Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 30, 2016

WELCOME BACK MY BROTHER, DR KHIR TOYO...


Alhamdulillah... saya difahamkan Dr Khir Toyo telah dibebaskan dari tahanan penjara Kajang lepas 6 bulan kat situ.. beliau kini jalani hukuman parol kat rumah untuk 2 bulan terakhir.. 

Dr Khir yang saya kenal is a very humble person, orangnya ada agama, smart person dan memang betoi "anak kampung"... secara peribadi, saya memang amat menghormati beliau.. bagaikan seorang abang bagi saya...

Saya tahu tentang persepsi negatif segelintir masyarakat pada Dr Khir.. saya tahu apa yang orang kata padanya.. tapi Dr Khir yang sebenar bukanlah seperti yang disangka.. 


Mungkin beliau terpaksa menjalani hukuman penjara.. kedaulatan undang-undang perlu kita patuhi.. tapi dari sudut moral, saya berpendirian bahawa Dr Khir tidak lakukan sebarang kesalahan sebab dia beli rumah terbengkalai yang separa "reput"..

Saya ada la sekali pi jengok rumah tu masa dok kecoh dulu.. rumah tu dinilai secara sah dan Dr Khir buat pinjaman bank.. beliau terpaksa tawar harga yang agak rendah sikit sebab loan yang dipohon hanya diluluskan pada jumlah tu saja... kalau beliau apply loan lebih tinggi dari tu, bank akan tolak..

Tapi mungkin benar ada yang cuba nak aniaya Dr Khir.. maka, beliau didakwa dan didapati bersalah dari sudut undang-undang... moralnya, penjawat awam jangan beli rumah dengan harga yang murah walau diberi diskaun... conflict of interest katanya... okay? 

Selesai dah kes tu, hukuman pun dah dijalankan dan berbaki beberapa bulan ja lagi melalui sistem parol.. saya anggap semuanya dah selesai... takdak isu lagi dah...

Saya dok di Kedah sekarang... kalau boleh, nak ja saya pi bertemu Dr Khir sekarang.. teringin sangat nak salam dengan beliau... sembang panjang berjam-jam dengan Dr Khir macam dulu-dulu... seronok sembang dengan Dr Khir...


Anyway, welcome back my brother.. kalau turun ke Kedah, don't forget to give me a call.. kalau ada rezeki, insyaAllah kita akan bertemu kembali... Semoga kembali berjuang demi Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu...

Pada pihak berkenaan, tunggu je pembalasan dari Allah dari mereka yang dizalimi.. doa orang yang dizalimi tu mustajab dan tiada hijab yang menghalang... insyaAllah...


12 comments:

Anonymous said...

Assalam.
Secara peribadi saya juga bersimpati dgn Khir..memang dia di anayia oleh seseorang..

Sekarang ni penjawat awam tidak boleh beli rumah di bawah par..atau erti kata lain harga rumah dgn diskaun..kalau kes khir boleh di rujuk..mungkin ramai akan jadi mangsa jika ada org yg tak reti bahasa atau dengki report pada sprm ata polis..

Sama seperti kes lim guan eng..walau saya tidak sokong doktrin dap tapi saya anggap dia di anayia..walaupun dia adalah seorang kafir..tapi kita sebagai orang islam terlalu taksub dgn fitnah..

Sekarang di dlm blog blog dan tv terutama tv3 menghentam lim guan eng.

Tulisan saudara sebenarnya mengiakan beli rumah harga diskaun tidak salah..

Semoga orang yg dengki ini akan dapat balasan setimpal.

Anonymous said...

alhamdu;illah syukur Dr Khir telah kembali kpd kehidupan normal. Saya amat bersimpati kepada beliau atas kes yg dihadapi. Harap beliau tetap utuh sebagai pejuang membela nasib melayu dan kedaulatan Islam.

Anonymous said...

