Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 16, 2016

MAAFKAN SAYA TUN M.. SAYA HANYA LAKSANA AMANAH TUN M DULU...

Saya ada kat luar dewan time ni dulu...
Sepanjang hidup saya mengenal dunia politik sejak di zaman remaja lagi, saya amat sanjung Tun M... Saya menjadi dewasa di zaman Tun M... Saya juga orang Kedah macam Tun M.. saya ikut perkembangan Tun M sejak saya sekolah lagi...

Saya follow Tun M sejak saya tidak menjadi ahli UMNO lagi.. ketika arwah ayah bawa saya ke ceramah Mat Sabu dulu, dari situlah saya kenal Tun M.. tapi persepsi saya pada Tun M tak sama dengan arwah ayah saya yang akan tutup tv setiap kali Tun M bercakap di kaca tv.. memang arwah anti sangat pada Tun M...

Masa saya di universiti dulu, sebagai mahasiswa undang-undang, saya banyak jugak baca buku politik selain contract, tort, criminal dan sebagainya... Saya baca tentang pentadbiran, ideologi, konsep, teori dan banyak bincang dengan lecturer tentang dasar-dasar kerajaan.. semua tu kami kaitkan dengan perkembangan politik dan pentadbiran negara...

Masa reformasi dulu, memang saya ada kat KL.. biasalah, student UIA memang rapat dengan Anwar time tu.. tapi saya tak ikut berdemo.. hanya tengok dari jauh saja sambil lepak kat warung Amjal di "pulau" dekat dengan stadium hoki tu.. 



Betul saya kagum pada Tun M... tapi saya tak ikut Tun M membuta tuli... ada perkara yang saya setuju dengan Tun M dan ada juga yang saya tak setuju dengan Tun M... fair and square.. banyak jugak saya tak setuju dengan Tun M sebenarnya...tapi saya kekal neutral...

Prinsipnya, saya yakin Tun M pecat Anwar time tu bersebab.. Takkanlah Tun M nak pecat anak emas dia sendiri tanpa sebab.. memang saya pelik sikit... tapi lepas berbincang dengan beberapa lecturer berstatus "Dr." dan kawan-kawan, saya dapat la beberapa jawapan yang munasabah dari sudut akademik dan akal logik realiti politik...

Lepas Anwar masuk penjara dulu, dia tikam Tun M dari dalam penjara... dia guna wife dia sebagai proksi dan tubuhkan KEADILAN.. nama lama untuk PKR...tujuannya cuma satu, dia mahu jatuhkan Tun M atas dasar kepentingan diri nak jadi PM.. sebab tu "lawan tetap lawan".. marah sungguh dia kat Tun M time tu...

Maka masa tu ramai la time tu termasuk Tun M sendiri kata Anwar tu pengkhianat perjuangan UMNO.. ye laaa.. betul la tu.. memang khianat pun.. Dengan pengaruh kuasa, autoriti dan kharisma yang ada, Tun M menang dan kekal jadi PM sampai 22 tahun... masa Tun M resign, saya sendiri sedih sangat.. sebak sorang-sorang depan tv...

Sebenarnya, lepas BN menang besar pada 2004 dulu, saya juga ada buat kajian dan banyak membaca tentang Pak Lah.. method yang sama saya gunakan macam saya kaji tentang Tun M dulu... masa tu, saya dah mula dah attack dasar-dasar Pak Lah yang flip-flop, mengelirukan dan seolah tiada hala tuju...sorry Pak Lah.. no offense... 

Masa tu, saya dan rakan-rakan maya saya boleh kata tiap-tiap hari hentam Pak Lah...Saya hanya attack dasar, bukan peribadi... setahun dua lepas tu,  barulah Tun M masuk gelanggang balun Pak Lah tiap-tiap hari.. masa tu la saya dapat berjalan seiring dengan Tun M.. kalau tidak, asyik tengok dari jauh jer...

Satu masa, saya rasa bertuah sangat dapat duduk semeja, betul-betul duduk sebelah kanan Tun M.. kami makan bersama.. seronok sangat bro dapat sembang dengan Tun M macam tu.. mungkin Tun M tahu saya orang Kedah, maka kami sembang "rabung" sangat... banyak saya dapat nasihat dari Tun M time tu...

Tun M nasihat saya sebagai orang muda UMNO, saya perlu jaga parti.. Saya pegang kata-kata Tun M tu.. katanya, kalau nak ubah UMNO, kita semua perlu kembalikan budaya UMNO masa 1946 dulu.. which is he said it's very impossible.. dia sendiri pun tak mampu buat macam tu katanya...

