Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, May 8, 2016

ISU KFA TOLAK TAJAAN: "USAHASAMA" DAN " KFA OFFER TANAH"...


Nampaknya ada yang tak puas hati bila saya berikan pandangan saya berhubung isu Datuk Aliff Syukri VS KFA yang kemudiannya menjadikan Tok Bashah sebagai "mangsa" keadaan.. 

Saya faham, mempertahan seorang MB yang ditabur persepsi negatif mungkin dianggap tak popular dan menongkah arus persepsi sesetengah pihak yang kurang mengerti... Mungkin sebab tak baca sampai habis dan tak faham apa yang cuba disampaikan.. tapi cepat buat kesimpulan sendiri..

Ada yang bangkitkan tentang isu projek pembangunan "usahasama" dan isu "tanah".. dua perkara yang saya dah tulis, tapi mungkin ada yang kurang jelas, tak faham atau buat-buat tak faham... Saya jelaskan sekali lagi pasal dua isu tu...


Saya dah cakap dah sebelum ni tentang "USAHASAMA" tu... bila sebut bab projek yang tidak membabitkan soal bola sepak dan bidang kuasa KFA, maka ia tidak tepat untuk dicadangkan dalam TAJAAN dari pihak Datuk Aliff.. 

Maksudnya, sama ada projek pembangunan Bandar D'Herbs tu atau mana-mana projek sekali pun, maka ia sepatutnya dicadangkan kepada Kerajaan Negeri... bukan KFA. Yang uruskan projek-projek pembangunan ekonomi dan sebagainya adalah Kerajaan Negeri, bukan KFA...

Seumur hidup saya, tak pernah dengar lagi persatuan bola sepak negeri luluskan projek pembangunan yang berada di luar bidang kuasa depa.. Contohnya, projek Aman Central dulu diluluskan Kerajaan Negeri, bukan KFA.. 

KFA contohnya, mungkin boleh luluskan projek skrin LED yang tunjuk score perlawanan...depa tak luluskan projek pembangunan ekonomi macam di KTPC, Rubber City, UTC, Kampus KUIN, KXP atau sesuatu yang berada di luar bidang kuasa.. orang belajar pentadbiran di universiti tahu prosedur ni... 

Betul Datuk Aliff kata projek tu "usahasama".. tapi ia usahasama dengan Kerajaan Negeri Kedah... bukan KFA.. Bendau tu di luar bidang kuasa depa...Jadi, tak heran la kalau KFA tolak syarat tu atau buat keputusan tolak proposal tu...

Dah jelas ke isu "USAHASAMA" tu? Saya nak cerita bab "tanah" tu pulak...Bila sebut bab "tanah" ni.. saya rasa ada yang "terkena" nanti.. "back fire" maksud saya... Dah faham bab "usahasama" kat atas, maka ia akan berkait dengan isu "tanah" ni jugak...

Ada orang kat Facebook kata "konon"nya KFA sendiri yang offer tanah tu kat Datuk Aliff... betoi ke fakta tu? Atau itu hanya "misleading" pihak tertentu? Saya yakin Datuk Aliff sendiri telah di "misleading" oleh pihak berkenaan...

Sebab tu dalam tulisan saya sebelum ni saya ada sebut mungkin Datuk Aliff sendiri dah "kena main".. Sebab apa? Sebab setahu saya, KFA MEMANG TAK TAHU APA-APA pasai "offer tanah" tu... Dan tak pernah offer apa-apa...

Jadi, jika benar Datuk Aliff kata KFA yang offer tanah tu kat dia, maka saya nak tanya siapa yang offer tu? Siapa? Consultant? Ejen? Ada surat lantikan? Jika ada surat. boleh tunjuk "klausa" lantikan tu tak?

Macamana so called "wakil", "consultant" atau "ejen" boleh buat offer tentang sesuatu yang bukan bidang kuasa dan tak diberitahu KFA akan terkandung dalam syarat tajaan? Pandai-pandai buat offer sendiri ke?

Kalau betul Tok Bashah sendiri buat offer tu atas kapasiti MB Kedah, saya cabar pihak Datuk Aliff saman KFA. Tengok boleh menang atau tak boleh menang saman tu... Kenapa saya berani cabar saman KFA? Sebab saya yakin saman tu tak boleh menang.. Orang belajar undang-undang tahu hal ni...

Pandai-pandai pulak offer yang bukan-bukan "on behalf KFA? Padahal yang di offer tu takdak kena mengena pun dengan KFA... Sebab tu saya mintak semua pihak faham tentang perkataan "PELABURAN" dan "TAJAAN"... dua perkara yang berbeza termanya...

Saya rasa cukup kot penjelasan kali ni.. kalau tak faham jugak, itu bukan masalah saya lagi dah sebab ramai lagi yang dah faham tulisan saya sebelum ni... 

Cuma saya perlukan sedikit masa lagi untuk dapatkan butiran terperinci 49 syarat dari pihak Datuk Aliff tu... khabarnya, proposal agreement tu pun bukan Datuk Aliff yang buat sendiri.. khabarnya ada pihak lain pulak yang buat...

Kalau dapat butiran tu, mungkin ada yang dapat RM100 juta... boleh la taja Kedah lepas ni "tanpa syarat"... heh!

8 comments:

Anonymous said...

Kalau apa yang dinyatakan oleh Datuk Aliff Syukri tu dikatakan suatu pembohongan, maka KFA samanlah Datuk Aliff Syukri.

