Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, March 12, 2016

HAT PERANGAI NI MEMANG BETOI SAYA TAK BERAPA FAHAM....


Kadang-kadang, saya pun tak faham dengan budaya orang zaman sekarang berfikir.. Bukan saja yang muda, yang tua pun kengkadang tu pun lebih kurang jugak.. cuma saya takde la hentam depa yang berfikir lagu tu membuta tuli... perlu juga hormat depa...

Cuma, saya pelik bila perkara yang terang-terang salah, tapi depa kata betul.. perkara yang tak tepat, tak benar, tohmahan atau fitnah pula depa kata betul... tak tepat, tak benar, tohmahan dan difitnah tu berbeza makna, tapi berunsur tuduhan negatif...tapi depa cepat percaya walaupun tak betoi...

Misalnya saya beri contoh, depa tau mencuri Nescafe kat supermarket tu salah.. bukan saja salah di sudut perundangan negara, dalam Islam pun hukumnya berdosa.. Tapi depa tetap kata tindakan mencuri tu betoi sebab terpaksa dan tertekan.. 


Tak tahulah macamana depa fikir... tapi di zaman Khalifah Umar dulu, ada juga keluarga miskin sampai goreng batu untuk hentikan anak yang menangis sebab lapar.. tapi keluarga tu tak mencuri pun walau sebijik kurma... 

Saya selalu perati kat Facebook especially... banyak sangat komen mengarut.. sampai hadis Rasulullah pun depa pertikai.. Sampai lagu tu sekali? Berpada-padalah kalau nak komen tu.. jangan sampai orang gelak kat kita atau pandang rendah...

Mungkin sebab tu kot saya malas main Facebook.. kadang-kadang orang tu cerita yang benar, itu pun depa hentam... tapi bila orang tu cerita perkara yang salah, cepat pulak depa percaya... ramai pulak yang share cerita tak betul tu... 

Contohnya, masa kes Lahad Datu hari tu, ada yang kata semua yang berlaku tu "lakonan"... "lakonan"??? Lakonan apa? Lakonan pura-pura mati? Gila..! Lepas tu ada pulak yang caya... 

Contoh lain, siapa kata Rosmah tu bekas isteri Farid Ismeth yang baca berita Dunia Jam 10 tu? Ramai yang caya dengan tuduhan konon isteri PM tu bekas isteri Farid Ismeth yang "dibeli" dengan sekian bayaran. Padahal, cerita tu tak betul... tapi ramai yang percaya dan sebarnya... Saya nak tanya, dah minta maaf ke kat Rosmah? Saya tengok bukan hanya tak minta maaf, siap kutuk lagi ada...

Kadang-kadang, ramai sangat yang suka buat andaian sendiri... orang kata lain, dia faham kot lain.. orang kata air kopi o, dia kata nescafe... orang kata lepat pisang, dia kata tepung bungkus... lepas tu mati-mati pertahan konon dia betul... haahahahaa... tu yang saya tengok kat Facebook...

Sebab tu saya kata..saya tak berapa faham dengan cara pemikiran begitu.. kalau nak dikata bodoh, ada yang ada title "PhD".. ada yang ada master bagai... tapi tu lah... saya nak gelak, tapi kesian... adehhhhh...

Saya takde la kata saya ni betul atau tahu semua... banyak perkara yang saya tak tau... ada juga orang kata saya ni "tak tau apa-apa"... ada pulak yang kata saya ni "mana tau buat apa pun"... hahahahaa... betoi.. betoi... hahahahaha... ikut suka la nak kata apa pun... saya okay jer... heh!

Saya sedar saya tak perfect... saya juga sedar saya tak tahu semua perkara... saya juga tahu saya tak maksum... tapi saya memang jenis yang selalu check dulu sebelum "tembak".. saya fikir dulu sebelum kata atau tulis..saya okay jer... 

Ada yang kata konon saya ni macam tu dan macam ni... hahahaha... ada yang positif ada yang negatif... biasa la.. saya ni ada kekurangan dan kelebihan macam orang lain gak... tapi sekurang-kurangnya saya tahu siapa saya.. dan orang yang komen saya tu tak semua yang kenal saya luar dan dalam... heh! So ikut suka la nak kata apa pun... kot dosa, nanti ada jugak la saham kat akhirat untuk saya... 

Okay lah... nanti saya sambung berletiaq lagi... heh! Adios.. Wassalammm...

2 comments:

gabenor johor said...

NYAMUK YG MENYIBUK

Secara Strategik, Apa Sahaja Isu Yg Di Bawa Tentang 1MDB Adalah TIDAK RELEVAN.

Ini Kerana YAB Presiden UMNO Telah Meminta Agar Rakyat Dan Ahli UMNO Mengambil Pendekatan Dgn Pemikiran Yg Positif Utk MOVING FORWARD Kerana Telah Lama Terkebelakang Melayan Isu Yg Tiada Menjadi Kes Apabila Tan Sri Peguam Negera Membuat Kenyataan Mengenai Tiada Kes Utk Di Bawa YAB PM Untuk Di Dakwa Di Mahkamah Kerana Fitnah RM 2.6 Billion.

