Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Friday, March 11, 2016

TUN M VS NAJIB: SAYA DIPIHAK MANA..? HEH..! LAGI MAU TANYA...


Sebenarnya, ramai yang bertanya saya mengapa saya tidak mengulas mengenai isu politik nasional yang depa dok heboh sekarang ni... ada yang tuduh kata saya berpihak pada Najib... ada pulak yang tuduh kata saya berpihak pada Tun M... Saya gelak... betoi saya gelak...

Depa tuduh saya lagu tu sedangkan saya tak kata apa pun.. itu maknanya kawan-kawan saya tu hanya simpulkan persepsi terhadap saya.... belum tentu persepsi depa tu betul dan tepat...

Memandangkan ada yang mendesak... saya rasa saya perlu jelaskan pendirian saya...


Dulu, masa Tun M jadi Presiden UMNO, saya adalah pengikut Anwar Berahim... Betoi.. Time tu saya di UIA.. bila sebut UIA, dah tentu la Anwar Berahim ada pengaruh besar kat kami... Walaupun saya salute Anwar time tu, tak bermaksud saya taksub padanya...

Masa tu saya baru belajar kenal politik... tak aktif pun.. tak jadi ahli UMNO pun.. tapi saya ikuti perkembangan politik.. masa tu Tun M tak gaduh lagi dengan Anwar.. dan time tu jugak, saya hanya belajar "surface" politik.. tak mendalam.. lagi pun saya sebok mentelaah buku Law masa tu.. tau la buku Law tu tebai lagu mana kan..? Concentrate study...

Tapi bila Tun M dan Anwar gaduh, saya tak take side.. saya jadi pemerhati ja.. ada la 4-5 orang kawan yang pi demo untuk Anwar kat depan UM time tu.. saya tengok ja dari jauh kat restoran Amjal.. heh! Takde la best sangat pun... hahahaaaa...

Masa tu saya banyak belajar teori.. sekali sekala bercampur dengan orang politik, saya diam banyak... belajar dari memerhati.. bila tak faham, saya tanya... dicelah-celah tu banyak jugak la cerita "behind the scene" yang saya kutip.. tapi saya tak telan semua... saya saring sebelum simpulkan...

Time tu jugak saya banyak belajar tentang sejarah UMNO dan PAS... Keluarga saya ramai yang PAS termasuk arwah abah saya.. Tapi saya pun tak tau macamana saya boleh tertarik kat UMNO... saya belajar dari awal sejarah dalam buku dan "cerita yang tak dibukukan"...jadi, banyak jugak cerita yang saya ada... hehehehehee....tapi malas nak cerita...

Masa Pak Lah jadi Presiden, saya masuk belah Tun M... Mula tu saya sokong Pak Lah... mungkin pasai orang-orang di keliling Pak Lah time tu...tengok gaya makin karut... Pak Lah tu pulak baik terlebih sangat sampai orang korek biji mata pun dia kata okay... Tun M pula cili kasi taruk.. saya pun berpihak padanya... tu la first time saya aktif dalam politik... betul-betul aktif menulis maksud saya..

Lepas Pak Lah turun, sasaran saya separuh tercapai... okay la tu. Najib naik jadi PM.. actually masa Najib tak naik jadi PM, ada kawan saya bawak jumpa Najib.. kami just tanya a few questions time tu dan convince that he'll be our new PM.. saya masih diam dan sekadar memerhati saja time tu...

Berlaku peralihan kuasa.. bermula masa tu la saya betoi-betoi belajar pasai perlembagaan UMNO, praktikal dalam organisasi politik, prinsip-prinsip politik.. no more theory.. semua praktikal depan mata.. masa tu saya kat KL.. so lebih memudahkan saya belajar dari pengalaman...

Kemuncaknya ialah PRU ke-13. Sepanjang 3 tahun sebelum PRU 13 tu la saya banyak belajar.. sebab tu saya amat hargai pengalaman tu.. bukan dari sudut pandang orang muda ja.. dari otai-otai politik kampung dan kedai kopi pun saya teliti.. Seni politik memang menarik.. best!

Masa tu jugak la saya dapati saya pernah silap langkah, saya pernah serbu tak pakai helmet dan ada beberapa perkara yang saya buat tidak adil pada beberapa pihak.. tapi no worries, saya dah jumpa semua personally, saya dah minta maaf dan semuanya dah selesai... semuanya masih baik dengan saya sampai hari ni...

