Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, March 24, 2016

SEBAB UTAMA SAYA PILIH PARTI, BUKAN INDIVIDU...

Ada orang pertikai saya, pasai pa saya sekarang ni sokong parti..dan tak memilih untuk sokong pemimpin tertentu... Ada yang masih salah faham... masih jugak tak faham-faham... 

Betoi.. saya sokong parti.. dan adakalanya saya memihak pada pemimpin tertentu... tapi kedua-dua tu saya buat bila "tiba masa yang sesuai"...

Meh saya jelaskan isu ni kepada mereka yang bertanya...


Bagi seorang ahli UMNO macam saya... kami ada "dua" pilihan raya... Satu, pilihan raya yang membabitkan PRU, PRN atau PRK.. dan kedua, kami ada pilihan raya dalam parti yang merujuk pada pemilihan agung UMNO yang dibuat 3 tahun sekali tu...

Pemilihan agung UMNO tu "pilihan raya" yang berlaku dalam parti kami... time tu, kami bebas untuk pilih pemimpin mana yang kami suka, tak terkecuali saya pun berhak memilih sesiapa pun yang saya suka... sapa pun tak boleh halang... sama ada nak berkempen untuk dia atau tidak, itu juga hak saya...

Pemilihan ni penting sebab akan tentukan pemimpin yang akan isi jawatan di Bahagian, hinggalah ke peringkat MT, Naib Presiden, Timbalan Presiden mahupun Presiden. Yang terpilih tu la nanti yang akan jadi ADUN, Exco, Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri sampai la Perdana Menteri nunnnn....

Pemimpin yang terpilih tu la nanti yang akan bentuk jadi Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat jika BN menang PRU... Sebab tu la tak boleh pilih pakai emosi.. kena teliti betoi-betoi pemimpin yang nak dipilih tu...

Macamana saya pilih pemimpin yang saya suka? Saya perati je la segala aspek... Antara yang saya pentingkan ialah sejauh mana akhlak depa.. solat ke tidak.. patuh pada Islam ke tidak.. dasar... perlaksanaan... macam-macam la kena teliti... 

Selalunya saya tak pakai kalau cerita-cerita kosong ni.. nak teliti, mesti la ada fakta sahih.. kalau setakat "dengaq kata" dia tak reti jaga UMNO, saya tak boleh pakai fakta tu.. tapi kalau statistik, ada fakta dan ada bukti kata dia ni ayaq lioq saja lebih, tapi tak reti buat kerja.. maka saya terpaksa tolak la walaupun dia popular macam Anwar Berahim sekali pun...

Tapi, saya akan memihak pada pemimpin tertentu tu HANYA DI MUSIM PEMILIHAN AGUNG UMNO SAHAJA... kalau bukan musim pemilihan, maka saya takkan memihak pada mana-mana pemimpin dan hanya akan pertahan parti dan pucuk pimpinan UMNO di peringkat negeri dan pusat.

Sebab la ni bukan musim pemilihan, maka sebab tu la saya memihak pada UMNO dan kepentingan parti. Jangan salahkan saya kalau saya selisih pendapat dengan pihak yang hentam atau perburukkan parti dan kepimpinan parti saya... hormati prinsip saya tu kalau nak saya hormat pada prinsip kawan-kawan...

Jadi, selagi belum tiba musim pemilihan parti, maka saya akan terus pertahan dan perjuangkan UMNO.. dalam masa yang sama, saya akan teruskan rutin mendedahkan strategi jahat pembangkang kat kawan-kawan semua.. 

Saya dengar, depa kata pemilihan UMNO akan dibuat pada tahun 2018... tak kisah la time tu UMNO jadi kerajaan atau pembangkang, tapi kalau nak sembang pasai memihak pemimpin, tunggu la musim pemilihan nanti...

So faham kot bab ni? Kalau tak faham jugak, baca banyak kali posting ni... kalau tak faham jugak, ikut suka hati la nak kata apa... hahahahaaa... heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!