Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, September 11, 2016

KENAPA SAYA PILIH UMNO, BUKAN PPBM?

Sudah suratan takdirNya, PPBM diluluskan RoS dan maka itu rasmilah tertubuhnya satu lagi parti baru serpihan UMNO baru-baru ini. Saya ucapkan tahniah buat para pemimpin yang menubuhkan parti baru tersebut.

UMNO di sana sini sedang bersidang. Mesyuarat UMNO Bahagian di merata-rata tempat. Pelbagai pesanan dan ucapan berapi disampaikan pemimpin, membakar jiwa jati diri anak bangsa yang setia pada perjuangan agama, bangsa dan negara.

Tidak dinafikan, PPBM cuba "curi" ahli dan penyokong UMNO. Tak perlu cakap pun perkara tu sebab memang itu sasaran mereka untuk peringkat awal ni. Jadi tiada yang pelik jika mereka cuba "racun" kita untuk sertai mereka.

Saya pun ada yang cuba "pancing". Tapi saya tolak dengan baik. Ada la beberapa orang rakan saya yang sertai PPBM. Itu jalan yang depa pilih. Maafkan saya, jiwa dan perjuangan saya bersama UMNO, dulu kini dan selamanya...

Buruk atau sehina mana pun UMNO, ia tetap parti saya. Kalau Allah takdirkan UMNO tewas pada mana-mana PRU pun selepas ni, saya terima dengan redha. Kalau Allah takdirkan Kedah dirampas dari UMNO pun, saya akur dengan kehendak Allah...

Saya akan tetap bersama UMNO. Jika ada pemimpin yang bagus, maka mereka wajar diangkat, dan jika ada pemimpin yang tidak bagus, maka saya yakin kedudukan mereka akan ditentukan pada Pemilihan Agung UMNO, secara demokrasi dan adil.

Siapa yang kenal pendirian dan perjuangan saya, maka depa akan faham tentang pendirian saya. Saya berjuang untuk dasar-dasar parti dan bukan untuk pemimpin tertentu. Jika ada pun saya memuji mana-mana pemimpin, maka itu adalah hak saya untuk mengulas pandangan saya terhadap mereka.

Di Kedah mahupun di seluruh negara, saya akui ada pemimpin UMNO yang bagus, kurang bagus dan langsung tak bagus pun. Belum masanya saya untuk mengulas tentang mereka buat masa ini. Nantilah di musim pemilihan, kita ulaslah sikit mana yang patut.. 

Bila tertubuhnya PPBM dan berikrar mahu menewaskan UMNO atau BN, maka saya selaku orang UMNO perlu mempertahankan parti dari kekalahan. Namun dengan hanya 1 undi, apalah sangat yang saya boleh lakukan. Cuma blog inilah tempat saya meluahkan rasa dan jiwa perjuangan...

Saya bukan Anwar atau Tun M yang hebat dengan retorik politik. Saya lebih mirip golongan realistik yang berorientasikan keputusan (result oriented). Analoginya, jumlah like di Facebook tidak akan memenangkan orang itu dalam pilihan raya, sebaliknya undi merupakan satu-satunya faktor menang atau kalah seseorang wakil parti itu dalam pilihan raya.

Sepatutnya kita tidak mudah tertipu oleh retorik atau pengaruh. Kita patut berfikir dan gunakan akal yang Allah beri, bukan dengar cakap orang atau ikut arus popular. Perjuangan bukan bermaksud untuk menjadikan diri popular. Nak popular, sila jadi artis...

Saya tahu, kekal bersama UMNO dan tidak bersama Tun M, Mukhriz dan rakan-rakan saya yang lain adalah satu tindakan yang tidak popular. Tapi perlukah saya ikut arus popular itu walaupun saya yakin jalan itu sebenarnya bertentangan dengan kebenaran dan khilaf?

Jika saya fikirkan untuk menentang UMNO, lebih baik saya sertai PAS. Saya tegur dan "belasah" UMNO dulu pun saya sudah menjadi ahli UMNO. Kenapa saya tidak sertai PAS atau pembangkang lain? Kenapa saya masuk UMNO? Untuk makan dedak? Hahahahaaa... are you kidding me?

