Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 12, 2016

HAT PERANGAI NI MEMANG BETOI SAYA TAK BERAPA FAHAM....


Kadang-kadang, saya pun tak faham dengan budaya orang zaman sekarang berfikir.. Bukan saja yang muda, yang tua pun kengkadang tu pun lebih kurang jugak.. cuma saya takde la hentam depa yang berfikir lagu tu membuta tuli... perlu juga hormat depa...

Cuma, saya pelik bila perkara yang terang-terang salah, tapi depa kata betul.. perkara yang tak tepat, tak benar, tohmahan atau fitnah pula depa kata betul... tak tepat, tak benar, tohmahan dan difitnah tu berbeza makna, tapi berunsur tuduhan negatif...tapi depa cepat percaya walaupun tak betoi...

Misalnya saya beri contoh, depa tau mencuri Nescafe kat supermarket tu salah.. bukan saja salah di sudut perundangan negara, dalam Islam pun hukumnya berdosa.. Tapi depa tetap kata tindakan mencuri tu betoi sebab terpaksa dan tertekan.. 

Friday, March 11, 2016

TUN M VS NAJIB: SAYA DIPIHAK MANA..? HEH..! LAGI MAU TANYA...


Sebenarnya, ramai yang bertanya saya mengapa saya tidak mengulas mengenai isu politik nasional yang depa dok heboh sekarang ni... ada yang tuduh kata saya berpihak pada Najib... ada pulak yang tuduh kata saya berpihak pada Tun M... Saya gelak... betoi saya gelak...

Depa tuduh saya lagu tu sedangkan saya tak kata apa pun.. itu maknanya kawan-kawan saya tu hanya simpulkan persepsi terhadap saya.... belum tentu persepsi depa tu betul dan tepat...

Memandangkan ada yang mendesak... saya rasa saya perlu jelaskan pendirian saya...

Thursday, March 10, 2016

MENYENTUH ROMBAKAN DAN KEPIMPINAN BARU UMNO NEGERI KEDAH...


Semalam, saya ada sentuh pasai peralihan kuasa dari Mukhriz kepada Tok Bashah... dan hari ni saya nak sentuh sikit tentang rombakan dan penstrukturan semula pucuk pimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri...

Betoi... rombakan dah dibuat. Selain dari kedudukan Tok Bashah dan Tok Det yang kita semua tau, SU UMNO Negeri yang baru ialah Datuk Rozai.. SUK yang baru ialah Datuk Nasir Murad.. Ketua Penerangan yang baru ialah Datuk Othman Abdul...Bendahari kekal, Datuk Azeez Rahim...

Pertama sekali, saya nak ucap tahniah kepada semua Datuk-Datuk yang terpilih dan dilantik.. Saya tiada apa-apa masalah dengan rombakan tu... bukan nak membodek, ikhlasnya memang saya tahu kelebihan yang dimiliki Datuk-Datuk sejajar dengan jawatan yang diberi...

Wednesday, March 9, 2016

Peralihan Kuasa Dari Mukhriz Kepada Tok Bashah...


Macam yang saya janjikan, saya tulis sikit tentang politik di Kedah hari ni... Saya faham baru-baru ni politik kat Kedah ni hangat jadi tumpuan... tapi biasalah tu, memang adatnya begitu bila berlaku perubahan.. kat mana-mana pun sama saja tetap heboh orang bercakap...

Saya sebenarnya hadir waktu sidang media Mukhriz letak jawatan. Tapi macam biasa, taklah menonjol dan keep low profile... memang saya kenal Mukhriz... sejak dia belum ada title Dato' lagi dah kenal... lagipun, sebagai pemerhati politik di Kedah, saya rasa tak salah kalau saya hadir...

Sebelum tu, dalam satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Kedah, dianjurkan satu himpunan untuk nyatakan sokongan pada Mukhriz dalam Stadium Darulaman. Penyokong bola Kedah pun ada time tu.. Ada la ucapan dari Mukhriz sikit.. ada jugak la adegan-adegan politik dalam stadium...saya tak tahu sapa yang anjurkan...

Tuesday, March 8, 2016

HARI NI KITA BELAJAR SUBJEK SEJARAH BLOG KAT KEDAH.. Heh!

Ada di kalangan rakan-rakan yang mengatakan saya ni antara yang terawal menubuhkan blog di Kedah dan menulis tentang politik. Entah, saya tak tahu tentang status tu... Tapi kali ni saya nak cerita sikit pasal subjek sejarah... hahahahahaaaa...

Tapi saya akui sejarah bloggers politik pro-UMNO di Kedah, saya individu yang bertanggungjawab berusaha menghimpun dan mengadakan majlis pertemuan pertama bloggers-bloggers di Kedah dan Utara Semenanjung... masa tu tak ramai... ada la dalam 30 orang jer...

Antara yang "famous amous" yang hadir time tu ialah Jin Bara (blog Depa Kata), Che Wan (Pusaka Ayahanda), rakan-rakan dari Kedah Times dan ramai lagi. Ada yang bloggers Kedah yang sanggup turun dari KL untuk bersama kami dalam satu majlis yang santai...

Monday, March 7, 2016

BICARA PERJUANGAN BERSAMA SEORANG RAKAN...


Sebenarnya saya suka berkawan.. bukan setakat kawan di ruang maya, saya memang ramai kawan di dunia nyata... ada yang rapat dan ada yang kawan biasa-biasa saja... tapi saya memang sayang kawan-kawan saya...

Mungkin la ada di kalangan kawan-kawan saya tu yang "tikam belakang" saya... saya tahu dan saya tahu.. jangan ingat saya tak tahu.. tapi entah la... mungkin saya ni jenis tak balas kot... biaq pi la kat dia... saya memang bukan jenis kebudak-budakan ni... malas nak layan sangat perangai lagu tu...

Ada kawan yang saya percaya dan dia pun percaya saya... ada jugak yang kami sama-sama kongsi susah dan senang... kadang-kadang tu sama-sama ikat perut berbulan-bulan... kadang-kadang tu sama-sama makan kari kepala ikan... tapi yang penting kami menabung untuk masa depan... 

Saya tak suka cerita tentang kawan-kawan saya yang tikam belakang tu.. tapi saya suka cerita tentang kawan-kawan saya yang baik.. brotherhood mungkin hingga ke hujung nyawa walaupun ada di antaranya yang bukan Islam...

Sunday, March 6, 2016

JIKA ESOK PRU, SAYA AKAN TETAP UNDI UMNO...


1. Saya hanya memerhati senario politik semasa. Sama ada di peringkat nasional atau di Kedah, saya lebih gemar memerhati terlebih dahulu, mengumpul maklumat yang sahih, memadankan dengan pengetahuan dan pengalaman sebelum di analisis...

2. Saya yakin semua tahu UMNO sedang bergolak. Saya mengerti apa yang kalian rasa. Saya sendiri sudah mengalaminya beberapa kali sebelum ini. Ini bukan pertama kali UMNO bergolak. Dan saya belajar dari pengalaman tersebut...

3. Saya ulang sekali lagi, saya bukan orang politik dan tiada sebarang kepentingan dalam perjuangan saya. Selagi saya hidup, insyaAllah saya akan terus beristiqamah dalam perjuangan saya demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!