Bila berada di dalam dunia realiti politik, maka ia tidaklah seindah yang kita dengar.. it's not a fairy tale story.. Cukup saya katakan saya tak sanggup jadi ahli politik.. saya tengok sendiri betapa seksanya jadi Pegawai Khas.. apa lagi jadi ahli politik.. boleh mati cepat saya dibuatnya...

Saya ada belajar sistem politik...apa itu parti dan macamana realitinya.. saya juga belajar macamana nak sesuaikan keadaan teori politik dengan praktikal budaya politik tempatan.. Saya juga perati persepsi orang zaman sekarang dengan orang zaman dulu... apa netizen kata, apa orang kat kedai kopi kata.. terus terang cakap, memang berbeza dan ia bergantung pada pengetahuan dan penilaian minda kita... Memang menarik untuk dikaji dan dianalisa semua tu untuk disimpulkan jika tahu fakta yang tepat...

Saya ahli UMNO.. UMNO perintah negara dan negeri Kedah sekarang.. kalau tumbang UMNO di peringkat nasional, maka Melayu akan hilang kuasa... sebelum ni pun saya ada tulis bagaimana peritnya saya berjuang nak dapatkan Kedah ni balik, kan?

Terus terang saya kata, dalam satu majlis dulu... saya diberi penghormatan duduk di sebelah Tun M di meja makan... kami bersembang.. bersoal jawab sambil makan dan lebih rancak bila dia tahu saya orang Kedah... banyak la jugak yang kami sembang.. tapi takleh la cerita apa benda yang kami sembang tu.. hahahahaaaa....

Tapi mungkin saya ni bukan orang yang jenis taksub pada pemimpin, maka saya anggap benda tu biasa ja.. macam saya makan sebelah Najib, Mukhriz, Tok Bashah atau Ketua Cawangan saya.. maksud saya, saya hormat depa as leaders and elders.. Tak semestinya ideologi saya sama dengan depa...

Membesar di zaman Tun, saya bukan orang yang jenis cari apa jasa yang dia buat..Semua jasa Tunku, Tun Razak, Tun Hussien dan Tun M ada di depan mata saya... Saya cari apa kesalahan dan salah langkah yang dia buat.. bukan kat Tun M ja.. semua macam saya buat tu.. bukan la nak cari salah orang, tapi saya suka belajar, analisis dan buat perbanding untuk jadi panduan di masa depan... bukan nak caci hina pun...

Jadi, berdasarkan cerita saya kat atas tu, cuba fikirkan apa pandangan saya tentang apa yang berlaku sekarang ni. Agak-agak?

Saya sebut sekali lagi pendirian saya... Saya orang Islam dan saya ahli UMNO.. Saya akur pada fiqh mentaati pemimpin dan saya patuh pada prinsip kepartian... Bermula dari Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, Pengerusi UMNO Negeri hinggalah ke Presiden, saya perlu patuh.. jika saya tak patuh, maka saya perlu keluar dari UMNO... itu prinsipnya...

Saya masih ahli UMNO dan saya insyaAllah takkan keluar UMNO... saya tak mudah terpengaruh jika seorang keluar UMNO atau 1,000 yang keluar UMNO sebab saya berhak memilih untuk berjuang dalam mana-mana parti yang saya suka.. itu prinsip demokrasi...

Lagipun, saya dah ikrar pada dirinya saya takkan beri peluang pada parti pembangkang untuk tawan Kedah atau Malaysia... sebab itu saya masih bersama UMNO.. buruk baik pun, itu parti pilihan saya.. buruk UMNO akan cuba diperbetulkan dan baik UMNO akan diperkukuhkan...

UMNO bukan parti yang maqsum dan bukan parti malaikat.. UMNO juga ada silap di dalamnya.. tapi insyaAllah akan diperbaiki kelemahan tu dengan semangat kekeluargaan yang ikhlas dan harmoni, bukan dengan cara yang memecah belahkan...

Bila bergaduh, siapa yang untung? 2 ekor gajah bergaduh, rakyat mati tengah-tengah... sebab tu la saya perlu pastikan seekor saja gajah yang menang dan gajah itu mestilah bernama UMNO... ia adalah untuk memastikan parti saya menang pilihan raya dan terus jadi kerajaan.. bukan sebab siapa pemimpinnya... itu prinsip politik kepartian saya... saya berjuang demi parti, bukan demi kepentingan peribadi mana-mana pihak...

