Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, May 7, 2016

WARKAH TERBUKA BUAT DATUK ALIFF SYUKRI...Part I


Hampir sejam semalam saya tengok sidang media Datuk Aliff Syukri... Nak gelak pun ada... kesian pun ada.. nak tergelak sebab tengok gelagat dia.. kesian sebab rasa macam dia "lost" dalam permainan emosi dia sendiri...

Menonton Aliff semalam, saya tak kisah sangat dengan gelagat dia tu.. dah selalu tengok kat TV dah acting dia tu.. ditambah pulak dengan iklan senonoh dan "kurang senonoh" dia kat merata cerok.. saya dapat la simpulkan sikit-sikit dia ni ahli perniagaan yang jenis apa...

By the way, saya rasa pelik dengan beberapa point "panas" dalam PC yang Datuk Aliff buat semalam...


Kecoh betul dia cakap pasal isu TANAH tu.. saya tertanya-tanya.. apa kena mengena isu TANAH dengan tajaan Aliff Syukri untuk KFA? KFA ada banyak tanah ke Kedah ni? Kat area mana tanah yang Aliff maksudkan tu?

Saya nak tanya, Aliff tau tak perbezaan antara TAJAAN dan PELABURAN? 

Kalau PELABURAN, memang betul la Kedah ni sedia dengar "proposal" (cadangan) dari mana-mana pihak pun untuk bangunkan Kedah.. Banyak syarikat luar yang datang ke Kedah bawak proposal, termasuk yang tawarkan pelaburan secara usahasama.. 

Peniaga yang datang bawak proposal tu memang ada pengalaman buat development.. dari oversea pun ada.. depa pun kaya jugak macam Datuk Aliff... ada yang lebih kaya dari Datuk Aliff pun.. Tapi ada yang diterima, dan ada yang terpaksa ditolak... diterima atau ditolak, dah tentu ada sebab...

TAJAAN pulak, pada pandangan saya la... ia lebih kurang yang macam PKNK, Sada, Kedah Discover etc buat tu.. Kat negeri lain pun ada tajaan macam tu.. Takde la over-over nak itu nak ini.. 

Bila TAJAAN tu macam di Kelantan.. maka macam-macam la yang berlaku.. kalau perkara yang berlaku tu untungkan KFA, pemain dan pembangunan bola sepak, tak pe la.. tapi kalau sampai effect persatuan, players dan pengurusan bola sepak macam yang berlaku kat Kelantan tu.. rasanya tak payah laaa....

Lagi pun, kalau ikut strategi pemasaran... apa yang berlaku pada The Red Warriors tu hanya untungkan Qu Puteh je.. dia dapat publisiti, tapi bila TRW tak perform, dia boleh pulak ugut tarik balik TAJAAN? 

Pada saya, kalau betul nak bantu pembangunan bola sepak, cuba contohi Chevrolet, Vodaphone, Standard Charted, SADA, PKNK dan sebagainya.. Depa tak pernah ugut pun nak tarik balik tajaan.. kalau tak mau taja pun, depa akan tunggu hingga tempoh kontrak selesai dan tak teruskan...

Apa yang Datuk Alif buat dalam PC semalam tu rasanya dah kelirukan keadaan... Saya nak beritahu Datuk Aliff.. PENTADBIRAN KERAJAAN dan PERNIAGAAN SYARIKAT SWASTA adalah perkara yang sangat BERBEZA.. Kerajaan perlu jaga kebajikan rakyat dan syarikat yang jalankan perniagaan adalah profit oreinted.. 

Jadi, jangan la terasa hati atau sentap kalau Tok Bashah cakap beliau hanya jaga kepentingan dan hak rakyat negeri Kedah saja... Datuk Aliff, money is not everything.. Sejarah kami pernah lihat Pulau Pinang "hilang" akibat "tajaan perang"... kami tak mau la pisang berbuah dua kali...

Datuk nak buat Bandar D'Herbs? Bawa proposal tu ke Kerajaan Negeri, bukan KFA..! Tak payah la nak dapatkan publisiti dari kontroversi pihak "tertentu" yang sejarahnya "memang gagal" secara "lumat" dan menyusahkan Kerajaan Negeri Kedah... "Tahana" yang depa buat tu terpaksa Kerajaan Negeri jawab pada rakyat Kedah sampai sekarang.. Datuk Aliff tahu ke background depa tu?

Datuk Aliff.. jangan ingat bila buat PC sambil jerit-jerit macam tu boleh pengaruhi saya dan orang Kedah... Tak perlu pun nak salahkan Tok Bashah, KFA atau mana-mana pihak...lagipun memang saya yakin memang ada yang "TAK KENA" dalam agreement dengan KFA tu...

Semalam, lepas fikir panjang, saya fikir Datuk Aliff ni macam dah "kena main" dengan pihak tertentu.. Mungkin depa nak kaya cepat dan nampak peluang untuk perbodoh Datuk dan KFA.. mangsa yang teruk dikecam ialah Tok Bashah.. Naya je Tok Bashah kena... 

