Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, March 29, 2016

MOHON JANGAN CUBA "RACUN" OTAK SAYA... TENGKIU..!

Baru ni saya ada jumpa sorang kawan.. kawan lama.. dulu agak rapat, tapi dah agak renggang sejak lepas PRU 13... sekali sekala ada jugak la terjumpa.. 

Kali ni, kami terjumpa kat warung tepi jalan.. saya tengah minum kopi time tu...dah terjumpa lagu tu, kami borak kosong macam biasa...

Cuma saya heran sikit la tentang "nasihat" dia kat saya....saya diam ja masa dia "nasihat" tu.. setuju tidak, bantah pun tidak.. saya dengaq ja apa dia kata...



Dia ni kenal saya dan tahu la serba sikit apa yang saya buat beberapa tahun sebelum PRU 13 dulu.. ada la bantu saya sikit dengan maklumat...tapi takat tu ja la... 

Dia persoal saya pasai pa saya masih dan tetap tolong UMNO Kedah sedangkan saya tak dihargai UMNO Kedah. Dia kata, lepas UMNO menang kat Kedah, depa ketepikan saya.. tak dihargai. Sebaliknya, orang yang goyang kaki pulak yang dapat jawatan, imbuhan dan sebagainya..

Dia kata, dia kesian tengok saya lepas PRU13 dulu.. berniaga kecil-kecilan tepi jalan.. sedangkan orang lain? Dah la.. saya malas nak cerita apa yang dia kata... tapi tu la.. dia macam nak "cucuk" saya... Saya diam ja time tu...

Dia kata, masa kempen PRU13 dulu, boleh kata tiap-tiap malam saya ikut Tok Bashah kempen..pusing Bakaq Bata.. Sampai Tok Bashah masuk Aloq Mengkudu pun saya rodong pi jugak... dia "kesian"... 

Saya sengih... heheheheee... malas nak respon time tu... dia macam nak "racun" saya ja... jadi, saya memilih untuk jawab persoalan dia tu kat sini... di blog.. dan harap dia baca...

Lepas PRU13, saya tengok ramai sangat yang kerumun... saya tak tau apa depa nak.. apa yang saya tau, mission saya bantu UMNO BN tawan Kedah dah tercapai.. selesai dah.. maka saya takdak apa-apa yang saya sasarkan dah lepas tu...

Jadi, saya buat kerja sendiri... dah takdak kerja time tu.. jadi saya meniagalah.. meniaga tepi jalan pun takpa asalkan halal.. Saya perlu sara mak dan anak isteri saya... jadi kena la do something... takkan nak dok saja kot?

Pasai imbuhan, penghargaan kaaa apa kaaa dari UMNO Kedah... jujurnya saya kata, saya tak harap pun.. Sebab saya tahu dan yakin bukan UMNO atau Kerajaan Negeri yang bagi saya rezeki.. yang bagi rezeki kat saya ialah Allah SWT... tapi saya kena usaha la... 

Dan mungkin dah rezeki saya, lepas PRU13.. saya dijemput Allah tunai haji.. jadi saya terima jemputan tu dengan lapang dada.. Alhamdulillah, saya dapat belajaq banyak perkara masa tunai haji tu dan banyak perubahan berlaku kat diri saya lepas tu.. 

Saya nak bagitau la kat kawan saya tu.. apalah sangat sumbangan saya kalau nak banding dengan Ketua-Ketua Cawangan, Ketua-Ketua Bahagian dan seluruh jentera UMNO Kedah time tu...sumbangan depa lebih besaq.. sumbangan saya terlalu kecik...

Jadi, kalau nak bagi penghargaan kaaa..apa kaa.. bagilah kepada yang lebih layak.. lagipun, saya ni dah dididik dari kecik lagi supaya tidak meminta-minta.. mungkin pasai tu la saya tak kisah pun pasai imbuhan atau penghargaan yang bagai dikata tu...

Boss.. kalau nak "racun" saya, saya rasa tak perlulah kot.. saya hormati anda sebagai kawan saya.. kita bersaudara... tak perlu la renggangkan hubungan kita dengan "racun-racun" lagu tu... saya tak berapa nak berkenan... heheheee... 

Sekarang ni saya ada misi baru.. misi pertahan kemenangan UMNO BN kat Kedah pada PRU 14 nanti.. dah tak lama dah... masa makin suntuk... saya tak masa nak bergaduh sesama UMNO.. saya takdak masa nak dengki khianat... saya kena lakukan tanggungjawab saya pada parti...

Saya tau, ada di kalangan kawan saya yang dah berikrar takmau tolong UMNO Kedah sebab kemelut politik dalaman hari tu.. tapi saya juga yakin ada lagi kawan-kawan yang sealiran dan mahu bekerjasama dengan saya untuk pertahan Kedah dari dijajah pembangkang sekali lagi...

Walaupun modus operandinya tak macam dulu... strategi pun dah tak macam dulu... saya pun tak mampu buat kerja sorang-sorang... jadi saya alu-alukan sesiapa saja yang nak bekerjasama dengan saya untuk pertahan kemenangan UMNO BN di Kedah ni.. Saya cuba buat apa yang termampu...

Tapi terima kasih la pada kawan saya tu yang membakar semangat saya tu... mungkin itu hikmah di sebalik "racun" dia tu.. walau pun dia ngaku dia takmau dah bantu UMNO Kedah...itu pilihan dia dan saya hormat pendirian dia tu... ikut suka hang la bro.. heheheeee....

Opsss.. lupa pulak.. saya nak ucap tahniah pada lantikan-lantikan baru yang Tok Bashah lantik.. kepada Setiausaha Politik, Press Sec, Pegawai-Pegawai Khas dan pegawai-pegawai lantikan yang lain, saya ucap tahniah.. bekerjalah dan berbaktilah sebaik mungkin bermula 1 April ni...

Konsepnya ialah "Parti sebagai Kerajaan yang memerintah, bukan individu sebagai Kerajaan yang memerintah".. faham kot? Hahahahaaa... Kepada yang faham, maka fahamlah konsep tu...tak semua faham tu...

Selamat bertugas bro-bro semua...!

3 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah... semoga lebih ramai rakyat yg ikhlas berjuang seperti anda. Rezeki Allah yang beri... bila kita yakin hakikat itu...kita akan sentiasa berlapang dada dengan ujian2Nya.

Anonymous said...

Salam bro, saya akan cuba bantu umno. Saya akan pindah daftar pengundi dari melaka ke penang dan akan undi BN. Insya Allah.

Anonymous said...

Tahniah DoU..
InsyaAllah kebaikan akan tetap disuluhi oleh Basoor Ilahi..jgn mengharapkan makhkluk...kebahagiaan bukan terletak pada projek..kebahagaian ialah kemerdekaan berfikir...semoga rezeki anda murah selalu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!