Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Wednesday, March 9, 2016

Peralihan Kuasa Dari Mukhriz Kepada Tok Bashah...


Macam yang saya janjikan, saya tulis sikit tentang politik di Kedah hari ni... Saya faham baru-baru ni politik kat Kedah ni hangat jadi tumpuan... tapi biasalah tu, memang adatnya begitu bila berlaku perubahan.. kat mana-mana pun sama saja tetap heboh orang bercakap...

Saya sebenarnya hadir waktu sidang media Mukhriz letak jawatan. Tapi macam biasa, taklah menonjol dan keep low profile... memang saya kenal Mukhriz... sejak dia belum ada title Dato' lagi dah kenal... lagipun, sebagai pemerhati politik di Kedah, saya rasa tak salah kalau saya hadir...

Sebelum tu, dalam satu perlawanan persahabatan dengan pasukan Kedah, dianjurkan satu himpunan untuk nyatakan sokongan pada Mukhriz dalam Stadium Darulaman. Penyokong bola Kedah pun ada time tu.. Ada la ucapan dari Mukhriz sikit.. ada jugak la adegan-adegan politik dalam stadium...saya tak tahu sapa yang anjurkan...



Cuma saya tak berapa nak setuju dengan cara tu.. Saya rasa, elok buat di luar stadium.. Saya ingat lagi di zaman arwah Ustaz Azizan dulu, ramai yang kritik arwah sebab perguna Stadium Darul Aman tu Himpunan Hijau atas tujuan politik... 

Pandangan saya, stadium tu hak rakyat dan sukan...sukan tu sepatutnya menyatukan rakyat Kedah... tapi bila digunakan untuk politik, maka kat situ ada pepecahan dan tercetus rasa kebencian di hati rakyat... tak eloklah kalau didik hati rakyat begitu di tempat yang sepatutnya menyatukan rakyat..

Itu hanya pandangan saya... terserah la nak setuju atau tidak.. Tapi kesan dari himpunan sokong Mukhriz tu, peminat bola kat Kedah tak teragak-agak untuk boo Tok Bashah kat Stadium tu baru-baru ni.. itu kesannya. Positif untuk Mukhriz, tapi beri persepsi negatif pada Tok Bashah...

Saya rasa, sebagai orang lama dalam politik, Tok Bashah memang dah terbiasa dengan semua tu. Ada yang puji, ada yang keji. Itu normal bagi orang politik atau mana-mana pemimpin pun. Rasulullah SAW dulu pun disambut dengan batu masa di kota Thaif... 

Sebenarnya, sebelum ni saya banyak jumpa orang.. merayau sana-sini... Dari Baling, Sik, Padang Terap, Bakar Arang, Padang Serai, Kulim, Pantai Merdeka, Tanjung Dawai sampai la ke Naka Nambua, Megat Dewa, Ayaq Itam, Pida 4, Kola Kedah, Kodiang.. hehehe....


Saya banyak dengar cerita rakyat kat bawah.. Saya pusing sekali masa awal Mukhriz naik jadi MB.. setahun lepas tu saya pusing sekali lagi... dan 2 bulan sebelum Mukhriz lepas jawatan pun saya pusing jugak la sekali... sampai kering poket..! Hahahaa... 

Hasilnya? Tak payah la saya cerita... cukuplah kalau saya beritahu hasilnya adalah berbeza-beza... Macam-macam saya dengar.. ada yang baik, ada yang buat saya meleleh ayaq mata gelak.. tapi ada jugak la yang buat telinga saya merah... pedih! Biasalah tu...

Lepas tu, Tok Bashah naik jadi MB... Saya kenal Tok Bashah.. tapi tak sure la Tok Bashah kenal saya ke tidak.. Nak jadi cerita, kerja punya pasal, saya antara yang terawal hadir buat liputan masa dia nak jadi MB tu... Penat jugak la hari tu...perkara yang sama yang saya buat masa Mukhriz naik jadi MB dulu... menyebok betoi la saya ni.. hahahaaa...

Macam Mukhriz jugak, saya tengok ramai yang kerumun Tok Bashah... padahal lepas sidang media mintak pucuk pimpinan tukar Mukhriz tu dan sebelum angkat sumpah jadi MB, Tok Bashah relaks je makan kat kedai mamak Imran tu sorang-sorang.. takdak sapa kerumun pun...biasalah.. itulah politik...

Lepas hari pertama angkat sumpah dan saya seharian menyebok ikut dia, saya tak ikut dah... Saya buat kerja hakiki saya semula...biarlah Tok Bashah buat kerja dengan selesa... kesian dia.. mungkin dia pun naik rimas dikerumun lagu tu... tapi saya yakin, dengan pengalaman Tok Bashah dan sokongan dari majoriti orang UMNO kat Kedah ni, saya yakin dia boleh handle keadaan...

Saya ni tak la rapat sangat dengan Tok Bashah.. Dia pun mungkin tak tahu saya ni sapa.. Tapi masa PRU 13 dulu, memang saya tiap-tiap malam ikut dia berkempen... sampai pengiring dia pun heran sebab depa pun tak kenai saya.. tiba-tiba ja ikut Tok Bashah kempen ke hulu ke hilir time tu.. Tiap-tiap malam tak pernah miss pulak tu...Mungkin depa agak saya ni agen DAP kot... hahahahaa...