Datuk Aliff.. saya sarankan pada Datuk supaya calm yourself... Mungkin Datuk jenis yang susah nak calm down.. tapi cuba tenangkan diri tu... banyak buat homework dan selidik secara menyeluruh supaya tak kena "main" macam tu lagi...

Saya sebenarnya belum lagi dapat teliti "cadangan" atau "proposal" agreement yang pihak Datuk sediakan tu.. setahu saya, ada 3 kali pertemuan (meeting) dengan KFA dan dah tentu ada "stage" butiran yang dibincang... 

So far, saya hanya dapat "muka depan" proposal agreement tu saja... maybe kalau Datuk Aliff asyik nak mengamuk macam tu, mungkin KFA sendiri tak teragak-agak dedahkan kandungan sebenar 49 syarat "pelik" yang depa dok heboh tu...

InsyaAllah, jika saya dapat teliti proposal tu nanti, saya akan ulas... Datuk Aliff Syukri jangan risau.. saya jenis FAIR & SQUARE.. saya dengar dan teliti fakta dari kedua belah pihak... Kita cuba jernihkan keadaan demi KFA, bola sepak Kedah dan imej Datuk Aliff sendiri sebagai ahli perniagaan... 

Relaks Datuk.. InsyaAllah kalau Datuk datang ke Kedah, kita jumpa kalau ada kesempatan dan diziinkan Allah nanti...

8 comments:

Anonymous said...

Hahaha..mcmana plak isu tanah plak dato alif yg kena sedangkan ianya adalah drp kerajaan negeri sendiri?

MB sendiri yg nak bagi..

gabenor johor said...

lps ni kena keluarkan produk utk tenangkan jiwa kacau terlajak larissss

Anonymous said...

Bahana kalau PM dan 'Bakal' PM dari utara ( kedah lama)
Semua bekas PM dari utara banyak pelingkup tanah di Malaysia. .. bukan tanah jer lingkup pulau pun lingkup. ..Singapork dan PPinang tggy masa nk lingkup... org melayu dapat Pulau Batu Putih... tanah nilai tinggi dah kena 'swap' atas nama tajaan bolssepak. .. bola sepak tak kemana pun kalah 6-0 dng Palestine lagi... tanah yg potensi dah lebur atas nama konsep pengswastaan utk kroni dan anak beranak ... yg lingkup tanggung beban rakyat akhirnya... pemimpin pembangkang dari kedah lama bukan nk lingkupkan negara saja.. akidah dan iman pun boleh lingkup dng ajaran pluralism LGBT dan Syiah.... cukup2 la pemimpin dari utara ... najib dari selatan mewarisi pimpinan utara sedang bertungkus lumus utk krmbalikan negeri yg jatuh ke tangan pembangkang skg ini... perak dan tgganu dah krmbali kepada kjaan setelah PM asyik ..zzzzz...zzz..(kedah lama) serah 5 nrgeri pada pembangkang... insysllah Sgor dan Kelantan akan krmbali next PRU nnti... Sarawak sebagai petunjuk kepimpinan najib dari selatan mengemudi kegemilangan BN... cukup2 la bakal PM dari utara nih..... kenapa..?
Lu fikir la sendiri...

Anonymous said...

Kita tunggu prk utk parimen sg besar & kuala kangsar.

Mat Jann said...

Alhamdulillah, Sarawak kukuh dibawah BN. indikator penting kepimpinanan Najib. politik tahik yg dibawak pembenci Najib ditolak mentah2 dibumi Sarawak. mereka benci dn jelik dengan budaya gila dn jahiliah politik semenanjung. bkn mereka tk tahu isu sbb skrg semua bebas akses internet dr phone.

Pembenci Najib terutama ProToun dn DAP sdng kebingungan dn tgh perah otak nk bohong rakyat dgn apa pulak bila Sarawak menang besar utk BN?

Makan dedak?
Pengundi hantu?

sedangkan fitnah imdb dikisar2 hbis2 ikut logik BN mesti jatuh sikit kurang2nya. ini DAP yg hilang byk kerusi disamping BN kekal kukuh.

politik bodoh puakbebal semenanjung ditolak warga Sarawak.. terkinja2 maki caci Najib..puas hati sgtlah.. rsa megah.. akhirnya malu lh pd org Sarawak yg jauh bersopan bersusila dlm berpolitik brbnding yg disemenanjung pkai kopiah dn tdung ats kpla tp spt jahiliah.

Syabas buat BN Sarawak... bernanah sakanlah puak dedak expired protoun...

Anonymous said...

Northern PM are useless..... They are bankrupt PM in Malaysia....

Anonymous said...

Org bodoh bercakap...org pelingkup negara dia kata bagus...tukang jilat..

Blog Suami Isteri said...

Moga ramai lagi Jutawan melayu akan muncul insyaallah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!