sumber yang sangat diragui semata-mata.

Dahsyat juga perang siber zaman sekarang ni. Zaman saya dulu tak macam ni. Kami saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza pendirian. Masa saya tak setuju dengan Pak Lah dulu, ada yang tak setuju dengan saya. Tapi kami rileks jerrrr.. heh! Sekarang ni bukan main emosi lagi depa.. heh!

Ada yang sebut tentang RM2.6 bilion. So what? RM100 trilion sekali pun, so what? Selama ni kita pun tahu semua parti kat Malaysia ni well funded. Sama ada dari dalam dan luar, memang berlaku pun. Kenapa individu? Eh.. lantak la Saudi nak bagi kat individu ke parti ke apa.. 

Kalau dia bagi kat UMNO, maka duit tu duit parti. Tapi kalau Saudi bagi kat Najib maka tu duit dialah, apa saya nak kisah? Lantak la Najib nak buat apa dengan duit tu. Dah tentu la Saudi ada sebab kalau dia fund masuk akaun Najib. Dan sebabnya dah tentulah depa saja yang tahu.. 

Apa yang nak pertikai sangat tentang RM2.6 bilion tu? Kalau Saudi nak bagi kat Malaysia, depa akan bagi ikut saluran macam depa sumbang duit masa gempa kat Gunung Kinabalu tu. Kalau depa nak fund Tun M pun boleh asalkan dibenarkan Bank Negara. Cuma mungkin Allah tak buka hati nak fund Tun M untuk jatuhkan Najib la kot...

Sebelum ni, riuh rendah orang dok kata ada parti pembangkang funded by jews proxy. Tapi ada pembangkang kena tangkap? Maksudnya, kalau betul pun ada fund, maka ia dapat kebenaran dari bank negara la. Ingat senang ke procedure nak bawak masuk duit masuk Malaysia?

Pendirian saya jelas. Kalau sumbangan dari Saudi untuk Najib, maka that's it. Tu duit dia. Kalau dia bagi balik, itu terpulang kat Najib la. Mungkin ada sebab tertentu yang tak boleh dijelaskan pada umum tentang hal ni untuk jaga kepentingan diplomatik antarabangsa dua buah negara. Saya tak tahu sebab dan tak teringin nak tahu pun sebabnya...

Pada saya, bab RM2.6 bilion tu dah lama dah selesai. Bila Najib setuju untuk dedah semua fund dan cabar digubal undang-undang wajibkan semua parti politik declare detail fund depa, awat yang pembangkang tak setuju pulak? Dah tentu la ada sebab... saya pun faham.. heh!

Itu pendirian saya dan terpulang nak terima atau tidak. Nak kata Najib share sikit RM2.6 bilion tu dengan saya, rasanya mustahil sangat kot.. hahahahaaa..! Rileks la.. Saya gelak besaq bila ada yang tuduh Najib bagi sikit RM2.6 bilion tu kat saya.. hahahaaa.. pakcik kayaaaa..! Heh!

Frankly, betoi saya kecewa sikit la bila tengok kat budaya social media zaman sekarang ni. Ya lah.. dulu lain, sekarang lain. Tapi kalau berubah ke arah positif takpa.. tapi kalau mundur balik ke arah negatif, itu hanya akan memburukkan imej pengamal social media saja...Tak puas hati dan tak sebulu, terus maki..? Hahahahaa... 

Tu yang saya agak terkilan sikit tu.. tapi takpa.. sama-sama la kita doakan kembali ke arah positif semula. Peribadi saya tetap macam dulu. 

Cuma kalau dulu saya tegur pemimpin UMNO secara terbuka, sekarang ni dah tak macam dulu. Saya dinasihatkan Tun M supaya tegur ikut saluran yang tertutup. Kalau ada nombor telefon, saya sms atau wassap.. nak respond atau tidak, tu saya tak kisah.. tanggungjawab saya dah selesai untuk menegur...

Jadi, jangan risau atau emosi tak tentu hala. Cuba istighfar sikit bila hati tengah marah tu. Belajar sabar lebih sikit. Kita kawal emosi, bukan emosi kawal kita. Rujuk Islam dulu apa-apa pun, insyaAllah segalanya akan dipermudahkan...

Sunday, August 21, 2016

WARKAH TERBUKA DARI DUKE Part I


Sudah berkali-kali saya nyatakan kepada rakan-rakan sama ada di blog mahupun di luar sana bahawa jiwa dan perjuangan saya hanya bersama UMNO. Tapi masih ada lagi yang cuba "memancing", kononnya mampu menggoyah pendirian saya untuk bersama mereka menentang UMNO.

