Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, August 21, 2016

Sehari Bersama Sahabat-Sahabat Seperjuangan


Diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus bernyawa dan berjuang menyumbang keringat yang ada untuk parti UMNO di Kedah sudah cukup untuk membuat saya bersyukur kepadaNya. Saya akui memang getir, tapi saya tetap akan terus berjuang demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu.

Saya baru-baru ini diberikan kesempatan untuk bertemu dengan beberapa pejuang maya pro-UMNO dan BN di Kedah. Dari yang lama, hinggalah yang baru. Semuanya hebat-hebat belaka dan saya menghormati mereka sebagai sahabat seperjuangan.

Benarlah kata Tok Bashah, menangnya UMNO dulu di Kedah adalah atas dasar Muafakat. Jadi, amat sesuailah jika konsep yang sama beliau terapkan dalam pentadbiran kerajaan negeri mahupun di dalam gerakan parti di seluruh negeri.

Jika dirujuk pada konsep ini, semua pemimpin UMNO sama ada di peringkat Bahagian hinggalah ke Cawangan, mereka saling hormat menghormati dan sanggup mengenepikan perbezaan ideologi serta kepentingan peribadi demi MuafakatKedah dan MuafakatPolitikKedah.

Pada saya, tidak terkecuali juga kami sahabat-sahabat media maya pro-UMNO di Kedah. Kami juga perlu bermuafakat sesama kami dan mengenepikan perbezaan demi mempertahankan penguasaan parti di negeri ini.

Saya dimaklumkan bahawa selepas TMK beralih arah kepada Bersatu yang mahu "melanggar" UMNO, maka Allah telah takdirkan TCK sebagai penggantinya. Pada saya, TCK tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan TMK dulu. Tidak perlulah saya perkenalkan mereka kerana mereka sememangnya terkenal di ruang media maya khususnya di Kedah.

Alhamdulillah, saya melihat perkara ini sangat positif. Mereka berada di posisi yang betul, di atas landasan yang mantap dan kelihatan begitu bersemangat dalam perjuangan mereka. Saya secara peribadi salute habis kepada jentera-jentera muda pro-UMNO/BN Kedah itu. Tahniah bro dan teruskan perjuangan, memang mantap!

Saya sebagai orang lama, amat berbesar hati dengan semangat dan perjuangan yang ditunjukkan oleh TCK. Dalam kepayahan mereka berjuang, mereka tetap komited. InsyaAllah, saya akan terus memberi sokongan kepada TCK seikhlas mungkin... 

Apa yang saya nampak, kita mungkin berdepan dengan tugas getir nanti. TMK pun hebat juga kerana mereka sebelum ini memang "well train", khususnya di zaman UMB dulu. Ditambah pula dengan jentera maya parti pembangkang, mungkin kita perlu bersedia dengan perancangan yang lebih mantap.

Namun saya yakin, TCK mampu harungi segala cabaran getir itu. Saya positif. Kenapa? Kerana saya lihat TCK mempunyai kekuatan yang tersendiri yang tidak ada pada mereka. Tidak perlulah didedahkan, mana ada orang cerita strategi sendiri pada orang, kan? Heh! Kipidap bro!

Saya tidak sangsi. Teruskan usaha-usaha terbaik dari TCK demi perjuangan UMNO di bumi Kedah ini wahai sahabat-sahabat semua. Dengan MUAFAKAT, insyaAllah, saya yakin Allah akan redha dan merestui perjuangan kita semua. Selamat berjuang!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!