Untuk jatuhkan individu yang berjawatan PM.. maka perlu jatuhkan individu yang memegang jawatan Presiden UMNO sebab dialah Pengerusi BN yang dilantik jadi PM... untuk jatuhkan individu itu, maka ia perlu dibuat dari dalam UMNO dan bukan diluar parti...sebarang unsur menjatuhkan penyandang jawatan Presiden dari luar parti adalah tidak relevan dan tidak demokratik.. itu prinsip politik dan pentadbiran...

Saya langsung tiada hasrat untuk jatuhkan Presiden... Tak sokong pun. Sebab? Sebabnya ada dalam fiqh mentaati pemimpin... sebabnya saya orang Islam... Khulafa Ar-Rasyidin berempat dulu pun ada yang tak puas hati, apatah lagi Najib... tapi itu tidak menghalalkan untuk kita jatuhkan Najib... itu salah dari sudut prinsip fiqh mentaati pemimpin...

Sebab tu la saya kata kalau nak gebang jatuhkan Najib, tunggu la pemilihan UMNO.. sekarang ni bukan musim pemilihan.. kena la pertahan Parti dan Presiden... kena sabar la... Ustaz Hadi Awang pun tak sokong buat cara ni.. apatah lagi ada pula setan Kit Siang dalam gerakan tu.. haaaa.. nak suruh saya sokong? Mintak mahap laaa... hahahahaaaa..

Jadi, rasanya jelas tentang pandangan dan prinsip saya? Dah jangan tanya lagi dah... Heh!

Cuma bagi mereka yang taktau sejarah, saya "belanja" sikit sejarah Tun M dan Najib... baca sampai habis kat bawah ni...Jangan cakap "aku dah tau dah" sebab "aku tau hang memang tak tau apa, tapi buat-buat tau"...

Pesanan penaja: Jangan suka sangat makan dedak.. gelap hati nanti.. Hahahahaaa.... jangan marah aaa.. gurau jaaaa.. 