Mungkin ramai yang menyangka saya orang Tok Bashah kot? Tak jugak... Sebenarnya, saya bantu Tok Bashah time tu atas kapasiti dia sendiri sebagai Pengerusi UMNO Negeri. Pada saya, seorang Pengerusi Negeri tu perlu dipastikan menang bertanding pilihan raya...

Walaupun Tok Bashah ni tak glamour dan tak berduit macam Mukhriz... saya rasa saya wajar bantu dia untuk menang di Bakar Bata. Kalau Pengerusi UMNO Kedah kalah bertanding, malu la UMNO kat Kedah ni... atas rasional tu la saya putuskan untuk bantu Tok Bashah... Lagi pun saya mengundi kat DUN Bakar Bata... 

Masa BN diumumkan menang di Kedah dulu, ramai yang bersorak kat tingkat 8 Bangunan Tunku tu... saya ada sat saja di tingkat 8 sebelum turun ke bawah... tak silap saya tingkat 6... masa saya turun sorang-sorang tu saya terkejut tengok isteri Tok Bashah tertidur kat sofa tetamu kat ruang menunggu tu... mungkin terlalu letih sangat kot.. dah lewat malam time tu...

Lepas beberapa minit, Tok Bashah turun dengan KP Bahagian, Syed Hafiz, Hj Kadir dan beberapa orang kanan UMNO Bahagian Alor Setar.. Saya tengok wajah Tok Bashah... dia senyum.. Saya ucap tahniah pada Tok Bashah sebelum turun lepak sorang-orang kat dalam kereta kecik saya...

Saya pun tak tau.. tengok muka Tok Bashah, saya teringat kenangan PRU 13... satu kenangan dan pengalaman paling indah dan sangat memuaskan hati saya... Dan sejak hari tu, lepas BN menang di Kedah, saya tak jejak kaki di Bangunan Tunku dah... saya lega UMNO dah jadi kerajaan negeri, Mukhriz jadi MB dan Tok Bashah jadi Timbalan Menteri...


Betul saya menganggur lepas PRU 13. Puncanya, saya berhenti kerja di KL dan balik ke Kedah untuk bantu UMNO hadapi PRU time tu.. silap saya jugak.. pasai pa pi berenti kerja...kan? Hahahaa.. kan dah jadi penganggur.. Hahahahahaa... 

So lepas BN menang tu kami bawa haluan masing-masing... Sekarang ni, ada la sekali dua saya jejak kaki ke Bangunan Tunku tu bertanya khabar kawan-kawan lama... jangan risau, saya tak bawak proposal atau pi mintak projek... saya bukan orang business dan tak reti mintak-mintak projek... saja pi pekena rokok daun dan kopi secawan dua...

Saya faham keadaan Tok Bashah sekarang... realiti politik bukan macam atas kertas... tak semudah bercakap guna ayaq lioq saja... kena praktikal, fakta, realistik, strategik, kreatif dan macam-macam lagi kena buat...

Sepanjang saya 2-3 kali ke Bangunan Tunku tu, barulah saya faham kenapa berlaku peralihan kuasa di Kedah... Mungkin ada diluar sana yang tak tahu cerita atau dengar cerita sebelah pihak... tapi saya perlu berlaku adil untuk dengar dari kedua belah pihak sebelum simpul analisis sendiri dari maklumat yang saya dapat...

Jangan risau.. saya tetap atas prinsip saya.. saya akur dan hormat pada Tok Bashah sebagaimana saya hormat pada Mukhriz dulu... sebab apa? Sebab title Pengerusi UMNO Kedah. Saya orang parti, jadi saya perlu tahu asas politik kepartian dan mengutamakan parti lebih dari individu...

Baru ni ada rombakan struktur kepimpinan UMNO Negeri Kedah... nanti saya ulas pada entry yang seterusnya... insyaAllah... demi perjuangan, saya tetap beri undi pada UMNO/BN.. tetap setia pada parti, Presiden, Pengerusi, Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan... Hidup UMNO!


1 comment:

Anonymous said...

Peralihan kuasa diminta oleh ahli parti pemerintah sendiri. Bukannya rakyat yang menjadi penentu siapa MB. Tugas rakyat hanya semasa pilihanraya. Lepas tu terpulang kepada parti yang menang untuk mengatur perjalanan selepas itu. Kalau dah semua pihak dan rakyat nak menjadi penentu segala-galanya apa pun tak boleh nak dibuat kerana manusia ni rambut aje sama hitam tetapi hati dan pendirian lain-lain. Untuk rakyat jika tak puas hati prestasi kerajaan yang dipilih pilihanraya sterusnya nanti pilihlah pulak yang lain.

Di Malaysia ni kita bernasib baik ada Raja atau Sultan yang masih boleh memainkan peranan sebagai pemutus atas sesuatu isu walaupun atas nasihat kerajaan. Tapi macam biasa kalau sesuatu isu itu tidak menyebelahi pihak tertentu pasti akan wujud rasa tak puas hati pihak tersebut dan dalam konteks ini pembangkanglah yang sentiasa bersikap sebegini.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!