Alhamdulillah... setiap ujian itu ade hikmahNya... semoga Dr Khir terus berjuang demi bangsa dan negara. Semoga kita sentiasa redha dgn ujianNya. Teringat kisah Nabi Yusuf dipenjara.

Divine Nourishment #5
Allah knows that in your heart that is a disease that you are unable to treat by youself. Hence he tests you with many difficulties so that you unwillingly extract that disease from your heart. Even though you may experience a little pain, you'll be happier thereafter. - Quran Weekly


Al-Ĥadīd:20 - Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Don’t think of the trials in your life (‘balaa’) as just a ‘test’ in the human form. Allah is not like a professor who hands you a test, moves away and just watches from afar to see how you’ll do. Allah is our murabee—the One who raises us with more mercy than a mother raises a child. The Prophet (pbuh) tells us that when Allah wills good for someone, he sends them ‘balaa’ (trials or tests). When Allah wills good for us, He purifies us. That is why each person is tested in what they love most. In other words our greatest possible ‘competitor’ in our love for God is what is withheld or must be sacrificed. This is the purification process because it cures the heart of competitors. Why was Prophet Ibrahim (AS) asked to slaughter the most beloved thing to him? Did Allah actually want him to *kill* his son? No. He didn’t kill his son. He killed the attachment. By being willing to sacrifice what he loved most, he had slaughtered any possible competing love. Allah was raising him, purifying him and elevating him. Allah tell us, “By no means shall you attain righteousness unless you give (freely) of that which you love.” (3:92)
Yasmin Mogahed


Anonymous said...

Ye betul..hari2 cerita pasal banglow cina tu. Mcm tak ada story pulak tv3

Anonymous said...

Anon, damage already done! walaupun tak bersalah, tapi masyarakat tetap nampak salah. Ooo...time kena pada batang hidung tokong korang, barulah nak simpati. Dulu kau ada nak ambik tau? Tapi kes Dr khir ni tak de la seteruk Lim tu. LGE tu dikira bodoh + bangang la, coz dah pernah ada kes disabitkan tetapi tetap buat juga. Org macam kau ni la munafik, sama bodoh macam ketua korang jugak!

Hanan said...

Salah kerana dia penjawat awam.

Anonymous said...

Susah bro..beli rmh dpt diskaun pun salah.Say dah penat layan kerenah org politik ni.ikutkan ada yg dpt rmh free pun.Skrg jd adun tp pakai ferrari rmh 3 juta pun ada.Tp sprm x nmpk.Heran2

Anonymous said...

"Sekarang di dlm blog blog dan tv terutama tv3 menghentam lim guan eng."

Bagi aku tak salah pun media maya dan media massa mainkan isu tokong tu. Waktu Dr. Khir dilanda dengan isu tersebut pun, siapa yang kerap menghentam Dr. Khir sehingga bermacam fitnah tambahan dilemparkan padanya?? Kononnya harga rumah yang dibeli Dr. Khir bernilai RM 24 juta bukannya RM 6 juta atau RM3.5 juta. Tuduhan pada Dr. Khir kononnya melakukan rasuah berkumandang saban hari di media sosial, media pembangkang tanpa belas kasihan juga... Dan yang paling lantang datangnya dari Adun dapig sekinchan,Ng Suee Lim....

Dan sekarang kesalahan yang sama dilakukan oleh lim guan eng, biar la pencacai dia merasa pula bagaimana yang Dr. khir rasakan dulu. Namun begitu semua tuduhan adalah berdasarkan fakta dari dokumen-dokumen yang boleh diperolehi dari beberapa jabatan dan juga individu. Tiada pula mereka yang menuduh menambah-nambah cerita seperti yang dilakukan oleh pembangkang kepada Dr. khir dahulu.

Jika Dr. khir sanggup turun naik mahkamah untuk dapatkan keadilan walaupun keputusan akhir tak memihak kepadanya, lim guan eng juga seharusnya perlu melalui proses berkenaan dan kemukakan bukti bahawa dia tak melakukan kesalahan. Bukannya hanya menuduh pihak lain meniaya dia dan menggunakan proksi untuk buat kenyataan-kenyataan bodoh seperti dia hanya seorang akauntan bukan penilai hartanah atau feng shui rumah tu tak bagus.

