Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Monday, May 9, 2016

"KFA YANG TAWARKAN TANAH PADA ALIFF SYUKRI"?

Kita sama "slim", sama pakai "spec" la bro.. we are muslim brothers...
Masih ada lagi yang tak puas hati? Kali ni bab kononnya "KFA yang tawarkan tanah pada Datuk Aliff Syukri". Sebab tu proposal tu ada masukkan pasai agenda tanah tu dalam agreement.. itu yang depa kata kat Facebook...

Secara peribadi, saya salute Datuk Aliff Syukri dengan kejayaannya.. Dia betul berjaya. Marketingnya memang superb dan saya turut bangga dengan dia sebagai anak Melayu yang berjaya... 

Tulisan saya sebelum ni tentang isu tajaan DHerbs ni pun bukan bermotif untuk hentam atau perburuk Datuk Aliff.. tapi lebih menjurus kepada penyelesaian masalah yang berlaku.. Maka sebab tu saya ada tulis "mungkin Datuk Aliff dan KFA dah kena main"...

Berbalik pada dakwaan "KFA yang tawarkan tanah pada Datuk Aliff Syukri" tu, saya tahu kenyataan tu dibuat oleh Datuk Aliff sendiri. Saya dua kali repeat tengok PC yang Datuk Aliff buat tu.. Dan sebab kenyataan tu keluar dari mulut Datuk Aliff, maka sebab tu saya juga ada sebut that "he might be misleaded by somebody"... Tau maksud "misleaded"?

Saya dah tanya sumber dalaman sendiri. Disahkan KFA TAK PERNAH OFFER TANAH PADA DHERBS UNTUK DIBANGUNKAN. Bukan sekali saya tanya, tapi berkali-kali. Saya ulang tanya sebab saya nak kepastian dan pengesahan.

Sumber saya kata, memang ada pihak Datuk Aliff dok sebut pasal projek pembangunan tu. Tapi perkara tu tak dibincang untuk dimasukkan dalam proposal agreement taja KFA. Katanya, perkara tu disebut di luar konteks proposal taja KFA saja.. 

Maksudnya, mungkin lepas settle bab tajaan KFA tu, maybe DHerbs boleh jalin usahasama dengan Kerajaan Negeri tentang apa-apa projek pembangunan. 

Jadi saya nak soal, siapa yang pandai-pandai offer tanah di Bandar Sejahtera tu pada Datuk Aliff, TANPA PENGETAHUAN DAN PERSETUJUAN KFA? Saya tak minta dijawab soalan tu secara terbuka. Tapi Datuk Aliff boleh cuba tanya perkara tu pada KFA sendiri, SECARA DIRECT TANPA ORANG TENGAH...

Terbaru, saya dapat tahu pihak tertentu ada hubungi pihak KFA menerusi "text", dipercayai cuba nak ajak jumpa balik untuk bincangkan tentang isu tajaan ni.. 

Pandangan saya secara peribadi, jika benar pihak Datuk Aliff berhajat sangat nak MELABUR dan MEMBANGUNKAN SOSIO-EKONOMI KEDAH, maka dia boleh direct jumpa dengan KERAJAAN NEGERI... tapi saya ingatkan sekali lagi, TANPA ORANG TENGAH..

Saya bukan apa... saya tak mau Datuk Aliff "misleaded again". Mungkin Datuk Aliff minat nak invest di Kedah. Tapi gunakan cara yang lebih transparent, bawa proposal, bincang stage by stage dan kalau dah tandatangan agreement, baru buat sidang media... 

Kalau nak taja jugak pasukan Kedah tu, mungkin Datuk Aliff boleh pi jumpa dengan CEO Sada, atau CEO PKNK (sebut betul-betul Datuk Aliff.. PKNK..) dan tanya depa macamana cara dan kaedahnya depa taja pasukan Lang Merah selama ni... Kalau nak lebih mantap, boleh tanya Standard Chartered, Chevrolet, Samsung dan penaja-penaja kelab bola sepak dunia yang lain...

Saya hormat Datuk Aliff Syukri dan saya minta jangan sesiapa pun kutuk dia.. Setiap orang tu ada kelemahan dan kelebihan... Kalau terlajak sekali pun, saya yakin pada konsep Islam tentang "memohon maaf dan memaafkan" orang...

Cuma saya mohon pada Datuk Aliff... kalau betul ikhlas dan berminat, janganlah guna orang tengah, ejen, consultant, wakil dan sebagainya untuk nego... keliru jahanam habis nanti kalau depa "mislead" Datuk nanti... 

So Datuk Aliff.. Chill brader... Teruskan "terlajak" ke arah yang lebih positif... 

10 comments:

Anonymous said...

wahhh...artikel nie menjurus ke datuk aliff jer yea, x tercuit sikit pun kat KFA yea...hhhhmmmmm yea lah...mat bashah oiii...tolong2 ler tgkkn blog nie, byk die wat keje nie...xkan kosong jer...

Anonymous said...

Kalau Datuk Aliff Syukri beri kenyataan fitnah, maka KFA terutama Presiden dan Bendahari KFA samanlah Datuk Aliff Syukri, malahan Datuk Aliff Syukri dah cabar bahawa jika kenyataan dia itu tak betul dan fitnah, maka dia akan beri RM 100 juta.

