Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, August 21, 2016

WARKAH TERBUKA DARI DUKE Part I


Sudah berkali-kali saya nyatakan kepada rakan-rakan sama ada di blog mahupun di luar sana bahawa jiwa dan perjuangan saya hanya bersama UMNO. Tapi masih ada lagi yang cuba "memancing", kononnya mampu menggoyah pendirian saya untuk bersama mereka menentang UMNO.

Beginilah. Saya tegaskan buat kali terakhir di sini bahawa UMNO adalah pilihan saya. Jadi, tak perlulah cuba racun saya lagi. Muktamad. Sebarang racun dalam bentuk rayuan secara lisan mahupun bertulis, tidak akan dilayan... heh!

Tolonglah hormati pendirian saya. Benar saya hormati Tun M. Tapi tidak semestinya saya ikut beliau untuk memusnahkan UMNO. Saya bukan jenis taksub kepada seseorang. Saya orang parti dan bila disebut "orang parti" maka saya perlu patuh pada prinsip berjemaah.

Jika saya solat berimamkan seorang Imam yang dipilih oleh ahli-ahli qariah, maka saya perlu patuh pada setiap pergerakan Imam tersebut ketika solat. Jika tak puas hati padanya, saya tak boleh meluru keluar saf dan tolak Imam itu ke tepi. Itu tidak dibenarkan dan dilarang oleh Islam.

Saya taat pada Tun M suatu ketika dulu ketika beliau menjadi Presiden. Di zaman beliau dulu pun banyak skandal jugak, cuma mas itu tidak ada media sosial dan taklah kecoh macam sekarang. Dalam Islam, saya wajib taat pada pemimpin yang dipilih secara majoriti oleh jemaah saya selagi tidak melanggar hukum syarak.


Tentang tuduhan-tuduhan terhadap DS Najib sekarang, saya berlapang dada menegaskan tidak ada satu pun mahkamah yang menjatuhkan hukuman beliau sebagai bersalah. Semuanya hanya berdasarkan tuduhan mulut, hearsay dan bersumberkan dari Claire Brown. Jadi, pada saya, Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Bukan mudah untuk menuduh seseorang itu sebagai bersalah. Dalam Islam, bukan mudah untuk tuduh seseorang itu berzina, merompak, mencuri dan sebagainya. Ia perlu ada bukti-bukti kukuh, pelbagai syarat yang ketat dan disepakati oleh hakim untuk diadili seadil-adilnya.

Saya ambil contoh jenayah zina. Bukan saja perlu 4 saksi, malah saksi-saksi itu pun perlu mempunyai ciri-ciri yang sangat ketat seperti tidak fasik, jelas penglihatannya dan melihat perlakuan zina itu seperti "cincin disarungkan ke cincin". Bukan mudah di zaman ini untuk mencari orang yang tidak fasik, amat jelas penglihatannya dan melihat perlakuan yang saya sebutkan itu.

Benarlah ada sumpah qasam. Tapi sumpah qasam itu perlulah turut diakui oleh pihak yang bersalah dan syarat-syarat yang lebih ketat perlu dipatuhi oleh mereka yang bersumpah itu. Dalam hal ini, DS Najib sudah berkali-kali melakukan sumpah qasam menegaskan beliau tidak bersalah.

1MDB? Sudahlah. Muak untuk disebut. Ia seolah sama saja seperti PM-PM terdahulu. Tidak ada bezanya. Yang saya tahu, Najib disahkan tidak bersalah oleh beberapa agensi yang diminta untuk menyiasat, termasuk PAC yang di dalamnya ada beberapa pemimpin pembangkang. Noktah untuk kes 1MDB. Muak saya hendak bertengkar.

DOJ? DOJ tidak mendakwa Najib. Yang didakwa oleh mereka yang dikatakan kenal dengan MO1 yang digembar-gembur sebagai Najib. Jika MO1 itu Najib, apa masalahnya? MO1 tidak didakwa pun. Jika ada pun yang diragui, mungkin ia berkaitan dengan boss-boss 1MDB sebelum ini, saya yakin ia tidak membabitkan Lembaga Penasihat sebab dibawah lembaga tersebut ada berlapis-lapis lagi yang membuat keputusan untuk 1MDB tanpa perlu merujuk kepada Lembaga Penasihat.

Tidak perlulah berdolak-dalik lagi. Melanggar UMNO, itu bermaksud melanggar saya. Melanggar Presiden UMNO, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, maka samalah ia melanggar Imam-Imam saya dalam perjuangan jemaah politik.

Jangan risau. Saya tetap meletakkan Islam ditempat yang paling atas. Namun dalam konteks parti politik, saya taat, patuh dan setia pada UMNO serta kepimpinan parti. Tidak sesekali saya akan derhaka pada UMNO, Presiden dan Pengerusi Perhubungan Negeri yang diamanahkan.

Terserahlah sama ada untuk bersetuju dengan saya atau tidak. Masing-masing punya pendirian masing-masing. Jika mahu orang hormat pendirian kita, belajar-belajarlah hormat pendirian orang lain. Kematangan dalam politik perlu di zaman ini.

Najib hadir ke Kedah hari ini. Ya. Saya berada di sana menunjukkan sokongan saya tidak berbelah bagi padanya. Jika mahu hina saya, hinalah. Namun saya tidak akan berganjak dari pendirian saya mempertahankan UMNO dari dimusnahkan.

Maaf. Saya bukan jenis bodek jilat atau seumpamanya. Saya jenis berterus terang. Saya akui, mungkin saya hanyalah seorang pejuang kecil di medan maya ini. Memang ramai lagi yang lebih handal. Saya mungkin tidak sehebat sahabat-sahabat lain, tapi saya ada pendirian saya dan itulah dia pendirian saya dulu, kini dan selamanya.

Harap maklum. Terima kasih.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah Tuan atas pendirian yang tegas dalam perjuangan politik demi agama bangsa dan negara.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!