Beginilah. Saya tegaskan buat kali terakhir di sini bahawa UMNO adalah pilihan saya. Jadi, tak perlulah cuba racun saya lagi. Muktamad. Sebarang racun dalam bentuk rayuan secara lisan mahupun bertulis, tidak akan dilayan... heh!

Tolonglah hormati pendirian saya. Benar saya hormati Tun M. Tapi tidak semestinya saya ikut beliau untuk memusnahkan UMNO. Saya bukan jenis taksub kepada seseorang. Saya orang parti dan bila disebut "orang parti" maka saya perlu patuh pada prinsip berjemaah.

Jika saya solat berimamkan seorang Imam yang dipilih oleh ahli-ahli qariah, maka saya perlu patuh pada setiap pergerakan Imam tersebut ketika solat. Jika tak puas hati padanya, saya tak boleh meluru keluar saf dan tolak Imam itu ke tepi. Itu tidak dibenarkan dan dilarang oleh Islam.

Saya taat pada Tun M suatu ketika dulu ketika beliau menjadi Presiden. Di zaman beliau dulu pun banyak skandal jugak, cuma mas itu tidak ada media sosial dan taklah kecoh macam sekarang. Dalam Islam, saya wajib taat pada pemimpin yang dipilih secara majoriti oleh jemaah saya selagi tidak melanggar hukum syarak.


Tentang tuduhan-tuduhan terhadap DS Najib sekarang, saya berlapang dada menegaskan tidak ada satu pun mahkamah yang menjatuhkan hukuman beliau sebagai bersalah. Semuanya hanya berdasarkan tuduhan mulut, hearsay dan bersumberkan dari Claire Brown. Jadi, pada saya, Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Bukan mudah untuk menuduh seseorang itu sebagai bersalah. Dalam Islam, bukan mudah untuk tuduh seseorang itu berzina, merompak, mencuri dan sebagainya. Ia perlu ada bukti-bukti kukuh, pelbagai syarat yang ketat dan disepakati oleh hakim untuk diadili seadil-adilnya.

Saya ambil contoh jenayah zina. Bukan saja perlu 4 saksi, malah saksi-saksi itu pun perlu mempunyai ciri-ciri yang sangat ketat seperti tidak fasik, jelas penglihatannya dan melihat perlakuan zina itu seperti "cincin disarungkan ke cincin". Bukan mudah di zaman ini untuk mencari orang yang tidak fasik, amat jelas penglihatannya dan melihat perlakuan yang saya sebutkan itu.

Benarlah ada sumpah qasam. Tapi sumpah qasam itu perlulah turut diakui oleh pihak yang bersalah dan syarat-syarat yang lebih ketat perlu dipatuhi oleh mereka yang bersumpah itu. Dalam hal ini, DS Najib sudah berkali-kali melakukan sumpah qasam menegaskan beliau tidak bersalah.

1MDB? Sudahlah. Muak untuk disebut. Ia seolah sama saja seperti PM-PM terdahulu. Tidak ada bezanya. Yang saya tahu, Najib disahkan tidak bersalah oleh beberapa agensi yang diminta untuk menyiasat, termasuk PAC yang di dalamnya ada beberapa pemimpin pembangkang. Noktah untuk kes 1MDB. Muak saya hendak bertengkar.

DOJ? DOJ tidak mendakwa Najib. Yang didakwa oleh mereka yang dikatakan kenal dengan MO1 yang digembar-gembur sebagai Najib. Jika MO1 itu Najib, apa masalahnya? MO1 tidak didakwa pun. Jika ada pun yang diragui, mungkin ia berkaitan dengan boss-boss 1MDB sebelum ini, saya yakin ia tidak membabitkan Lembaga Penasihat sebab dibawah lembaga tersebut ada berlapis-lapis lagi yang membuat keputusan untuk 1MDB tanpa perlu merujuk kepada Lembaga Penasihat.

Tidak perlulah berdolak-dalik lagi. Melanggar UMNO, itu bermaksud melanggar saya. Melanggar Presiden UMNO, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, maka samalah ia melanggar Imam-Imam saya dalam perjuangan jemaah politik.

Jangan risau. Saya tetap meletakkan Islam ditempat yang paling atas. Namun dalam konteks parti politik, saya taat, patuh dan setia pada UMNO serta kepimpinan parti. Tidak sesekali saya akan derhaka pada UMNO, Presiden dan Pengerusi Perhubungan Negeri yang diamanahkan.