Kerana apa yang jelas Datuk Aliff Syukri hanya membuat sidang media selepas beliau didakwa hendak merampas tanah di Kedah sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah sebaliknya.

Malahan mengapakah pihak KFA tidak mengadakan sidang media bersama dengan Datuk Aliff Syukri mengenai perkara ini tetapi tetiba sahaja buat sidang media sendirian malahan berdasarkan kenyataan oleh Datuk Alif Syukri bahawa pihak KFA sudah bersetuju untuk tandatangani kontrak penajaan itu walaupun ditangguh sebanyak dua kali.

Kalau apa yang Datuk Alif Syukri nyatakan itu tak benar, maka samanlah beliau, tak payahlah merapu tak tentu hala lagilah, orang makin hari makin meluat dengan Bashah Boboi ni, dasar penipu!

Buat malu negeri sahajalah orang macam ni, inilah ambik lagi lulusan SRP yang kuat lena jadi MB, lingkup negeri dikerjakan oleh manusia macam dia ni.

Sedarlah semua.

Salam perjuangan A Ba Ta,

Ikhlas daripada,

Abu Bakar

Anonymous said...

Kalau ia berkaitan dengan TAJAAN - itu boleh la berunding dengan KFA...

Kalau ia berkaitan dengan PELABURAN - itu baru bersangkut paut dengan kerajaan negeri...

Yang bodoh bin bebalnya manusia yang sokong Datuk 'beli' terlajak laris tu, bidang kuasa KFA dan kerajaan negeri pun mereka tak dapat bezakan.... nak buat usahasama berkaitan tanah, ia berstatus PELABURAN, bukannya TAJAAN....

Anonymous said...

Ini lah bahana bakal PM dari utara yg diwar warkan selama ini..... semua PM dari utara ninsemua pelingkup tanah melayu.... bukan setakat tanah pulau pulau pun dah ada yg dipelingkupkan spt Singapore... P Pinang tunggu masa dulu dipajak pada Sir Francis Light... PM kaki 'zzzzz...zzzz' 5 negeri serah pada pemnangkang sekarang ni ada tanah nak ' swap' dng tajaan bolasepak .... bolasepak 6-0 dng Palestine masih segar lagi... ada tanah ug nilai tinggi sudah diberi pada kroni cina dan anak beranak atas nama pengswastaan... bila dah rugi minta rakyat bailout..... semua kroni dapat tanah free atas nama pengswastaan... spt tajaan kafa 30juta nilai tanah 60juta.... Dherbs dapat tanah free dng harga diskaun 50%....mcm kes LGE banglo lajak laris... ini lah bakal PM yg diwar warkan dari utara itu.... mme nak bagi lingkup tanah orang melayu.... akhirnya melayu dapat batu ajer...
Pulau Batu Putih.... semua PM dari utara mme happrak dan pelingkup tanah org melayu

Anonymous said...

Wahai abu. Awak boleh bezakan antara tajaan dan usahasama? Selepas itu cari maklumat adakah KFA ada kuasa ke atas tanah atau kerajaan negeri yang punya kuasa? Bashah adalah presiden KFA dan kapasiti ini tidak boleh digunakan untuk bashah buat keputusan soal tanah sebab KFA bukan kerajaan negeri. Ia hanya persatuan sukan. Lainlah jika soal ini dibawa dalam sidang dun atau mesyuarat exco yang nantinya akan jadi bahan gelak orang. Wahai abu, jangan dihina taraf akademik seseorang sebab kejayaan manusia tidak semestinya berada bersama sijil atau ijazah. Adakah datuk awak lulusan degree juga? Jika tidak maknanya datuk awak bodoh jugalah. Boleh saya kata begitu atau awak akan rasa marah? Jadi, jangan menghina jika tak mahu keturunan awak juga dihina.

Anonymous said...

Abu lah Abu...... bende clear cut ini macam pun hang bleh berbelit...... cerita simple lah kan..... aku rasa itu "ejen" sudah kasi proposal kpd dato alif... benda ni berlaku agaknya sebelum tok bashah jd MB kut..... so ada lah sorang makhluk keturunan karala ni pun buat swap offer..... untuk dato alif taja KFA. bila keturunan karala tertungging ma ka untuk MEMASTIKAN tawaran tu tak tersungkur.... depa masukkan lah dlm syarat kontrak .....nampak tak? aku tanya..... sblum dato bashah jadi MB..... D' herbs dah sain contract ker belum? belum..... cuba dengar bebetul apa dato alif kata pasal cadangan tanah tu........

Anonymous said...

abukabar tu pemakan tegar dedak bapa mockeriss.. jgn heran sgt la komen dua xde cukup waras.
dendam protun mockeris pd DSN dn Tok Bashah amt2 tebal spt dendam zionis pd pnduduk Palestin.
so watch out isu ini.. siapa sbbrnya hantu raya dibelakang proposal tu.. kt kedah byk penyangak dr pemikir..

Anonymous said...

All PM from northern are SUCKS
All opposition leader from Northern are FUCKING SUCKS

Anonymous said...

Tanah dan KFA 2 perkara yg berbeza. Kalau dicampur aduk nanti caca marba. Setuju dengan tindakan MB kedah dan KFA tolak tajaan kerana ia umpama telunjuk lurus kelingking berkait.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!