Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, November 3, 2016

SEMUA NI AKAN BERLAKU JIKA PAKATAN HARAPAN PERINTAH MALAYSIA, INSYAALLAH...


Berdasarkan perkembangan terkini, semua parti-parti pembangkang akan bekerjasam untuk tumbangkan BN pada PRU ke-14 nanti.

PPBM semalam dah umum kepimpinan tertinggi. Muhyiddin kata PPBM akan bincang dengan PAS peringkat demi peringkat. Bro Mukhriz pun dah naik jadi Timbalan Presiden dah skang ni...

PAS pulak cakap sedia berunding untuk bekerjasama bagi "satu lawan satu". Maksudnya, kalau PAS setuju nanti, mungkin takdak pertembungan rebut kerusi antara pembangkang lepas ni. PAS takkan bertanding di kerusi yang ditandingi PAN, PPBM, DAP dan PKR. 

Cuma...


PAS letak syarat, perlu bekerjasama berpandukan Al-Quran. Bekerjasama kerana Islam, bukan politik semata-mata. Jangan sesekali kacau rumah tangga PAS. Perlu terima dasar Islam PAS dan hormat pada dasar tu.

Saya yakin, semua parti pembangkang takdak masalah dengan syarat-syarat PAS tu, termasuk DAP. DAP akan setuju dengan pindaan RUU Akta 355. Akan setuju dengan perjuangan melaksanakan hudud nanti.

Pasai kacau rumah tangga PAS tu rasanya DAP mahupun PKR dah tak kacau dah kot. Kan PAN dah ada. Semua geng Anwarinas dan "syaitan dalam jemaah" dah keluar dari PAS. Semua dah ada jawatan besar-besar dah. So, rasanya depa takkan kacau dah...

Lepas pindaan Akta 355 diluluskan nanti di parlimen. rasanya Tun M takkan reject dah draf hudud PAS. Saya yakin, semua kehendak PAS akan dipenuhi oleh semua parti-parti pembangkang... dont worry, okay...

PAS sekarang boleh demand apa saja yang depa nak dari DAP, PPBM, PKR, mahupun PAN. Boleh suruh depa semua sokong pindaan RUU 355 tu dulu dalam masa terdekat bila dibentang nanti dalam parlimen. Saya yakin, jangankan Khalid Samad, Tony Pua pun akan angkat tangan sokong.

Tentang bekerjasama dengan berpandukan Al-Quran tu, saya juga yakin DAP akan ramai-ramai belajar agama dari PAS. Semua akan fasih bertarannum. Hari tu depa ada pi Jordan dan Mesir kalau tak silap saya... kira okay dah tu...depa akan patuh pada panduan yang digariskan Al-Quran...

Jadi, dah takdak hal dah. Semua "kowtim". PAS akan masuk Pakatan Harapan tak lama lagi dengan PPBM sekali dalam masa terdekat, insyaAllah. Jika ditakdirkan Allah, depa akan dapat kalahkan BN pada PRU ke-14 nanti.

Siapa PM? Anwar Ibrahim jadi PM, insyaAllah. Siapa timbalan? Mungkin Kit Siang atau mungkin Guan Eng, insyaAllah. Tak pun, Azmin Ali atau Ustaz Hadi. Yang lain-lain boleh jadi menteri-menteri kanan..insyaAllah...

Jangan risau. Malaysia akan okay, insyaAllah. GST akan dimansuhkan. Semua jenis cukai akan dimasuhkan. Gaji minimum pulak akan ditetapkan pada RM1,500, mungkin lebih dari tu. RM5,000 sebulan, mungkin? InsyaAllah...

Puak LGBT pulak jangan risau, akan diiktiraf dan terbela lepas ni. Nak kawin jantan dengan jantan pun okay, pompuan dengan pompuan pun okay. Bersih nak buat himpunan kat Dataran Merdeka tiap-tiap minggu pun boleh lepas ni..insyaAllah...

Jangan risau, harga petrol akan diturunkan kepada 50 sen seliter. Kita negara pengeluar minyak, jadi mengapa bayar lebih? Kalau nak minyak lebih murah, mungkin boleh dapat di "Petron" nanti... InsyaAllah... 

Memandangkan negara kita antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, maka minyak sawit akan diberi percuma lepas ni.. pi mintak ja kat kedai Pak Mat tu.. semua free, insyaAllah...kalau dia marah, pi habaq kat PM time tu.. insyaAllah dia pi marah Pak Mat balik lepas tu...insyaAllah...

Sebelum saya terlupa, nak beritahu jugak la pasal pendidikan kat negara kita ni nanti semua percuma. Dari peringkat tadika, hinggalah ke peringkat PhD, semua free. Dah takdak dah PTPTN tu nanti. Yuran-yuran PIBG pun mungkin diharamkan. Kalau kena bayar pun, mungkin RM1 jer...insyaAllah

Ubat-ubat kat hospital semua free jugak tau. Sapa saja dapat rawatan kat hospital kerajaan, semua tak payah bayar apa-apa charge. Semua kerajaan tanggung, insyaAllah. Sekupang pun tak payah bayaq.. Hospital pakar akan dibuka di setiap daerah.. semua complete kat situ...setanding hospital swasta...insyaAllah..

Lagi satu, tol kat lebuhraya nuuuunnn.. lepas Anwar naik jadi PM nanti, insyaAllah depa akan musnahkan semua plaza-plaza tol.. sapa kutip tol time tu akan kena denda atau dihukum penjara. Konsesi tak konsesi, boleh blahhhh... insyaAllah...

Untuk penjawat awam, tiap-tiap tahun akan diberikan bonus 1 tahun gaji penuh. Kalau gaji RM1,500 sebulan, maka akan dapat RM1,500 x 12 bulan. Tiap-tiap tahun lagu tu selagi Anwar dan Pakatan Harapan memerintah, insyaAllah... 

Mungkin akan ada banyak lagi perkara-perkara baik untuk rakyat Malaysia yang bakal diumum nanti lepas Pakatan Harapan memerintah. Saya pun tak berapa tahu benda apa depa nak umum nanti. Mungkin dapat banglo sorang sebijik kot...?

Perkara-perkara di atas tu hanya jangkaan saya saja. Memang Pakatan Harapan ni terkenal sering mendengar suara hati rakyat... insyaAllah, semua permintaan kita lepas Pakatan Harapan perintah Malaysia akan DAP, PKR, PAN, PPBM dan PAS kabulkan.. insyaAllah...


Itupun kalau diizinkan Allah depa perintah Malaysia la kannnnn? Heh!

3 comments:

SUHARLI MASROP said...

Salam tuan.... kita lihat lah mereka ni berinzal dengan syoknya hasil kerosakan oleh tangan2 mereka sendiri.
TUAN, kami masih menunggu tentang buku yang tuan makaudkan tempohari yg akan membuka semua pekung manusia? Mabuk kuasa ini....

hah! said...

Tidak mustahil perkara di atas terjadi. Pasti negara aman dan makmur. Tapi..........mana depa nak dapat duit untuk kemewahan seperti di atas? Dari Amerika? Israel?

hah! said...

Tidak mustahil perkara di atas terjadi. Pasti negara aman dan makmur. Tapi..........mana depa nak dapat duit untuk kemewahan seperti di atas? Dari Amerika? Israel?

Bila Kak Su Bersuara... Heh!