Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, April 17, 2016

APA KHABAR PAS DAN GENG "HARUM MANIS" DI KEDAH? Heh!


Petang tadi, saya berjumpa dengan beberapa orang sahabat PAS saya.. dah lama tak ngeteh... so bila ada sedikit masa terluang, kami jumpa la berborak sesama kami... Alhamdulillah, walaupun berlainan ideologi politik, kami bersahabat baik sampai sekarang...

Bila jumpa sahabat-sahabat PAS saya ni, antara topik wajib yang kami sembang adalah bab politik. Depa ada cakap bab Mukhriz, depa ada sebut bab Tok Bashah... Tapi paling gamat ialah tentang PAN... Hahahahahaaaa...

Saya tak pasti sama ada saya jadi mangsa "false flag" atau tidak petang tadi... tapi cara depa cerita tu menunjukkan sesuatu yang agak pelik pada saya...

Depa kata, PRU 14 ni tak berapa best.. sebab depa tak berapa ready untuk tawan Kedah.. Depa kata, depa takdak pemimpin yang boleh jadi MB sekarang ni... Lepas arwah Ustaz Azizan, depa dah tawar hati tengok apa yang berlaku dalam PAS Kedah...

Saya sebut antara beberapa nama yang mungkin boleh dijadikan MB kalau PAS menang.. antara nama yang saya sebut ialah Amiruddin Hamzah...

Depa kata, Amiruddin tak boleh sebab takdak "ruh ulama" dalam diri dia.. Amiruddin dikatakan belum cukup "pekat PAS" dan diragui statusnya...Antara sebab depa kata lagu tu ialah tindakan Amiruddin tolak bila ditawarkan jadi Pesuruhjaya PAS Kedah...Then, depa ada la cakap "a few things" pasal Amiruddin... saya tak boleh sebut kat sini...

Depa kata, semua aktivis PAS sekarang ni masih dalam mood "pembersihan". Kat Kedah ni depa kata ramai yang "harum manis". Maksud depa, "hijau di luar, oren di dalam"... bukan setakat ahli PAS saja yang "harum manis", Ahli Parlimen dan Adun PAS pun ada jugak yang "harum manis"!

Depa ada sebut beberapa nama, tapi saya tak boleh sebut kat sini... Tapi rasanya ramai yang boleh teka dengan tepat tentang siapakah gerangannya "harum manis-harum manis" yang dimaksudkan tu... Sahabat-sahabat saya tu jangka pemimpin PAS "harum manis" tu akan lompat bila PRU 14 dah dekat nanti...

Depa kata, PAS tak mau pecat depa.. PAS nak depa keluaq sendiri... tapi bila buat lagu tu, maka ramai jugak ahli yang akan keliru dan kerja-kerja "pembersihan" agak susah depa nak buat... Bila jadi lagu tu dalam tempoh terdekat sebelum PRU 14, maka PAS mungkin akan jadi caca merba sikit...

So far, depa katanya dah identified beberapa pemimpin PAS "harum manis" dan pengikutnya di Kedah... depa ada beberapa "game plan" dan strategi untuk hadapi puak-puak ni... yang tu pun tak boleh cerita kat sini... strategi mana boleh cerita... hahahahaaa...

Bila saya sebut nama Dr Fakhruddin, muka depa berkerut... depa kata Pesuruhjaya PAS Kedah tu okay... cuma belum cukup pengalaman, belum cukup berpengaruh dan ada beberapa kelemahan berbanding arwah Ustaz Azizan.. Bro! Mana boleh banding dengan arwah... it's not apple to apple la bro...

Tapi sahabat-sahabat saya tu kata depa akan bantu Ust Fakhruddin.. Cuma depa perlukan masa yang lebih dari 2 tahun untuk "polish" Dr Fakhruddin... banyak kerja nak kena buat dan atur.. Memang dia akan jadi calon dan perlu menang... tapi.. ada tapinya.... heheheheee... takleh cerita!

Sentuh pasai UMNO di Kedah... depa tak hirau sangat dengan apa yang berlaku. Depa seronok tengok Mukhriz serang Tok Bashah... Depa anggap Tok Bashah tu mangsa keadaan... hahahahaa... yang tu memang saya gelak besar...Mangsa keadaan? Cuba explain sikit...

Depa kata, memang betoi Mukhriz tak perform kat Kedah... Mungkin Mukhriz famous kat Kedah.. tapi kalau famous macam Anwar Berahim pun, tapi kalau tak perform, tak guna gak... Depa "titik" Mukhriz macam-macam gak laaaa... 

Antara yang depa sebut, apa yang Mukhriz buat kat Kedah ni hampir semuanya datang dari Kerajaan Pusat... Mukhriz hanya rancang saja, tapi semua harap kat Kerajaan Pusat... Mukhriz tak ngaku dia mengharap bantuan dan dia guna "game" lain untuk desak Kerajaan Pusat bantu bagi duit bangunkan Kedah...

Depa kata, silapnya Mukhriz tu sebab dia tak reti seni politik... ikut darah muda yang nak memberontak saja... Tak sabar... lebih kurang Anwar Berahim dulu masa nak jadi PM... Politik tak boleh maca tu depa kata... dah..dah... tak mau tulis dah apa depa kata... nanti ada pulak yang salah faham...

Tapi petang tadi memang kami banyak sembang pasai PAN dan "harum manis"... Cuma depa kata, PAS mungkin terpaksa berdepan dengan PAN dan "harum manis", tapi UMNO perlu berdepan dengan Mukhriz dan Tun M... camana tu?

Saya jawab.. berdepan dengan sapa pun saya tak kisah, yang penting UMNO dan BN menang PRU 14 ni... noktah!

2 comments:

Anonymous said...

Ini harum manis punya geng sama macam itu geng pro tun dalam itu UMNO. Sana mau pegang sini juga mau sokong. Lastly ini jenis punya orang akan kasi tendang keluar sama itu PAS dan UMNO jugalah.

Anonymous said...

Harum manis, harum manis, yang harum manis pandang tak jemu, pandang tak jemu. Di waktu BULAN terang cuaca ku pejam mata tapi tak lena yang harum manis Mahpuz menjelma! Mahpuz menjelma!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!