Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, July 10, 2016

SADA DAN MASALAH BEKALAN AIR KEDAH (PART I)


Lately ni saya tengok kecoh pasai takdak ayaq kat Kedah especially time Hari Raya baru ni. Bukan setakat rakyat ja yang bising kat SADA, MB Kedah pun join sekali "tibai" Aduan SADA yang sampai lebih 10 kali call pun tak angkat-angkat... heheheee...

Biasanya, kalau bekalan ayaq ni cantik pun, tapi kalau berlaku pertambahan bilangan pengguna khususnya bila ramai anak-anak Kedah balik kampung macam Hari Raya ni, maka memang terjejas la sikit bekalan ayaq tu...

Tapi yang berlaku kat Kedah ni sebenarnya bukan bermusim. Bukan setakat Hari Raya saja, sebelum ni pun memang banyak daerah yang dah bising kes ayaq takdak, tekanan ayaq rendah dan ayaq terlalu slow... bahasa kasaqnya, "macam orang kencin saja...".. heh!

Maksudnya, masalah bekalan ayaq ni memang dah berlaku dah sebelum Hari Raya baru ni. Cuma, bila "peak season" macam Hari Raya, maka bertambah parah la keadaan tu.. 

Ada pihak yang salahkan SADA. Ada pihak yang salahkan BN. Ada pihak yang salahkan Tok Bashah. Ada pihak yang salahkan arwah Ustaz Azizan. Ada pihak yang salahkan lori tangki. Ada pihak yang salahkan semua pihak tu...

Dah laaa.. tak payah la nak tuding jari kat sesiapa. La ni bukan masa untuk tuding jari kat sesiapa. Masalah ayaq ni memang dah lama berlaku. Sebelum zaman Ustaz Azizan lagi dah berlaku dah.. Kenapa? Apa punca berlaku masalah ayaq ni?


Sebenarnya, nak urus ayaq ni bukan mudah. Ia memerlukan perancangan yang strategik, secara berkala dan berterusan dipantau. Bukan setakat tengok paras ayaq kat sumber bekalan ayaq saja. Bukan takat tengok paip lama ka baru ka... Bukan setakat bukak pili ayaq kat rumah saja...

Saya bukan pakar industri air. Tapi saya pernah buat liputan, ikut meeting, briefing dan belajar la sedikit sebanyak pasai perancangan stratgik ayaq ni masa krisis air di Selangor...Tau la sikit-sikit.. 

Sumber bekalan air mentah kita takdak masalah. Empangan Pedu tu terbaik dalam negara bro.. El Nino pun dia steady ja.. Beris nak kering, tapi Pedu okay... Tak surut teruk, tak tercemar macam sungai kat Selangor nunnn... So far sumber ayaq kita stabil... Tak macam di Selangor, pakar kata krisis ayaq kat Selangor berpunca dari kekurangan sumber bekalan ayaq mentah dan peningkatan permintaan penggunaan yang tinggi... Standard la negeri maju...

Paip ayaq bawah tanah tu lagu mana? Ditukar secara berkala? Kalau berkala mengikut jadual "expiry date" paip tu, kenapa pulak ada yang kata NRW kita tu sampai 50%? Betoi ka 50%? Okay.. kita bagi diskaun sikit.. 45%.. boleh, kan? Sebab maklumat dalaman kata last reading kat paras 43%...

Antara "part" proses di water treatment plant
Kalau NRW 45%, maka memang tinggi kadar tu. Standard yang boleh kita kata okay pun hanya pada kadar 15-20% saja. Itu paras normal NRW. Kalau lebih 20% tu patut pihak pengurusan ayaq dah kena bising dah...Jadi SADA kena perati bab ni...

Macamana pulak dengan water pump? Ada tiga water pump, tapi hanya 1 saja yang berfungsi? Allahu Akbar! Takdak duit sangat ka nak tukaq water pump? Jangan gebang la kata SADA takdak duit.. nanti orang gelak! SADA patut check yang ni jugak...

Apa fungsi water pump? Water Pump tu dia pump ayaq dari loji ke rumah-rumah. Jadi, ia salah satu faktor turun naik tekanan ayaq. Sekarang ni banyak rumah yang alami tekanan ayaq rendah. Kalau rumah dua tingkat tu memang merana la. 

Kalau ada duit, boleh beli water pump kat rumah. Tapi kalau takdak duit lagu mana? Nak suruh SADA sponsor, memang takdak lah.. Jadi SADA beli la water pump banyak-banyak.. tukar la kalau rosak. Takkan tu pun nak kena habaq kot?

Saya tengah gather maklumat-maklumat dari pihak-pihak tertentu tentang masalah bekalan ayaq kat Kedah ni. Yang kat atas tu hanya asas saja untuk isu ni... Tok Bashah pun akan adakan meeting khas 12 Julai ni untuk isu ayaq ni.. So, kita kena tunggu la laporan rasmi... 

SADA tu anak syarikat Kerajaan Negeri. Status GLC. CEO SADA tu dulu KCS, tapi dah pencen dan depa kata kontraknya disambung sampai bulan 12 ni.. Saya tak sure betoi atau tidak. Tapi buat masa ni kita kena dengar dulu penjelasan dari pihak SADA...

Sejak isu ayaq ni meletup kat Kedah, SADA belum bagi respon sampai sekarang. Depa kata call pun tak leh nak jawab, betoi ka? Tapi dah ada yang cuba nak politikkan isu ayaq ni. Nasir Zakaria? Nak politikkan? Try la... jangan sampai back fire, lepas tu malu pada diri sendiri sudahhhhh... heh!


Apa yang saya tahu, sebuah loji kat Pokok Sena tengah dibuat. Jangka dalam tahun depan siap. Lega la orang Pokok Sena.. Kes kat situ sebenarnya dulu buat banyak sangat projek perumahan sampai tekanan ayaq jadi slow dan last sekali terus loooopppp.. heh! Sabar.. tahun depan siap loji untuk hangpa... kerajaan "zalim" yang buat untuk orang Pokok Sena...

Apapun...InsyaAllah, kita cuba sama-sama selesaikan isu ayaq kat Kedah ni...Cuma saya minta bertenang dan ingat pada Allah.. ni baru Dia tarik sikit ja nikmat dari kita... tak perlu maki hamun atau salahkan sesiapa... 

"La'in syakartum la aziiidannakum, wa la'in kafartum, inna 'azaabi la syadiiid..".. Jadi, kita belajarlah bersyukur dengan air yang sedikit, nescaya Allah tambah air tu nanti.. Amiiiinnn... 

1 comment:

Harapan Esok said...

Puak Mukris nak salahkan Mat Basyah la tu..haha!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!