Lepas Pak Lah turun.. Tun M masuk balik UMNO... masa tu pun saya diberi kesempatan yang serupa untuk bersembang macam tu dengan Tun M... masa tu Tun M nasihat saya sebagai blogger pro-parti, saya perlu guna saluran yang betul untuk tegur pemimpin UMNO jika ada silapnya...

Saya masih ingat, Tun M kata kat saya.. kalau pemimpin tu buat tak tau lepas ditegur ikut saluran, barulah boleh ditegur melalui blog... tapi dia tegaskan supaya teguran tu tak melampau sampai jejaskan UMNO dan kepentingan politik parti... perlu bijak, membina dan berhemah dalam teguran tu... Tun M tak bagi maki hamun atau attack peribadi pemimpin UMNO...

Semua yang Tun M pesan pada saya secara peribadi tu saya ingat sampai sekarang.. ye laaa.. bukan mudah nak dapat nasihat direct dari Tun M macam tu.. sebab tu saya ingat sampai sekarang...

Namun semalam saya sedih... sedih dan kecewa sangat.. Tun M dah langgar segala pesanan yang beliau sendiri bagi kat saya... Saya tak kisah Tun M keluar UMNO.. tapi bila Tun M kata UMNO perlu ditewaskan pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, maka saya tersentak!

Apa yang Tun M kata tu pada saya sangat bertentangan dengan segala nasihat dan teguran yang beliau berikan pada saya... Apa yang Tun M sebut tu menjejaskan UMNO dan BN secara politik.. Saya tahu, mungkin Tun M marah dan berdendam dengan Mohd Najib.. Tapi itu tidak bermaksud Tun M perlu "khianat" pada kepentingan UMNO sampai suruh rakyat kalahkan UMNO di PRK tu...

Saya tahu motif Tun M mahu jatuhkan Mohd Najib... tapi kalau UMNO kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sekali pun, masih tak cukup lagi majoriti untuk buat undi tak percaya pada Mohd Najib di Parlimen.. 

Jadi, mustahil sangat kalau pembangkang menang di dua PRK tu akan menyebabkan Mohd Najib jatuh.. Mohd Najib akan masih kekal sebagai PM walau UMNO tewas di dua PRK tu...Kenapa pulak Tun M mahu UMNO kalah? Apa motif sebenar Tun M? Takdak objektif pun...

Bila Tun M kata pengundi perlu sokong dan menangkan calon pembangkang, asalkan bukan UMNO yang menang, maka saya rasa Tun M dah menyimpang dari landasan perjuangan berjiwa UMNO. Lidahnya kini lebih berbisa dari lidah ketua pembangkang...

Maaf Tun M.. kali ni saya tak sokong kenyataan Tun M.. Tun M suruh saya jaga parti, kan? Maka saya jalankan amanah yang Tun M beri tu.. Saya tetap pertahankan UMNO dan mahu UMNO/BN menang di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar... Maaf Tun M... dah jadi lain macam melalut ni...

Jika Tun M nak sangat BN kalah, elok Tun M masuk mana-mana parti pembangkang atau tubuhkan parti baru.. kemudian, kalahkan UMNO yang Tun M benci sangat sekarang ni... Dato' Onn dulu pun pernah buat, takkan Tun M tak boleh buat? Lepas tu Tun M boleh ketuai pembangkang lawan dengan BN pada PRU 14... kalau geng Tun M menang, Tun M boleh lantik sapa saja yang Tun M suka untuk jadi PM... 

Apa yang Tun M kata tu bersalahan dari prinsip, ideologi, strategik perjuangan dan semangat jiwa kepartian... Itu pandangan saya... dan saya tak boleh sokong langkah-langkah Tun M yang menjejaskan parti.. itu pesan Tun M sendiri pada saya dulu...SAYA PERLU JAGA UMNO DAN KEPENTINGAN POLITIK PARTI... baca secara ilmiah dan prinsip kepartian...

Kalau Tun M tak puas hati dengan Mohd Najib, saya cadangkan supaya Tun M buat macam Ku Li dulu... lawan secara gentlemen... Tun M ada lebih kurang 2 tahun untuk bina kekuatan "Team B" dan berentap dengan "Team A" yang diketuai Mohd Najib nanti... itu lebih demokratik...sekarang time untuk pilihan raya.. bukan time nak "tikam" UMNO atau BN di mata rakyat...