Apa lagi Presiden dan Bendahari KFA yang bermasalah, silalah saman, mana tau dapat RM 100 juta, 25% dah RM 25 juta, boleh masuk poket sendiri, ada baki lagi RM 75 juta, lepas tu katalah 'tahulah macam mana KFA nak uruskan dana ni', bukannya payah pun kan.

Saya menunggu pihak KFA terutama Presiden dan Bendahari KFA untuk menyaman Datuk Alif Syukri dalam isu ini, jangan jadi macam Najib sudahlah, sudah lebih 50 kali Selasa sejak dia ancam nak saman WSJ pada bulan Julai 2015, tapi sampai sekarang langsung tak saman WSJ lagi, sebab Najib sendiri takut nak bawa kes ini ke mahkamah, takut makin banyak yang terbarai.

Harapnya Presiden dan Bendahari KFA beranilah saman Datuk Aliff Syukri ye, ke takut nak saman sebab takut makin banyak yang terbarai mahkamah pula?

Berani kerana benar, takut kerana salah, kita tunggulah apakah KFA terutama Presiden dan Bendahari KFA ni berani saman Datuk Aliff Syukri sebab mereka yakin mereka di pihak benar atau mereka takut nak saman Datuk Aliff Syukri sebab mereka memang ada buat salah dan takut lagi banyak terbari di mahkamah kelak.

Sekarang ni pun Presiden KFA si Bashah Boboi tu dah moderate dia punya facebook, tak boleh nak komen lagi dah, takut rakyat hentam dia lagi teruk pasal isu ini.

Walau apa pun, perkara yang berlaku ini adalah amat memalukan negeri Kedah dan rakyat Kedah, tindakan tidak profesional, tindakan terburu-buru, tindakan kurang adab dari pihak pengurusan tertinggi KFA terutama Presiden dan Bendahari KFA telah mencemarkan maruah bola sepak Kedah, mencemarkan maruah negeri Kedah, mencemarkan maruah rakyat Kedah.

Oleh itu sila saman Datuk Aliff Syukri untuk buktikan tindakan Presiden dan Bendahari KFA itu adalah betul untuk memulihkan maruah negeri, rakyat serta bola sepak Kedah.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

Saman menyaman kerja buat Al Juburi. Lepas tu 60 kali tangguh kes. Orang yang dok desak saman menyaman ni lebih baik hantuk kepala bapak dia dengan kepala pak mertua dia.

Bukan nak cari jalan tengah selesai masalah hanya hati setan saja suka tengok sesama Islam berpecah belah. Patut lah terbakar jadi abu.

Anonymous said...

Ini kecoh pasal tajaan RM30juta sudah masuk macam main politik. Semua komen banyak sekali unsur politik diterlibatkan bersama walaupun isu sebenarnya adalah nak bagi atau tidak RM30 juta tu sebagai tajaan kepada pasukan bolasepak Negeri Kedah.
Banyak orang tak boleh kasi beza itu TAJAAN dan PELABURAN sebab hati ada banyak hitam pasal benci sama itu baru punya pentadbiran Kedah. Ini admin blog sudah banyak kali kasi jelas tapi ramai orang mau cakap dari sudut politik jugak. Ini bolasepak...ini sukan...tapi ramai orang mau angkat kesempatan mau kasi buruk kerajaan dan sama dia punya MB.
Apabila hati sudah tarak betul dapat RM100juta sponsor pun gerenti ada tarak betul punya cerita akan keluar punya. Ini namanya PERSEPSI. Agama cakap itu FITNAH. Betul atau tak kasi jalan cerita dulu. Orang ada dengar sendiri fikir ada betul atau ada salah.

Anonymous said...

terlajak laris ni agen untuk memburukkan MB
terlajak laris ada agendanya tersendiri

Anonymous said...

Apa korang nak pening sangat...
Sapa yg tak nak klu ditaja sampai rm30juta
Klu ditolak tu tentu ada yg berat sebelah...
Nak taja..taja jer lah..

Ttg mb berdiam diri..biarlah krn dia bukan standard kecoh2...
Kecoh2 pon...silap2 hari bln makin bercelaru bagai...
Lagipun blm ada tandatangan dan diam lbh baik dpd melayan karenah pihak2 yg menegak benang yg basah....

Anonymous said...

ko kerja lain takda ya .... asyik kasi bakor kasi bakor ... dah lumrah nak bakor jer kerjanya ... jgn buang masa buat benda yg byk buruk dari baik ... KFA fokus hal bola sepak ... Datuk Alff focus biz dia ... DSN fokus pimpin negara.... specise yg lain seangkatan madey dan abu baker ni suka hati lah nak buang masa .. go fly kite !!!

Anonymous said...

Jadi manusia jgn otak letak kt lutut.. sibuk nk suruh saman menyaman.. ingat MB kedah tu takda kerja nk naik court je? baik dia gunakn masa tu utk majukn kedah..

Anonymous said...

Tak semestinya yg laris berterusan larisnya. .tidak mustahil satu hati bankrap..sediakan payong sebelum hujan..

Anonymous said...

Erk.. tidakkan dia taknak taja kedah pabila bertukar MB dulu?
Maaf.tertinggal keretapi

Bila Kak Su Bersuara... Heh!