Iklan Berbayar

Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Portal Berita Kedah

Saturday, February 13, 2016

MOHON TOK BASHAH BUAT SESUATU DENGAN ISU NI...

Kenangan lama di Gunung Inas...
Baru ni sorang rakan saya hantar satu link pada saya... dia tanya, betoi ke tak ni? Sila rujuk di sini link yang dihantar tu...

Saya bukak dan baca link tu...Dan saya reply balik pada kawan saya tu... kalau dah pengarah kata lagu tu, maka betoi la tu...

Terbaca link tu... saya teringat masa zaman PAS perintah Kedah dulu.... lagu ni cerita dia...

Time tu tak ramai orang Kedah yang tahu... hanya penduduk kat Lata Celak saja yang tau... ada kawan saya dapat aduan... maka saya dan dua kawan saya pun pi la tinjau kawasan tu...Kami 3 orang ja yang ragaih hutan tu... tu pun pinjam 4WD hat orang...  Betoi.. depa tarah habis... 

Kat Lata Celak tu ada ayaq terjun... ada aliran jeram.. ribuan orang kampung kat situ dok guna ayaq tu salur pi ke rumah depa... kat situ pun ramai yang pi berkelah... USM pernah buat kajian, ayaq terjun kat situ ayaq dia gred A++... memang jernih dan tinggi mineral... boleh minum terus...


Tapi pasai kes tarah cuci mangkuk tu, habih Lata Celak tu tercemar... nak dijadikan cerita, lepas kami bongkar isu tu... Bloggers mai...Aduan Rakyat mai... akhbar-akhbar pun mai... Tok Bashah pun bersuara suruh henti balak kat situ... 

Puspa pun mai...segmen aduan rakyat TV3...
Last sekali, pihak berkuasa suruh stop semua operasi kat situ.. khabarnya memang betoi takdak EIA...

Jadi, berdasarkan apa yang berlaku tu, saya mintak la jasa baik dari Tok Bashah supaya sambung balik perjuangan masa PAS tu... kes lebih 2,000 hektar hutan yang diteroka secara haram macam Pengarah Jabatan Perhutanan tu kata perlu dipandang serius...

Kalau depa tebang balak cuci mangkuk dah satu hal... habih rosak alam semula jadi satu hal... secara haram pulak tu... Tu hasil bumi Kedah yang depa ratah... salah tu perbuatan lagu tu...


Jadi, saya mohon sangat-sangat supaya Tok Bashah jumpa segera dengan Pengarah Jabatan Perhutanan tu...discuss elok-elok... ambil tindakan segera ikut peruntukan undang-undang yang ada... rujuk dengan jabatan berkaitan dan penasihat undang-undang negeri...

Tak kisah la sapa yang "lena" atau "celik mata"... kalau "celik mata" pun kalau "buta", buat apa..kan? Jadi atas apa yang didedahkan tu, saya mohon Tok Bashah pantau jugak dari masa ke masa... jangan ada lagi dah kes lagu tu... insyaAllah....

1 comment:

Anonymous said...

Kejutkan Mat Bashah ..bagitaulah kat dia. Ni isu besar kena selesai cepat. Dah selesai, sambunglah tidoq balik na ..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!