Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Tuesday, February 23, 2016

SUK UMNO NEGERI ADALAH BERBEZA DENGAN SU UMNO NEGERI...


Ada pihak yang mendakwa seorang pemimpin dari Pokok Sena yang sedang melobi diri untuk mengisi kekosongan jawatan SUK UMNO Negeri Kedah yang ditinggalkan oleh seorang pemimpin, juga dari Pokok Sena.. 

Pemimpin yang dituduh melobi dikatakan adalah Tok Pin... Beliau kini adalah SUK BN Kedah... Dan saya sebenarnya kenal dengan beliau dan hati budi beliau...

Saya ingin beri sedikit ulasan tentang tuduhan tu...

Secara peribadi, saya kenal Tok Pin... sebelum PRU 13 pun dah kenal dengan beliau.. walaupun tak rapat macam belangkas... saya sedikit sebanyak tahu tentang peranan beliau.. tapi macam biasalah, orang politik zaman sekarang ni selalu terdedah dengan persepsi...

Mengenali sedikit sebanyak tentang Tok Pin, saya berpendapat bahawa beliau bukan jenis gila jawatan. Untuk melobi, jauh sekali... Saya juga tahu serba sedikit tentang kenapa dan atas rasional apakah beliau ditempatkan di posisi penting di BN Negeri...

Jadi, saya menolak persepsi yang dilemparkan terhadap Tok Pin berhubung isu melobi tu...

Lewat petang semalam, saya dikhabarkan bahawa jawatan SUK UMNO Negeri bakal terisi tidak lama lagi. Individu yang ditawarkan itu biarlah saya tidak dedahkan buat masa ini untuk menghormati hak Pengerusi untuk umumkan penyandang jawatan tu nanti...

Tapi, apa yang dimaklumkan pada saya, jawatan SUK UMNO tu berkemungkinan besar akan diisi oleh BUKAN PEMIMPIN POLITIK... 

Saya dimaklumkan, individu yang ditawarkan tu adalah merupakan jentera penting UMNO Negeri dulu, sangat berpengalaman, efektif dan terbukti pernah menyumbang peranan merampas Kedah kembali dari PAS... Tapi beliau terpaksa "tinggalkan" office UMNO dulu sebab digantikan dengan orang lain lepas beliau berjaya tawan Kedah kembali pada PRU ke-13 dulu...

Pada pandangan saya yang kecik ni, jawatan SUK UMNO tu sesuai diisi oleh pemimpin jentera parti politik, bukan pemimpin politik. Itu sekadar pandangan 2 sen saya je la... tak semestinya betul pun...

Saya dimaklumkan, beliau belum beri kata putus untuk terima jawatan tu atau tidak atas beberapa sebab-sebab tertentu...  

Cuma, jika benarlah apa yang dimaklumkan pada saya tu, saya mohon pada "Datuk" supaya terima tawaran tu.. UMNO Negeri perlukan khidmat dari Datuk.. Saya yakin Datuk sesuai untuk jawatan SUK tu.. saya dah tengok dan lalui sendiri cara Datuk buat kerja dulu.. saya yakin Datuk mampu...

Tapi sapa la saya untuk paksa-paksa Datuk..saya cuma dapat mohon Datuk pertimbangkan tawaran tu demi perjuangan dan masa depan anak bangsa kita terutama di Kedah ni... terserahlah pada keputusan Datuk nanti... Wallahu'alam...

2 comments:

KitaiKini said...

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan,

Kami dari KitaiKini.com memohon jasa baik pihak tuan agar dapat menyenaraikan blog kami di laman blog anda.

Semoga dapat kita bersatu dan bersama-sama mempertahankan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

Sekian

http://kitaikini.com/

Anonymous said...

Tuan duke p mna...lma xupdate blog

Bila Kak Su Bersuara... Heh!