Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, November 20, 2016

AKU, DUNHILL, SIRAP DAN KONVENSYEN UMNO KEDAH


Semalam berlangsung Konvensyen UMNO Negeri Kedah. Benar, aku hadir walau aku bukan sesiapa di dalam UMNO, hanya sekadar ahli biasa saja. Aku bukan pemimpin, aku bukan perwakilan, tapi menyebokkan diri kat majlis orang..

Dalam hiruk pikuk dewan yang besar semalam, tiba-tiba aku rasa sunyi sepi. Macam tidak ada orang di sekeliling. Macam aku seorang saja yang duduk dalam dewan tu.. bagai duduk di dunia lain.. bagai bersendirian walau aku tahu ada lebih 1,000 di dalam dewan ketika itu...

Aku lihat Pengerusi Perhubungan, Timbalannya, Adun-Adun, Ketua-Ketua Bahagian.. seorang demi seorang lalu di depan aku.. melangkah gagah dengan baju merah garang menyerlah...

Aku lihat pula ketua-ketua sayap Wanita.. berbaju kurung sopan, diiringi adik-adik Ketua Puteri yang bergaya dengan kurung pink mereka... 

Aku saksikan pula ketua-ketua Pemuda UMNO yang gagah perkasa, segak tampan dengan kemeja merah saga.. layaknya bagai hulu balang menjaga kedaulatan agama, bangsa dan negara...

Lalu aku lihat diri aku. Alangkah kerdilnya aku di tengah mereka yang hebat-hebat belaka. Dalam suasana yang meriah dan bersemangat waja, berapi-api melaungkan perjuangan anak bangsa menjelang PRU ke-14 yang bakal kunjung tiba...

Terasa terlalu kecil diri aku dipandang mata hati. Berbanding mereka-mereka yang berada di sekeliling. Menyorotkan diri perlahan-lahan, aku melangkah keluar dewan menuju suatu sudut terpencil... namun terpandang sosok kelibat seorang rakan yang aku kenali...

Setelah memencilkan diri ke suatu sudut, berbekalkan secangkir air, aku keluarkan Dunhill.. menyala dan menyedut dalam sebelum menghela...wajah rakan tadi hadir ke kotak memori...

Teringat kata Tok Det yang mahu gunakan module 2013.. aku terkenang detik-detik jerih payah berjuang bersama rakan tadi.. hanya bertiga, kami membongkar segala. Tidak menipu, tapi jelas berfakta. Tiada black ops.. malah segalanya benar-benar belaka...

Betapa kami susah ketika itu. Peluh meleleh bagai ditimpa hujan.. berpanas berhujan hingga demam-demam dibuatnya.. poket selalu kering tapi tidak pernah mengeluh durja.. segala kudrat dikerah, segenap tenaga kami teroka.. perit sungguh pengalaman itu...

Aku nyalakan Dunhill kedua.. dihirup sedikit sirap di tangan, kering pula rasa tekaknya. Aku menghela nafas lagi.. terbayang saat sayu menghubungi keluarga memberitahu lewat pulang.. kadang kala rasa berdosa tidak pulang ke rumah sehari dua..

Asap dihembus berkepul ke udara.. menerawang fikiran mengingatkan otak yang diperah-perah mengakali pelbagai isu dulu.. dilihat pula pada jari-jari yang mengepit puntung Dunhill.. merenung jari jemari yang tidak jemu-jemu bertari di papan kekunci... Aku bukan keyboard warrior, namun aku hanya menukilkan sebuah perjuangan...

Aku merenung jauh ke pintu dewan.. jika dibandingkan dengan mereka-mereka itu, apalah sangat yang hendak dikenang apa yang pernah aku lakukan... mereka jauh lebih berjasa.. Tanpa mereka-mereka itu, pastinya seribu tahun pun belum tentu UMNO tidak akan kembali menguasai Jelapang Padi ini...

Mereka jauh lebih berjasa dari aku sebenarnya.. dengan kebijaksanaan menyusun gerakan akar umbi, komitmen dan pengorbanan, kharisma yang dimiliki, sanggup zuhud menolak ego diri, kehebatan menyatukan pepecahan, kemampuan wang ringgit dan petah berhujah... pastinya takkan mampu aku tandingi segala itu...

Betapa kecilnya aku di sudut ini... Menyaksikan mereka yang amat berjasa pada agama, bangsa dan negeri... menyedarkan aku betapa berharganya erti sebuah perpaduan yang Allah sebutkan di dalam firmanNya...

Dunhill ketiga... seteguk sirap... aku bertanya pada diri sendiri.. apakah aku mampu lagi membantu mereka-mereka itu pada PRU ke-14 nanti..? Apakah jenis sumbangan yang mereka perlukan dari insan sekerdil aku ini..? Berdayakah aku memberi segala kudrat ku seperti dulu...?

Aku akui.. perjuangan kali ini kian sukar.. getir di Kedah tidak seperti di negeri lain.. mempertahan setelah kehilangan adalah lebih berat berbanding PRU ke-13 dulu.. Aku renung diri sendiri... 

Sekilas lalu menghembus kepulan putih.. aku terpandang sekumpulan anak muda.. Ya.. mereka mampu lakukan lebih dari apa yang aku mampu dulu.. dengan muafakat, aku yakin adik-adik itu mampu pertahan apa yang diperjuangkan dulu... terpalit sedikit kelegaan di hati...

Aku cepat-cepat habiskan sirap di tangan kanan.. keluarkan Dunhill ke-4, aku genggam kunci kereta... Ya.. module 2013.. aku yakin kami tidak akan biarkan Kedah dijajah sekali lagi.. Jelapang padi ini tidak akan dirosakkan lagi oleh tangan-tangan rakus itu... 

Aku kerling ke pintu dewan.. sekilas pandang pada adik-adik yang kuat bekerja.. aku senyum dalam hati.. aku berdoa.. aku tekadkan hati... aku pergi dulu... sampai kita ke temu lagi di lain waktu.. Wassalam....

2 comments:

Anonymous said...

Entah kenapa saya tiba2 sebak membaca tulisan duke kali ni

el halim said...

Tuan, teruskanlah perjuangan. Jika andai satu hari nanti tuan mengalami kekecewaan, sama ada dipinggirkan atau tidak bersetuju dgn kepimpinan, teruskan setia, walaupun berada diluar arus. Jadilah sesetia Musa Hitam, seperti Ghaffar Baba. Paling tidak pun seperti Khir Toyo dan juga Ku Li. Jgn menghinakan diri tuan seperti beberapa bekas pemimpin UMNO, sangat mengecewa dan menjengkelkan. Jika nak tegur, tegurlah secara berhemah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!