Dulu, ramai juga rakan-rakan saya yang masuk Keadilan (nama lama PKR). Sapa masuk Keadilan dulu memang popular. Kenapa saya tak sertai Keadilan time tu sedangkan saya masih tidak berparti ketika itu? Kerana saya sedang mengkaji dan belajar sebelum buat sebarang keputusan...

Betul saya menjadikan Tun M sebagai idola dan Mukhriz sebagai harapan sebelum ini. Tapi lepas mereka tubuhkan parti, cuba rosakkan dalaman parti dan sekarang cuba tewaskan UMNO pada pilihan raya, saya tak ada pilihan lain selain menentang mereka dan mempertahankan UMNO.

Maaf cakap. Saya bukan jenis serang peribadi. Saya lebih suka bercakap tentang dasar, sikap, pendekatan, polisi, perlaksanaan dan sebagainya. Saya tidak hanya berfaktorkan teori, tapi lebih kepada realiti yang berlaku di bawah. 

Saya akui memang pembangkang berjaya mempengaruhi segelintir rakyat, terutama di media sosial. Minda mereka dikorupkan dengan corak pemikiran negatif dan bertentangan dari agama Islam tanpa disedari oleh "mangsa-mangsa" yang terpengaruh itu. Itulah yang perlu diperbetulkan buat masa ini.

Persepsi. Pembangkang berjaya tanam persepsi negatif. Dicampur aduk dengan 1 atau 2 fakta benar, namun lebih dari 10 fakta kemudiannya akan putar belit semua perkara tentang suatu isu itu hingga ramai yang percaya. Padahal, ia hanyalah bohong semata-mata.

Mereka akan ulang-ulang tuduhan tu sampai ramai orang percaya, walaupun tak benar. Kaedah ni Yahudi selalu dok guna sampai sekarang. Dulu Tun M, Mukhriz dan Muhyiddin pun pernah kena strategi lagu ni. Depa pun tau. Dan sekarang depa guna balik untuk serang UMNO dan BN?

Bila bertengkar tentang isu dengan rakan-rakan. Bila kita buktikan tuduhan depa tak betul tentang suatu isu A, depa lompat pi isu B. Bila kita patahkan isu B, depa lompat pi isu D. Bila kita jawab dengan baik isu D, depa pi pulak isu C. Lepas jelaskan isu C dan buat depa "bisu", saya bayar dan belah dari kedai mamak..  Tapi depa tetap juga kata depa betoi? Ikut suka depalah...

Saya hormati keputusan semua pihak yang masuk PPBM. Itulah bukti demokrasi masih hidup di Malaysia walaupun Tun M kata "demokrasi dah mati". Siapalah saya nak bertengkar soal tu dengan Tun M. Dia lagi hebat dari saya.. 

Cuma saya mohon, hormatilah pula pendirian saya memilih untuk terus berjuang, kekal bersama UMNO dulu, kini dan selamanya. Saya ucapkan "dulu, kini dan selamanya" tu masa saya bersama Tun M dan hingga kini saya kekal dengan pendirian tu... 

UMNO tidak sempurna. Parti tertua negara ini pastinya banyak sejarah dan compang-campingnya. Namun insyaAllah, saya dan seluruh ahli serta penyokong UMNO akan terus berjuang untuk parti keramat bangsa ini sehingga ke akhir hayat. 

Jika pemimpin kami buat masalah yang kami yakin dia khilaf, insyaAllah akan kami cuba perbetulkan dia dan jika dia enggan, maka pemilihan agung UMNO akan menjadi penentuannya. Tapi janganlah harap kami percaya pada fitnah yang kian menggila kerana kami ada Islam sebagai bentengnya.

Namun jika saya dengan mata kepala saya sendiri, dalam keadaan waras dan rasional, setelah melakukan penyelidikan yang mendalam dan lengkap, maka saya tidak teragak-agak untuk menegur mana-mana pemimpin UMNO secara BERHIKMAH dan BIJAKSANA semampu saya mengikut kehendak ISLAM.

Jika nak pecat saya ketika itu, pecatlah dari UMNO. Saya redha. Tapi undi saya tetap pada BN, insyaAllah. Dan paling penting, saya takkan berpaling tadah atau khianat pada perjuangan parti. Itu pendirian saya.

