Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, July 13, 2016

MASALAH AIR KEDAH: GOOI PERLU JUMPA AZMIN ALI DAN KHALID IBRAHIM...

Ahli Parlimen Alor Setar (PKR) Gooi Hsiao Leung
Macam yang kita sedia maklum, semalam MB Kedah buat mesyuarat khas pasai isu masalah air yang berlaku di Kedah masa Hari Raya baru-baru ni. DS Bashah tubuhkan task force khas untuk laksanakan pelan-pelan tindakan untuk atasi masalah ni melalui langkah-langkah yang diperkenalkan. Jika ada yang belum jelas, boleh klik kat sini untuk tahu langkah-langkah tu. 

Tapi pagi ni, Ahli Parlimen Alor Setar (PKR) Gooi Hsiao Leung buat satu sidang media memperlekeh langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan BN Negeri Kedah tu. 

Ada beberapa perkara yang dia bangkitkan dalam PC tu. Dia kata itu langkah-langkah lama yang sudah diambil dan kerajaan negeri takdak idea baru. 

Dia kata, apa yang Kerajaan BN Negeri Kedah buat tu langkah-langkah lama. Tapi dalam masa yang sama, dia mengaku 2 dari langkah-langkah tu langkah baru. Maksudnya memang ada lebih dari satu idea baru.

Sunday, July 10, 2016

SADA DAN MASALAH BEKALAN AIR KEDAH (PART I)


Lately ni saya tengok kecoh pasai takdak ayaq kat Kedah especially time Hari Raya baru ni. Bukan setakat rakyat ja yang bising kat SADA, MB Kedah pun join sekali "tibai" Aduan SADA yang sampai lebih 10 kali call pun tak angkat-angkat... heheheee...

Biasanya, kalau bekalan ayaq ni cantik pun, tapi kalau berlaku pertambahan bilangan pengguna khususnya bila ramai anak-anak Kedah balik kampung macam Hari Raya ni, maka memang terjejas la sikit bekalan ayaq tu...

Tapi yang berlaku kat Kedah ni sebenarnya bukan bermusim. Bukan setakat Hari Raya saja, sebelum ni pun memang banyak daerah yang dah bising kes ayaq takdak, tekanan ayaq rendah dan ayaq terlalu slow... bahasa kasaqnya, "macam orang kencin saja...".. heh!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!