KEPUTUSAN pemilihan UMNO pada 24 April 1987 menyaksikan Dr. Mahathir Mohamad menang tipis dengan majoriti 43 undi untuk jawatan Presiden parti. GAMBAR ARKIB UTUSAN 
1987: Najib dan nyawa politik Mahathir... 
PADA malam 23 April 1987, kira-kira 29 tahun lalu. Satu perhimpunan telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Hotel di Jalan Sultan Ismail ini antara hotel antarabangsa terawal di ibu kota, sekarang sudah hilang dari pandangan setelah ‘direbankan’ (flat­­tened) untuk dibuat bangunan baharu, yang kini dikatakan terbengkalai.
Cukup genting pada masa itu pe­rebutan kuasa antara dua tokoh - Dr. Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). 
Hilton menjadi markas jentera Mahathir, manakala Hotel Regent di Jalan Imbi menjadi markas Ku Li. 
Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan akan diadakan di PWTC keesokan harinya pada 24 April. 
Perhimpunan di Hilton itu diadakan oleh Dr. Mahathir bagi mengumpul sokongan. Suasana amat terde­sak. Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri terasa amat terancam. Dia cukup tertekan. Dia menghadapi tentangan maha hebat untuk mempertahankan jawatan Presiden. Ku Li bukan calang-calang orang dan Dr. Mahathir merasakan dia boleh dikalahkan. 
Berlaku perpecahan yang amat dahsyat dalam sejarah politik Mela­yu ketika itu. Satu peperangan politik umpama kisah Clash of the Titans dan David and Goliath. 
Akibatnya terbentuk dua team. Team A dan Team B. Team A Mahathir bersama Tun Ghafar dan Anwar Ibrahim serta Team B Ku Li bersama Musa Hitam, Pak Lah, Datuk Manan Osman, Rais Yatim, Datuk Zainal Abidin Zain. Najib selaku Ketua Pemuda UMNO juga dikatakan menyatakan sokongan kepada Team B. 
Dr. Mahathir yang terdesak membuat perancangan. Dipanggil semua penasihatnya, termasuk ADC atau Ketua Pengawal Peribadinya, Mohamad Ali (Pak Ali). Beliau perlu memikirkan dengan cepat. Masa tidak lama sebelum pengundian pagi keesokan harinya. 
Hanya 11 jam sahaja yang tinggal. 
“Ali pergi cari Najib cepat!” kata Dr. Mahathir kepada Pak Ali. 
Pada waktu itu, di Bukit Tunku; Najib dan isterinya Rosmah sedang mengemas kediaman yang baru mereka sewa serta menyambut teta­mu. Najib tidak mahu memikirkan soal UMNO atau apa yang berlaku di Hotel Hilton pada malam itu. 
Sebaliknya, Dr. Mahathir amat memerlukan sokongan Najib. Masa ketika itu cukup genting. 
Di kediaman ibu Najib, Tun Rahah di Jalan Eaton pada malam yang sama, kelihatan masuk deretan radio car (kereta peronda polis) dan sebuah kereta besar semacam kereta Perdana Menteri. 
“Saya yang tinggal depan rumah Tun Rahah nampak kereta itu ma­suk. Saya pun keluar menemui Tun Rahah. 
“Kelihatan body guard Dr. Mahathir tiba bersama radio car itu.” 
Dr. Mahathir mengarahkan pengawal peribadinya itu mencari Najib. Najib perlu dibawa dengan kereta besar Perdana Menteri ke Hotel Hilton pada malam itu juga. Najib perlu ditunjukkan kepada perwakilan. Sokongan Najib kepada Dr. Mahathir adalah penentu. 
“Saya bertanya kepada Tun Rahah apa yang perlu dilakukan. Beliau berkata, mintalah Najib pergi sebagaimana Tun Razak taat kepada Tunku dahulu.” 
Itu kata-kata Datuk Idris Shaari Mat Aris yang saya andaikan sebagai bapa angkat atau guidance angel kepada anak-anak Tun Abdul Razak. 
Idrislah yang mula mengasuh Najib bermula beliau pulang dari England sehingga menjadi Menteri Besar Pahang pada usia yang muda dan pengalaman yang cetek. Idris ialah Pengawal Peribadi kepada Tun Razak dan apabila Tun Razak mening­gal beliau menjadi Setiausaha Sulit kepada Tun Rahah. 
Saya menemui Idris kelmarin dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur. Sebagai seorang yang sudah berusia 70an fikiran Tok Deris, panggilan kami kepadanya, masih tajam. Cuma fizikalnya agak lemah dan memerlukan tongkat dan pembantu untuk berjalan. 
Mendengarkan kata-kata Tun Ra­hah itu maka Idris meminta body guard Dr. Mahathir mengikutinya ke kediaman baharu Najib di Bukit Tunku. 
Semasa kami tiba dengan petrol car dan kereta besar Perdana Menteri itu, Najib sedang menemui tiga orang perwakilan dari Pahang. 
“Saya masuk ke dalam bilik dan berjumpa Najib. Saya kata Dr. Mahathir minta Datuk (Najib) pergi juga malam ini ke Hilton.
“Mummy (Tun Rahah) pun cakap pergilah Tok.”
Najib menjawab: Takpalah, Deris pergilah dulu.
Saya masih merasa was-was dan bertanya sekali lagi dengan Najib, adakah beliau akan pergi?
“Setelah mendapat jaminannya maka saya pun pergi. Saya bagi tahu Ali bahawa Najib akan pergi ke Hilton. Saya juga pergi ke Hilton dan saya diminta Ali berada di tepi pentas.
“Semasa saya tiba Tok Mat (Datuk Mohamed Rahmat) sedang berucap menghentam Najib,” kata Idris sambil ketawa. 
Dr. Mahathir mengarahkan supaya satu kerusi di meja utama dikosongkan bagi memberi tempat kepada Najib.
“Kemudian Ali memberitahu saya Najib sudah sampai.” Kata Idris, beliau nampak Najib tiba dengan kawan lama sekolahnya di St. John’s Institution, bernama Dr. Tiagi. 
Apabila Najib masuk semua hadirin bangun bertepuk tangan. Nada ucapan tiba-tiba bertukar. Dr. Mahathir amat gembira de­ngan kemunculan Najib itu. 
Akhir sekali keesokan harinya Dr. Mahathir menang mengalahkan Ku Li dengan margin yang tipis. Dr Mahathir menang sebanyak 43 undi ke atas Ku Li, iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO. 
Dr. Mahathir hampir tersungkur. Tak perlulah saya bagi details apa yang berlaku semasa pengundian itu sedang dijalankan. Mengapa tiba-tiba bunyi bising dengan lagu-lagu dan lampu tiba-tiba padam. 
Akibat kemenangan Dr. Mahathir itu Team B dianggotai oleh 11 ahli UMNO (dikenali sebagai UMNO 11) membawa ke mahkamah kerana dikatakan pemilihan itu tidak sah. 
Kes itu telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. 
Setelah beberapa siri perbica­raan yang mengambil masa selama tujuh bulan, Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan me­lainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawang­an yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan. 
Cuma moral kisah daripada cerita Datuk Idris tadi ialah: Najib ketika itu telah memberi pengorbanan yang paling besar atas nama kesetiaan kepada Dr. Mahathir sehingga dapat beliau mentadbir negara selama 22 tahun seterusnya. 
“Apakah Dr. Mahathir mengetahui mengenai kisah itu? Mahathir tidak tahu...” kata Idris. 
Najib telah menyelamatkan nyawa politik Dr. Mahathir! -Zaini Hassan/Utusan