Kami bukan red bean army, sebaliknya kami adalah pejuang agama, bangsa dan negara. Doakanlah kami, betulkanlah kami jika tersalah langkah, insyaAllah inilah pengorbanan kami sebelum kami menyahut panggilan Allah... Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar, wAllahu A'alam...

11 comments:

Anonymous said...

Syabas, terbaik lah.

Asal Bukan DAP (ABDAP) said...

Pejuang kepada pejuang..aku menghormati pendirian kamu...

Anonymous said...

Mahdey..din pagoh..boboi mggunakan pendekatan dan strategi yg sama bekas pihak lawan menyerang mrk.Maka..tak payah layan sgt krn agenda mrk lebih kpd agenda peribadi.
Nak kata mrk ingin selamatkan negara dgn mengatakan negara semakin bangkrap....tak nampak pun.Nak kata 1mdb sebagai isu utama...skandal zaman mahdey lebih teruk dan lebih dashyat.Nak kata ramai yg disingkir krn menentang najib...era mahdey lebih teruk dan dashyat.Sampaikan sistem perundangan banyak diubah demi meneruskan kelangsungan politik mahdey.
Sangat mghormati manusia berprinsip.Bukan jadi munafik bila agenda peribadi tidak dipenuhi.

Anonymous said...

Syabas,saya juga berpendirian begitu.umno semestinya ada cacat celanya namun perjuangan umno masih utuh berbanding pkr apatah lagi pribumi.tun m sanggup u turn 360 darjah tentang anwar dan kit siang setelah 18 thn memporak perandakan dan memecah belahkan umat islam dgn mcm2 propaganda. kini mahu org melayu menerima dap apatah lg anwar,sungguh amat memualkan.amat sedih melihat pengakhiran perjuangan tun m.terlalu sarat dgn kebencian dan hasad dendam sehingga mengaibkan diri sendiri pada usia 92 thn.

Tahniah buat penulis yg istiqamah memperbetulkan umno melalui kaedah yg demokratik dan beradab.sama2 kita memulih dan mengukuhkan umno.pemimpin dtg dan pergi tp parti tetap umno.syabas tuan.

Anonymous said...

Tahniah kerana menjadi pemangkin semangat dalam menghadapi suasana kini

Walau apa pun kata nista yang dilemparkan kepada UMNO. ia tetap utoh dulu kini dan selamanya. Ahli UMNO telah berpengalaman dalam perkara ini sejak dari dulu lagi dalam mengatasi masaalah apabila mereka yang tidak berpuashati keluar UMNO membentuk parti yang baru. Ahli UMNO sudah arif dan tidak mudah terpedaya dengan segala tohmahan dan fitnah. Hanya mereka yang tahu prinsip perjuangan yang akan terus memastikan yang UMNO akan terus menjadi tunggak kepada kepimpinan Malaysia khususnya orang Melayu.

Anonymous said...

Saya juga...Umno dulu kini dan selamanya... Walau fihina walau dicerca kerana Umnolah rakyat Malaysia khasnya orang Melayu dapat duduk sama rendah.berdiri sama tinggi dengan bangsa asing...kerana Umno lah ramai bangsa Melayu berjaya... Jutawannya..ilmuwannya..agamawannya...so jgn lekehkan Umno...

Anonymous said...

Jangan lg kita dipecahkan oleh bekas2 pemimpin yg kita percaya dlu..

Anonymous said...

terbaik!!!!!!!!!

Anonymous said...

Ana pun camtu..tetap bersama UMNO
Dulu, kini dan selamanya..hidup UMNO !

Anonymous said...

Ramai lagi pemerhati dan pengundi senyap macam Tuan..
Mana mungkin kita sanggup melupakan jasa dan bakti UMNO
kpd kita..ana sekeluarga tatap UMNO !

el halim said...

Jika PPBM tidak bekerjasama dengan DAP, mungkin mereka dapat memberi keyakinan kepada ahli UMNO utk menyertai mereka. Namun, Allah Maha Berkuasa kerana kerakusan PPBM mereka dah tersilap langkah.

Semoga kita, ahli-ahli UMNO terus istiqamah dan kekal dgn perjuangan parti.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!