Ianya Boleh Di Samatarafkan Sebagaimana Fitnah Cincin Jutaan Ringgit Yg Di Kaitkan Oleh Pembangkang Terhadap Isteri YAB PM.

Namun Kerana Nyamuk Yg Melalak Kali Ini Adalah Bekas Presiden UMNO Yg Kali Ke 3 Terkeluar Dari UMNO Maka, Isu Nyamuk Ini Menjadi Hiruk Pikuk.

Nyamuk Nyanyuk Harus Bertanya Secara Waras KENAPA TONY PUA Yang Menjadi Ahli PAC Isu 1MDB MENARIK BALIK LAPORAN POLISnya?

Kenapa Pula DAP MEMBUAT LAPORAN POLIS Terhadap Tun Dr M Yg Di Tuduh Cuba Membawa Masuk Ribuaan Juta Ringgit?

Kenapa Sehingga Hari Ini Tun Dr M Tidak Menjawab Isu Tuduhan DAP Ini?

Kenapa Tun Dr M Kini Bersekongkol Dgn DAP Pula?

Adakah Dia Mahu DAP Menarik Balik Laporan Polis Mereka?

Pernah YAB PM Bersekongkol Dgn DAP Sehinggakan Tony Pua Menarik Balik Laporan Polisnya?

Umum Juga Tahu Selama 30 Tahun Pembangkang Menuduh UMNO Rasuah Kerana Presiden UMNO Ketika Itu Ialah Tun Dr M Yg Di Gelar MahaFiraun, MahaZalim Dan Bapak Segala Rasuah.

Sehingga Kini Mereka Tidak Menarik Balik Segala Tuduhan Terhadap Tun Dr M?

Adakah Pembangkang Juga RASUAH Sehingga Boleh Berkerjasama Dgn Bapa Rasuah Negara?

Jika Tidak, Wajar Pembangkang Membuat Kenyataan Maaf Secara Bertulis Dan Terbuka Bahawa Tun Dr M TIDAK RASUAH

Ini Kerana Boleh Memberikan Anggapan Bahawa Pembangkang Kini Sama Terlibat Utk Mendapat Untung Atau Upah Dari Duit Yg Beribu Juta Yg Mahu Di Bawa Oleh Tun Dr M, Sepertimana Yg Di Buat Dalam Laporan Polis Oleh DAP.

Kaki Dangdut Akan Bersekongkol Dgn Kaki Dangdut.

Kaki Rempit Juga Begitu.

Kaki Dadah Juga Akan Bersekongkol Dgn Tahi Dadah.

Kaki Rasuah Juga Akan Bersekongkol Dgn Kaki Rasuah...

Seperti Nyamuk Nyanyuk Juga Akan Bersekongkol Dgn Nyamuk Nyanyuk Yg Lain.

GAMIT Mendesak Agar Tun Dr M Di Balas Segala Jasanya Kpd Rakyat Malaysia Selama Ini Di Beri Keadilan.

Lebih Lebih Lagi Jasa Tun Dr M Yg Kini Setia Bersama Pembangkang Yg Menuduhnya Bapa Rasuah Negara.

GAMIT Merasa Kesal Dan Meminta Pakatan Harapan (Yg Masih Belum Berdaftar Seperti Kongsi Gelap) Untuk Memohon Maaf Secara Bertulis Dan Terbuka Utk.
1. Menarik Tuduhan Bahawa Tun Dr M Bapa Rasuah Negara

2. Menarik Laporan Polis Terhadap Tun Dr M Yg CUBA Atau Selama Ini Telah Berjaya Membawa Masuk Ribuan Juta Ringgit Secara Tidak Sah.

Jika Tidak, Pembangkang Ternyata Membawa Isu Nyamuk Dan Telah Sama Nyanyuk Seperti Nyamuk Nyanyuk Yg Ternyata Tidak Relevan.

1 Malaysia Menolak Isu Nyamuk

1 Malaysia Menolak Nyamuk Nyanyuk.

Azuddin Jud Ismail
GAMIT
12 Mac 2016

Anonymous said...

betul tu admin..... paling best kalau dalamnindustri pembinaan atau projek2 kerajaan....dikalangan kontraktor...ada yg memang berjaya atau baru nak bid kontrak direct nego mahupun tender....pasti akan kedengaran ungkapan... ini projek rosmah punya..... nak kena letak share rosmah.... dan cerita kena bayar upfront.... sebab rosmah mintak....hahahahahhahaahahahaahhahhahahahahhahhahahahahababahahabababa.... pun ada yang gila2 percaya..... saya kalau orang (dlm kes ni broker atau seseorang yang kononnya berkebel besar) sebut saja nama rosmah.... saya akan tinggalkan urusan tersebut....sebab saya yakin...memohon jer mereka tu.... kan..kan..kann....

Bila Kak Su Bersuara... Heh!