Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, January 21, 2016

NAK TUKAR MB ATAU PENGERUSI, INI KENYATAAN SAYA...


Saya bertemu ramai orang hari ni. Sms, Whatspp, telegram pun banyak terima. Semua bertanyakan isu yang sama. Apa dah jadi dengan UMNO Kedah? Kenapa Tok Bashah? Kenapa Mukhriz?

Pada mereka yang bertanya saya secara berdepan bersemuka atau telefon, saya sengih menyeringai. Tak tahu lah bro, aku bukan UMNO Kedah. UMNO Kedah tu pun dah lama tak pijak. Itu jawapan saya.

Bagi mereka yang hubungi saya melalui Sms, Whatsapp dan sebagainya, ada sebahagian yang saya jawab, malas nak amik tau, lantaklah, dan ada yang langsung saya tak jawab... heheheee...

Maaf, bukan saya bermaksud untuk berahsia atau tidak menyatakan sokongan kepada sesiapa...

Pendirian saya mudah. Sama ada Mukhriz atau Tok Bashah atau sesapa pun sekali jadi MB Kedah, ia tidak memberi kesan pada saya. Maksud saya, saya tetap perlu pertahankan kemenangan UMNO di Kedah pada PRU ke-14 walau siapa pun jadi MB...

Maknanya, walau Tajudin atau Ahmad Lebai Sudin atau Zaini atau Pak Tam jadi MB Kedah sekalipun, saya perlu pertahankan UMNO/BN di Kedah nanti.. sama ada saya suka atau tidak, itu perlu saya lakukan nanti pada PRU ke-14...

Sama ada susah atau senang untuk pertahankan, saya perlu terimalah cabaran tu. Jika dulu ketika PAS perintah Kedah, itu kerja mudah. Serang saja PAS dan Pakatan Haram, pastikan depa tumbang. Itu saja target...

Jadi, untuk menyelesaikan isu ni, saya serahkan segalanya kepada tiga pihak dan saya akur dengan apa saja keputusan mereka. 

1. Jemaah Pemangku Sultan (sama ada memperkenan atau tidak keputusan Presiden BN) 
2. Presiden BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (sama ada beliau setuju dengan kehendak majoriti pemimpin UMNO Kedah, mencadangkan calon MB baru pada Jemaah Pemangku Sultan, atau tidak bersetuju menukar MB, atau berkeputusan menukar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah 
3. Adun-Adun Kedah (applicable only di sidang DUN Kedah) 

Sebenarnya, untuk mengekalkan kuasa dan kemenangan itu adalah lebih sukar. Setuju atau tidak, itu pandangan saya berdasarkan pengalaman bertahun-tahun menyusun pelbagai gerakan dan strategi dulu..tanya orang-orang lama, depa taulah... 

Hanya mereka yang benar-benar rapat dengan saya saja yang tahu pendirian saya. Dan mereka yang benar-benar tahu itu tidak lebih dari 5 orang pun dan tidak perlulah tanya siapa mereka. Cukuplah jika saya katakan perjuangan saya tetap demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu...

Hangpa nak bergaduh? Pi main jauh-jauh... saya ada banyak lagi kerja berfaedah nak buat... dari attack sesama sendiri, baik hangpa pi serang Mahfuz ka.. Mat Sabu ka.. Nasir Mustafa ka.. Guan Eng ka.. Kit Siang ka... ada juga faedahnya... heh!

Wednesday, January 20, 2016

SAPA YANG GATAI USIK TOK BASHAH NI..?

Teringat zaman dolu-dolu.. amik gambaq curi-curi...
Apa yang berlaku semalam telah memaksa saya untuk menulis di blog yang sudah sekian lama tidak terusik ini. Ada orang di luar sana yang cuba "usik" keharmonian dan keamanan suasana UMNO di Kedah nampaknya. Tak tahulah kenapa, tiba-tiba Ahmad Bashah jadi mangsa depa.. habis diviral video Tok Bashah terlelap mata di majlis istana...

Saya tak mau persoalkan dari sumber mana depa dapat rakaman video tu. Perkara tu saya yakin ada pihak yang akan uruskan.. biasalah, kalau PAS ada setan dalam jemaah, UMNO kat Kedah ni pun apa kurangnya, kan?

Saya tahu Tok Bashah tak sehensem Richard Gere atau Tom Cruise. Saya pun tahu Tok Bashah ni tak dapat CGPA 3.89. Saya pun tahu Tok Bashah ni tak kaya raya macam Bill Gates atau Dr Vida. Beliau tak glamour pun macam Anwar Berahim atau Tun M...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!