Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Thursday, March 10, 2016

MENYENTUH ROMBAKAN DAN KEPIMPINAN BARU UMNO NEGERI KEDAH...


Semalam, saya ada sentuh pasai peralihan kuasa dari Mukhriz kepada Tok Bashah... dan hari ni saya nak sentuh sikit tentang rombakan dan penstrukturan semula pucuk pimpinan Badan Perhubungan UMNO Negeri...

Betoi... rombakan dah dibuat. Selain dari kedudukan Tok Bashah dan Tok Det yang kita semua tau, SU UMNO Negeri yang baru ialah Datuk Rozai.. SUK yang baru ialah Datuk Nasir Murad.. Ketua Penerangan yang baru ialah Datuk Othman Abdul...Bendahari kekal, Datuk Azeez Rahim...

Pertama sekali, saya nak ucap tahniah kepada semua Datuk-Datuk yang terpilih dan dilantik.. Saya tiada apa-apa masalah dengan rombakan tu... bukan nak membodek, ikhlasnya memang saya tahu kelebihan yang dimiliki Datuk-Datuk sejajar dengan jawatan yang diberi...



Kawan-kawan yang kenal saya memang tahu saya ni susah sikit nak puji orang... tapi saya rasa lantikan dalam rombakan kali ni nampak mantap.. Tok Rozai memang teratur dan detail dalam pengurusan.. Tok Man Bedoi memang kita tahu dia hebat dalam penerangan.. dan Tok Nasir memang dah terbukti dah kemampuan dia sebelum ni... jadi tak perlu pertikai lagi dah lantikan tu...

Cuma, apa yang saya risaukan sekarang ialah "MASA". Saya rasa, kita dah kesuntukkan masa sangat dah.. tapi belum terlambat. Saya yakin, dengan barisan pucuk pimpinan UMNO Negeri yang baru, insyaAllah kita semua pejuang-pejuang UMNO akan bermati-matian pertahankan kuasa UMNO-BN kat Kedah ni...

Saya terkenangkan 5 tahun sebelum ni... betapa peritnya hidup di bawah pembangkang. Betapa bimbangnya tengok macam-macam yang berlaku time tu.. Sedih tengok arwah Ustaz Azizan dipermain macam tu ja oleh puak-puak Exco... kesian kat arwah...

Dulu, masa zaman Ustaz Azizan, saya tak nafi memang arwah adalah antara MB terbaik yang pernah Kedah ada... tapi malangnya, dia tak mampu untuk kawal orang-orang PAS yang macam "monyet dapat bunga"... dakk.. bukan saya kata orang PAS "monyet"... tu cuma perumpamaan Melayu saja...Kita tau apa jadi bila monyet dapat bunga, kan? Heh!

Tapi memang susah nak menang time tu. Tapi dengan kuasa Allah, semua pejuang UMNO time tu bersatu... Tok Bashah jadi ketua... kita semua berjuang...panjat gunung, redah hutan, berjemoq tengah panas... dan akhirnya BN berjaya jugak rampas Kedah balik. 

Memang manis sangat pengalaman tu untuk saya cerita.... Tapi bila selesai PRU 13, saya dan kawan-kawan PAS saya tetap bersaudara...tak gaduh pun.. itu la yang orang panggil "ukhuwwah".. kat negeri lain ada? Heheheheeee....

Berbalik pada barisan baru pucuk pimpinan UMNO Negeri sekarang, saya rasa biarlah depa buat penstrukturan semula dulu... biaq depa "settle down" semua pentadbiran, gerak kerja dan sebagainya,.. biaq depa susun dulu... insyaAllah tak lama lagi kita masuk gear turbo... 



Saya tak melawak.. betoi.. banyak benda nak kena buat... kawan-kawan kata, bertapuk-tapuk kena key in.. berlonggok-longgok kerja nak kena settle... depa kena speed up semua kerja-kerja tu dengan teliti sebelum proceed ke fasa yang seterusnya...

Fasa seterusnya tu apa? Haiiiiihhhh... mana boleh cerita kat public bro.. Ada la perancangan depa.. Hanya general gila saja yang akan cerita strategi apa depa nak buat kat surat khabar... hahahahaa.. Tunggu ja laaa...nanti depa gerak nanti kita tengok...

Tapi saya yakin, bukan calang-calang orang yang boleh buat semua tu... tengok depa hari tu pun semua stress-stress belaka... takut gak la nak tegoq... saya ni kan suka menyebok... hahahahaa.. tapi kena tegur jugak la bagi salam... kita orang Islam...So la ni jangan kacau depa nak kampoi...

Saya? Saya buatlah apa yang patut... Jangan risau.. saya tak lari... saya ada kat Kedah ni jugak... nak lari pi mana? Balik dok KL? Tak mau laaaa... pening kepala dok kat sana... hahahaaaa.. biarlah saya berbakti pada UMNO di Kedah ni... saya sayang negeri saya...

Imbas balik keperitan dan perjuangan kami untuk dapatkan Kedah balik betoi-betoi buat saya rasa serik.. Serik untuk hilang Kedah ke tangan PAS... tapi kalau ditakdirkan Allah, saya tak boleh buat apa jugak... cuma buat masa ni, saya rasa bertanggungjawab untuk pertahankan Kerajaan UMNO-BN di Kedah... itu ikrar saya...

Saya tak kisah la UMNO Kedah suka saya ka.. tak suka saya ka... kata la apa pun, saya akan tetap menyebokkan diri mempertahankan juga kuasa UMNO-BN di negeri ni... Selagi hayat saya ada, insyaAllah saya akan cuba sedaya upaya... mark my words...tengkiu!

3 comments:

Anonymous said...

Padan muka Rawi Ayer Hangat, bersubahat khianat Datuk Seri Mukhriz, akhirnya hang kena tendang dari jawatan Ketua Penerangan UMNO Kedah, padan muka, itulah balasan untuk manusia pengkhianat!

Anonymous said...

Tak banyak orang macam penulis blog ni. Memahami cara dan etika berparti. Bukan dengan cara ikut pintu belakang dan kemudian salahkan semua pihak. Dia sahaja yang betul.

Anonymous said...

Saya ahli yg aktif lebih empat puloh tahun dah dlm umno. Saya hormat pendirian tuan tapi maaf kali ini saya dan keluarga serta sebahagian ahli kampong saya akan mengucapkan selamat tinggal kepa Umno dan Bn. Perbuatan dan tingkahlaku Presiden serta ahli MT Umno tersangat keji dan bukan islamik lagi. Tindakan ketua ketua bahagian Umno di Kedah memualkan. Jadi saya ingin. Lihat kejahatan , kemungkaran serta keangkohan pemimpin umno kali ini tersungkur terus dan kalau boleh biar padam terus dari peta politik Kedah dan Malaysia. Inn syaa Allah.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!