Kalau dulu pihak pembangkang kerap mainkan isu ini tanpa belas kasihan, apakah patut kita belas kasihan terhadap lim guan eng sekarang ni pulak??

Anonymous said...

Tu pasal banyak kali aku nak jadi kaya terpaksa aku tolak. Takpelah susah sikit kat dunia ni. Kat akhirat sok senang lenang. Apa pun kita semua tau masa dr khir kena dulu pemimpin umno sendiri tepuk tangan dalam diam. Dr Khir ni memang satu ancaman pada mereka. Kalau tak silap pernah menang MT dengan undi yang banyak. Biasalah dalam umno. Kerjakan dia dulu sebelum miss soruuu.

Anonymous said...

Cara yg terbaik, siasat semua pihak tanpa pilih bulu baik parti pemerintah ke pembangkang ke bebas ke kejadah apa lantak pi la. Siasat dgn telus setulus2 nya, dan tak perlu campurtangan puak2 berkepentingan peribadi lagi keji ni.
Jgn nk offer ahli badan penyiasat/pac/dll naik pagkat la, jadi ahli kabinet la, x usah. Nmpk sangat la..."something wrong" bagi yg ada otak dan berfikir. Tak ubah seperti belanja hakim/polis makanan yg 'sedap lagi mahal' semasa tengah2 perbicaraan berlangsung. Yg berserban pun boleh terangkat, ini lagilah yg Islam hanya pada nama..
Please everyone be neutral, jangan terlalu batak dan taksub dlm menilai kejumudan politik. Dh teruk sangat negara ni, usah ditambah kejahanaman negara lagi.
Agak2 muat lagi tak semua penjara kalau semua perkara disiasat dgn telus?
Tak kira apa jawatan, siasat tetap siasat.
Semua pemakan "dedak" merupakan benih dari kalangan benih2 haram, kotor, najis, jijik, keji yg dilaknati seluruh keturunan datuk nenek moyang mereka. Mereka ini sangat tidak bermaruah, semoga "dedak2" itu mereka bawa bersama ke dalam lubang kubur.
Buat apa nk takut kalau tak salah?
Keep calm, minum air masak banyak2 sebab el nino melanda negara.

Anonymous said...

Alhamdulillah dan simpati dengan Dr Khir Toyo.
Cuba lihat dia tidak menyalahkan orang itu ini tidak seperti LGE Laknatullah tu kerja alihkan isu dan maki hamun orang yang dedahkan kesalahannya lepas tu salahkan itu ini dari awal sampai sekarang tak habis2.

Dalam negara ini kartel menguasai politik dalam pentadbiran dalam menjatuhkan orang itu ini termasuk dalam Pejabat Peguam Negara suatu ketika dulu. Kes-kes yang melibatkan golongan tertentu dilindungi, kes yang 'terpilih' akan dikenakan hukuman konon seperti patuh undang-undang. Rompakan sekian lama oleh bapak kartel sepanjang 22 tahun dilindungi tak disentuh oleh sesiapa. Kalau disentuh atau terkena pada ahli kartel ini nasibnya akan jadi seperti Dr. Khir Toyo dan PM DS Najib.. macam2 'dosa' akan diumumkan kepada rakyat secara berterusan sehingga orang itu berjaya dijatuhkan.

Maruah mereka dibeli dengan dedak expired demi memartabatkan kuasa kartel senior ini.

Apapun semoga DR Khir Toyo akan mendapat pembelaan dunia akhirat dan orang yang buat anaiya beliau pasti takkan selamat didunia akhirat.

Wassalam

Anonymous said...

lain kali jangan hadiahkan orang penyapu...mentang2 lu ada pangkat jgn tengok org lain kucing kurap..amacam sedaptak dlm jail...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!