Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Sunday, March 6, 2016

JIKA ESOK PRU, SAYA AKAN TETAP UNDI UMNO...


1. Saya hanya memerhati senario politik semasa. Sama ada di peringkat nasional atau di Kedah, saya lebih gemar memerhati terlebih dahulu, mengumpul maklumat yang sahih, memadankan dengan pengetahuan dan pengalaman sebelum di analisis...

2. Saya yakin semua tahu UMNO sedang bergolak. Saya mengerti apa yang kalian rasa. Saya sendiri sudah mengalaminya beberapa kali sebelum ini. Ini bukan pertama kali UMNO bergolak. Dan saya belajar dari pengalaman tersebut...

3. Saya ulang sekali lagi, saya bukan orang politik dan tiada sebarang kepentingan dalam perjuangan saya. Selagi saya hidup, insyaAllah saya akan terus beristiqamah dalam perjuangan saya demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu...


4. Juga sekali lagi saya tegaskan, saya orang parti. Setiap kali pilihan raya, saya pangkah lambang parti. Tidak pernah dalam sejarah pilihan raya di negara kita ada gambar calon... heh!

5. Kenapa saya elakkan diri dari menyokong individu? Kerana pemimpin UMNO bersilih ganti. Jika saya sokong individu, beliau akan pencen dan mungkin meninggal dunia. Takkan saya nak sokong dan minta arwah jadi calon pilihan raya nanti?

6. Yang kekal adalah parti dan perlembagaan bertulis UMNO itu kekal demi kebaikan dan keutuhan parti. Bila saya buat keputusan sertai UMNO, maka saya putuskan untuk patuh pada perlembagaan parti.

7. Memandangkan sekarang bukan musim pemilihan UMNO, maka tidak timbul untuk saya sokong sesiapa melainkan memberikan sokongan dan kesetiaan saya pada pucuk pimpinan sedia ada. Saya perlu akur kerana itu tuntutan perlembagaan parti.

8. Itu tidak menjadikan saya bagai "lembu dicucuk hidung" kerana saya masih bebas menegur sesiapa saja yang saya suka selagi saya mengikut saluran yang ada dan memberikan kritikan yang bersifat membina, serta tidak meruntuhkan parti.

9. Mungkin dulu saya tiada saluran, tapi kini saya ada saluran yang lebih baik. Jadi, mengapa perlu saya kritik melalui saluran yang kurang baik jika ada saluran yang lebih baik.

10. Saya sudah nekad. Biar apapun yang berlaku buat masa sekarang, jika diadakan pilihan raya sekalipun, undi saya tetap pada BN. Kerana apa? Sila fikir sendiri mengapa saya berpegang pada prinsip itu... heh!

P/s: Hint dari saya - Saya dah serik hidup di bawah pembangkang!

7 comments:

Anonymous said...

http://beliabangkit.blogspot.com/2016/03/najib-razak-luahan-syed-mokhtar-al.html?showComment=1457265699799#c3442876936437798975


Saya akan tetap undi BN (UMNO)

Anonymous said...

InsyaAllah saya juga tetap akan undi UMNO / BN di PRU akan datang.

Anonymous said...

MAHATHIR SI KITUL MODERN

Anonymous said...

Kena paham bro, bukan nak punahkan umno, najib tu yg wajib berambus. Aku rasa aku lagi lama dlm umno dari kau. Tak pernah aku jumpa manusia paling penipu macam najib ni

Anonymous said...

Aku pun akan undi UMNO jika billion billion yg hampa dapat tu bagi aku sikit. Aku boleh tolong cari ramai penyokong. Bukan melayu mudah lupa tapi melayu mudah beli.

Anonymous said...

Pangkah logo Dacing bos..

Anonymous said...

salam

bro..wp aku tak faham nape kamu masih nak sokong UMNO BN hatta najib masih d atas aku hormat...dulunya terima kasih sbb pernah bantu masa PRK d besut dulu..tak sempat nak jumpa sbb kamu pergi ke pulau...

terima kasih banyak2...alhamdulillah ada saluran yang betul...macam aku ni komen kat fb najib, cadangan kat fb saberi, cadangan n pertanyaan kat fb jailani pun masih kena banned...aku antara likers taklah awal sangat tapi tak sampai 50k najib aku salah sorang..tapi kena banned sbb bagi cadangan...

mungkin bahasa salah kot..tapi tak menghina pun masa bagi komen cadangan hatta pertanyaan...

gie7



Bila Kak Su Bersuara... Heh!