4 comments:

Anonymous said...

TDM juga telah menyelamatkan nyawa politik Najib . Tapi peristiwa itu tak lah seqempaq cerita Najib yang dikatakan menyelamatkan nyawa politik TDM. Ingat semasa Pak Lah hendak memilih TPM semasa dia baru memengang jawatan PM? Beliau ada calon sendiri. Tapi tahu tahu lah TDM ini suka campur hal orang! Kerja pulas memulas tangan ini memang kerja beliau. Atas 'permainan' TDM terhadap Pak Lah, Najib dipilih jadi TPM! Dengan izin Allah swt, Najib seterusnya menjadi PM. Andaikan TDM tidak memainkan peranan bersungguh sungguh mem promote Najib, mungkin dia sekarang telah bersara dari politik.Cuma TDM tidak pandai memilih orang untuk dikasihi dan ditolong. Semua yang dikasihi dan ditolonginya menjadi 'penentang' nya kemudian. Dari Musa Hitam hinggalah ke Najib cerita yang sama asyik berulang ulang!

Anonymous said...

Sjarah mnceritakan sgala2nya....

Ibnu Azim said...

Salam Tuan.

Saya sokong pendirian tuan 100%. Jangan jadikan kita taksub sehingga kita macam tak ber Tuhan. Hujah merepek2 demi nak melunaskan nafsu taksub.

Fiqh Agama yg jelas mentaati pemimpin itu wajib. Tapi org2 yg liberal akal mereka membebeh mulut kat aorg Kedah. Perangai mereka2 sama seperti golongan Bani Israel. Iaitu mempermainkan

Itu yang berlaku sekarang. Maka teringat watak2 yang wujud sekarang untuk jatuhkan PM. Segala logik yang dibohongkan demi untuk jatuhkan pemimpin. Itu seolah2 mencabar Allah SWT. tidak syukur dengan nikmat melalui pemimpin yang Allah SWT berikan.

Insya Allah kita mesti pertahankan jemaah UMNO yg ada. Inilah yg terbaik buat masa ini yang kita ada. Jangan rosakkan. Kita mesti pertahankan kerana ia adalah wadah Agama dan kekuatan bangsa negara ini.

Amin

Anonymous said...

TDM selamatkan politik Najib?
Ishh nk tergelak pun ada, komen nak jilat dosa orang tu, awat teruk sangat ni?
TDM yg kita tau xpernah selamatkan politik orang lain kecuali dirinya dan anaknya.
Najib memang sudah Timbalan waktu itu. Najib ganti Pak Lah bkn utuk pokitik Najib, tp untuk penuhi nafsu percaturan Mahathir. Najib hanya diam diri tak desak Pak Lah. Yang melompat mahu Pak Lsh turun ialah Moheden.

Dan skrg kenapa TDM sgt2 mahu bunuh politik Najib? Sesuka hati dia penaik dan jatuhkan org yang dia tksuka dan suka? Siapa bagi mandat padanya buat semua tu?

Sudahlah jangan duk puji TDM, dia byk buat kerosakan dari kebaikan dan skrg dia memusuhi UMNO. Tak logik langsung slogan munafiknya, nak jatuhkan Najub bukan nak jatuhkan UMNO. Lps tu duduk dgn kem DAP pulak, pengkhianat besaq TDM skrg ni pd UMNO dn Melayu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!