Terserahlah sama ada untuk bersetuju dengan saya atau tidak. Masing-masing punya pendirian masing-masing. Jika mahu orang hormat pendirian kita, belajar-belajarlah hormat pendirian orang lain. Kematangan dalam politik perlu di zaman ini.

Najib hadir ke Kedah hari ini. Ya. Saya berada di sana menunjukkan sokongan saya tidak berbelah bagi padanya. Jika mahu hina saya, hinalah. Namun saya tidak akan berganjak dari pendirian saya mempertahankan UMNO dari dimusnahkan.

Maaf. Saya bukan jenis bodek jilat atau seumpamanya. Saya jenis berterus terang. Saya akui, mungkin saya hanyalah seorang pejuang kecil di medan maya ini. Memang ramai lagi yang lebih handal. Saya mungkin tidak sehebat sahabat-sahabat lain, tapi saya ada pendirian saya dan itulah dia pendirian saya dulu, kini dan selamanya.

Harap maklum. Terima kasih.

Sehari Bersama Sahabat-Sahabat Seperjuangan


Diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus bernyawa dan berjuang menyumbang keringat yang ada untuk parti UMNO di Kedah sudah cukup untuk membuat saya bersyukur kepadaNya. Saya akui memang getir, tapi saya tetap akan terus berjuang demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu.

Saya baru-baru ini diberikan kesempatan untuk bertemu dengan beberapa pejuang maya pro-UMNO dan BN di Kedah. Dari yang lama, hinggalah yang baru. Semuanya hebat-hebat belaka dan saya menghormati mereka sebagai sahabat seperjuangan.

Benarlah kata Tok Bashah, menangnya UMNO dulu di Kedah adalah atas dasar Muafakat. Jadi, amat sesuailah jika konsep yang sama beliau terapkan dalam pentadbiran kerajaan negeri mahupun di dalam gerakan parti di seluruh negeri.

Jika dirujuk pada konsep ini, semua pemimpin UMNO sama ada di peringkat Bahagian hinggalah ke Cawangan, mereka saling hormat menghormati dan sanggup mengenepikan perbezaan ideologi serta kepentingan peribadi demi MuafakatKedah dan MuafakatPolitikKedah.

Pada saya, tidak terkecuali juga kami sahabat-sahabat media maya pro-UMNO di Kedah. Kami juga perlu bermuafakat sesama kami dan mengenepikan perbezaan demi mempertahankan penguasaan parti di negeri ini.

Saya dimaklumkan bahawa selepas TMK beralih arah kepada Bersatu yang mahu "melanggar" UMNO, maka Allah telah takdirkan TCK sebagai penggantinya. Pada saya, TCK tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan TMK dulu. Tidak perlulah saya perkenalkan mereka kerana mereka sememangnya terkenal di ruang media maya khususnya di Kedah.

Alhamdulillah, saya melihat perkara ini sangat positif. Mereka berada di posisi yang betul, di atas landasan yang mantap dan kelihatan begitu bersemangat dalam perjuangan mereka. Saya secara peribadi salute habis kepada jentera-jentera muda pro-UMNO/BN Kedah itu. Tahniah bro dan teruskan perjuangan, memang mantap!

Saya sebagai orang lama, amat berbesar hati dengan semangat dan perjuangan yang ditunjukkan oleh TCK. Dalam kepayahan mereka berjuang, mereka tetap komited. InsyaAllah, saya akan terus memberi sokongan kepada TCK seikhlas mungkin... 

Apa yang saya nampak, kita mungkin berdepan dengan tugas getir nanti. TMK pun hebat juga kerana mereka sebelum ini memang "well train", khususnya di zaman UMB dulu. Ditambah pula dengan jentera maya parti pembangkang, mungkin kita perlu bersedia dengan perancangan yang lebih mantap.

Namun saya yakin, TCK mampu harungi segala cabaran getir itu. Saya positif. Kenapa? Kerana saya lihat TCK mempunyai kekuatan yang tersendiri yang tidak ada pada mereka. Tidak perlulah didedahkan, mana ada orang cerita strategi sendiri pada orang, kan? Heh! Kipidap bro!

Saya tidak sangsi. Teruskan usaha-usaha terbaik dari TCK demi perjuangan UMNO di bumi Kedah ini wahai sahabat-sahabat semua. Dengan MUAFAKAT, insyaAllah, saya yakin Allah akan redha dan merestui perjuangan kita semua. Selamat berjuang!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!