Jadi, saya akan tetap berkempen untuk UMNO pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ni... Sapa saja yang "langgar" UMNO, maka perlulah berdepan dengan saya dulu... tak kiralah Tun M ke.. bro Mukhriz ke.. TS Muhyiddin ke.. 

No hard feeling.. saya hanya laksanakan apa yang dipesan Tun M... jangan marah atau terasa... itu keputusan dan pendirian saya.. hormati hak demokrasi saya sebagaimana mereka mahu saya hormat pada hak demokrasi mereka... titik.


7 comments:

Anonymous said...

Tak lama lagi nanti pemilik Blog ini akan dicop sebagai pemakan dedak nombor satu DS Najib. Tahniah saudara atas pendirian yang amat teguh terhadap parti. Inilah sikap yang perlu ada tetapi semakin tiada di kalangan ahli dan pemerhati politik dewasa ini terutama dari UMNO. Dari kalangan ahli pembangkang kita sedia maklum pendirian dan sokongan yang mereka berikan pada pemimpin mereka amat teguh walaupun apa pun yang berlaku.Seperti saudara saya juga amat sedih dengan pendirian Tun M hari ini. Namun dalam politik itulah cabaran yang sebenar iaitu cabaran dari dalam parti itu sendiri dan juga bekas ahli.

Cerita makan dedak ni lebih kepada untuk menakutkan dan menghina pendirian seseorang, namun pendirian Datuk Nazri Aziz berkaitan dedak ni amat menarik dan berani. Semua dedak dari PM TDM, PM Pak Lah hingga ke PM DS Najib semua dia makan habis. Memang betul punya kenyang dia ni. Silap gaya dedak PM yang akan datang pun dia akan kebas jugak.

Anonymous said...

Terima kasih Tuan kerana berpendirian teguh!.In shaa Allah prinsip yg sama juga akan sya pegang...

anakjati_sgway

Ramon said...

pendirian arwah bapa tuan sememangnya betul. Al-fatihah kepada arwah bapa tuan dan bapa saya.

Asaif Barkiya said...

Tun Mahathir adalah ahli politik bersifat korosif (Corrosive).Tiada mana-mana tempat yang tidak terkena kesan korosif yang merosakkan lagi bahaya.UMNO terkena kesannya dan bahaya kesannya juga akan terkena Pakatan Harapan dan sesiapa yang di hinggapi olehnya.Beliau bersifat merosak dan memusnah.Walaupun sepatutnya beliau bersara seperti kelazimannya tetapi perwatakan dan sifat semulajadi korosif tidak luput dan sentiasa aktif korosif.Maka untuk mengekang sifat semulajadi yang reaktif serta bahaya kepada politik Malaysia,pengneutralan adalah jawapannya.Ruang-ruang siber dan lapangan jurnalisma awam hendaklah menidakkan kehadiran virtual beliau dengan membeku apa jua bentuk berita secara langsung dan tidak langsung.Juga,apa-apa kaitan berita pautan juga termasuk di dalam pelan deaktifan.Kesan pengneutralan adalah jalan selamat untuk memberi kesan efektif secara total.Tun telah menghitamkan legasi beliau dengan sifat-sifat korosif beliau.

kak radi bicara said...

Kesian sungguh tun m kenapalah penghujung hayatnya dia jadi macam ni ,menjadi penghianat bangsa dab negara .

Anonymous said...

Mane2 abubakar yg glamor tk masuk sini ke?

Anonymous said...

Dedak adalah hampas padi yg diproses jadi beras. Siapa yg beri ayam itik makan dedak adalah pengusaha lazim ayam itik di negara inu ... faham2 lah ye. Org melayu biasanya beri ayam itik makan padi sbb ternak kecil2an je.Jadi budaya beri dedak ni bukan budaya org melayu. Yg bising2 skrg utk psyco skrg ni adalah puak2 yg amalkan doktrin yahudi utk melemahkan kerajaan melayu Islam skrg yg membuat bayak program2 terbaik utk rakyat secara terus. Mereka sangat iri hati. Sampai dlm kad hari raya & bualan di kedai kopi pun tak habis2 nak perli kita. Ingat2 lah ye kesabaran ada had nye. Ttg DrM mmg dia dah dlm kategori tua bangka & kemungkinan besar dsh nyanyuk. Cuba menjadi hero tetapi realitinya dia sdg dipergunakan oleh puak anti melayu / Islam. Waspada lah dan tetap berpegang kpd jatidiri melayu dan akidah Islam. Insyaallah selamat.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!